SAAT CINTA MENGETUK PINTU..
SAAT CINTA MENGETUK PINTU..
"jangan lah bila dah bosan je terus nak putus dan cari lain"
Dalam percintaan ni, bukan pintu je yang boleh diketuk, namun hati seseorang pun boleh diketuk. Tak percaya? Macam ni, ianya berlaku apabila si lelaki cuba mengetuk hati si perempuan dalam erti kata lain iaitu mengurat, malah ada juga yang bagai perigi mencari timba, si perempuan yang mengetuk hati si lelaki. Tak salah pun dalam Islam. Apabila hati si lelaki atau si perempuan di ketuk, mula lah macam orang tak betul jadi nya. Sampai mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. Itu lah bahana bercinta.
Secara realitinya, anda kene ingat, yang sweet-sweet macam nie kebiasaannya pada permulaan hubungan sahaja. Lama-lama nanti dah naik jemu dah. Bila text atau call pun sekadar tanya khabar je, namun, jangan lah bila dah bosan je terus nak putus dan cari lain. Jaga lah hubungan anda itu, dan yang paling penting, mestilah berlandaskan syariat Islam.
Islam tak pernah menghalang umat nya dalam bercinta.
Islam tidak pernah menghalang umat nya dalam menyulam cinta antara lelaki dan perempuan, bahkan menggalakkan pernikahan lagi. Justeru itu, apabila masing-masing sudah bersedia dalam mendirikan rumah tangga, apa salahnya buat secepat mungkin, tak perlu tunggu lama-lama. Ingat, setiap perbuatan anda berdua, dituruti oleh kehadiran orang ketiga iaitu SYAITAN. Masa ni lah dia buat kerja dia menghasut manusia untuk melakukan kemungkaran. Oleh itu, percepatkanlah perkara baik itu.
Jangan mudah terpedaya dengan bisikan Syaitan
Apabila kita sudah mencintai seseorang atau dicintai oleh seseorang, jangan senang-senang serahkan pada mereka segala-galanya. Seperti yang sering berlaku pada masyarakat muda zaman sekarang, mereka sekadar menyulam cinta melalui applikasi Wechat sahaja, selepas satu minggu kenal, terus date, lepas tu si perempuan sudah berani menyerahkan maruah diri kepada si lelaki entah dari mana asal usulnya pun kita tak tahu. Secara fitrahnya, Tuhan jadikan semua manusia berakal, guna akal anda sebaiknya. Jauhkan diri dari terpedaya dengan bisikan syaitan. Jangan nak sesal kemudian. Semua dah jadi bubur. Ingat lah wahai kaum perempuan, selagi anda belum bernikah, selagi itu dosa anda turut ditanggung oleh insan bernama ayah. Fikirkanlah tentang ayah anda. Mahukah anda melihat ayah anda menanggung dosa-dosa anda?
Oleh itu, anak muda diluar sana, beringatlah dalam bercinta, jangan jadikan diri anda seperti hamba kepada cinta. Bercinta biar kena pada tempatnya. Wallahualam.
Belum ada jodoh?