SAYA CINTA DIA, KENAPA CINTA SAYA TAK TERBALAS?

SAYA CINTA DIA, KENAPA CINTA SAYA TAK TERBALAS?

"rasa cinta itu wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi
Kongsi artikel ini: 
Saya, Cinta, Dia, Cinta, Tidak, Terbalas

Cinta mempunyai definisi yang berbeza untuk setiap individu, bagi orang yang sedang dilamun cinta, perasaan itu merupakan perasaan terindah di dunia. Rasa cinta itu wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia, cuma setiap peringkat cinta adalah bebeza dari masa ke semasa, ianya bermula dengan cinta kepada belaian ibu, cinta kepada si Pencipta, bila dah tiba masanya, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta ke tahap-tahap seterusnya.

Walaupun kita tidak boleh lihat akan kewujudan cinta, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cinta antara manusia itu adalah mukadimah kepada jodoh, bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya.

Namun, ramai mereka di luar sana yang pasti akan sedih setelah mengetahui bahawa cinta mereka hanya sekadar bertepuk sebelah tangan. Malah, ada juga yang bersedih apabila cinta mereka langsung tidak terbalas. Sudah serahkan segala perasaan jiwa dan raga buat si dia namun, berkecai hati apabila ditolak begitu sahaja. Adakah anda tertanya-tanya kenapa cinta anda ditolak? Tidak terbalas? Berikut adalah antara beberapa sebab kenapa cinta anda tidak terbalas:

Kamu bukan “taste”nya

Image result for dont like
Ada sesetengah manusia, apabila mereka dicintai seseorang, walaupun anda bukan antara tastenya, namun bila dah terbuka hati, si dia tetap menerima cinta anda, namun apa pula tindakan bagi mereka yang betul-betul mahu dipertemukan dengan tastenya sahaja? Pasti sekiranya ciri-ciri yang terdapat pada diri anda tidak kena akan tastenya, senang-senang sahaja dia tolak cinta anda nun jauh di sana. Apa boleh buat, sekadar menangis di tepi dinding sahaja yang anda mampu lakukan. Kan?

Mereka anggap sebagai kawan

Image result for muslim couple
Sukar bagi mereka yang sudah lama menganggap anda sebagai kawan sahaja tiba-tiba mahu dijadikan teman istimewa, pasti mereka tidak boleh menerima akan perkara ini, lantas mereka memilih untuk meneruskan hubungan sebagai kawan sahaja. Bila dah lama sangat kawan, untuk tukar status “kawan” kepada “boyfriend/girlfriend” pasti si dia akan berasa janggal. Segala perhatian diberikan padanya, namun semua perhatian itu hanya berakhir menjadi perhatian sebagai kawan sahaja.

Hati mereka sudah dimiliki

Related image
Antara salah satu sebab mengapa si dia tidak boleh membalas cinta anda kepadanya hanyalah kerana, hati si dia sudah dimiliki orang lain, siapa anda untuk menghalang cintanya kepada orang yang dicintainya? Anda hanyalah seorang insan yang mampu mencintai dirinya sahaja malah anda tidak ada sebarang kuasa untuk mengalih cinta mereka kepada anda? Hmm sekali lagi, hancur berkecai hati anda kan?

Mereka belum bersedia untuk bercinta


Ya, ini memang benar, masih ada mereka di luar sana yang belum bersedia lagi untuk membuka hati mereka dalam percintaan. Ada sesetengah antara mereka belum bersedia mungkin disebabkan mereka pernah dikecewakan dek kerana cinta, malah ada juga yang masih belum mahu meletakkan apa-apa komitmen pada percintaan, jangan ingat bercinta ini tak ada komitmen ya!

Perbezaan usia

Image result for suami isteri
Kalau anda merasakan jurang usia anda dengan si dia terlalu banyak, usah pening-pening lagi memikirkan kenapa si dia tolak cinta anda, ini kerana, ada sesetengah manusia, perbezaan umur yang terlalu jauh juga menyebabkan mereka tidak dapat menerima cinta anda. Jadi sebelum meluahkan perasaan cinta anda kepada si dia, fikir dua tiga kali dahulu, periksa dahulu sama ada si dia terbuka untuk bercinta dengan orang yang jauh lebih berusia daripada mereka, selepas itu, barulah anda boleh meluahkan perasaan cinta anda kepada si dia. Jika masih lagi ditolak, periksa antara alasan-alasan di atas.

Perasaan sedih, kecewa ketika cinta kita ditolak pasti meninggalkan impak kepada setiap manusia, sehinggakan ada yang trauma dengan cinta dan memilih untuk meneruskan hidup secara solo sahaja. Meskipun kita berasa sangat kecewa, kelak pasti kita akan dipertemukan dengan yang betul-betul sesuai dengan kita. Cuma masanya sama ada lambat atau cepat sahaja, siapa kita untuk mengatakan tidak, kerana ini semua takdir Allah yang telah tertulis. Buka hati anda, dan tabah dalam menerima segala yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Kongsi artikel ini: