fbpxSIAPA ITU SUPERWOMAN?

SIAPA ITU SUPERWOMAN?

SIAPA ITU SUPERWOMAN?

"purata wanita yang hebat atau dalam kata lain, 'superwoman' adalah terlalu sedikit"

Dikarang oleh 91468 | Motivasi
Kongsi artikel ini: 

Setiap wanita ada keistimewaan tersendiri. Namun, purata wanita yang hebat atau dalam kata lain, “Superwoman” adalah terlalu sedikit. Ciri-ciri wanita yang hebat adalah:

Tidak mudah panik apabila berhadapan dengan masalah

Seperti yang kita tahu, wanita mempunyai hati yang sensitif atau dalam ayat yang lebih klise, “manja”, apabila mereka berdepan dengan masalah, mereka cepat gelabah, menangis, sedih. Namun mereka yang hebat, adalah mereka yang tidak mudah panik apabila dilanda masalah, mereka pandai dalam menguruskan masalah yang menimpa.

Mengaku kesalahan sendiri dan memperbaikinya

Seperti yang kita tahu, wanita sangat sukar dalam meminta maaf atau mengaku kesalahannya, bahkan pula dalam memperbaikinya. Seorang wanita yang hebat adalah mereka yang sedar akan kesalahan sendiri malah berusaha dalam memperbaikinya. Namun, kaum lelaki seharusnya faham akan wanita yang cukup payah dalam mengaku kesalahan mereka. Jangan terus menyalahi mereka. Bahkan, menasihati mereka dengan cara yang betul.

Tidak mudah tersinggung apabila ditegur, dikritik

Kebanyakan wanita mempunyai pendirian mereka sendiri, apabila mereka mengatakan A, A lah jawapannya. Berbeza pula dengan mereka yang hebat, mereka menerima setiap kritikan dengan matang, malah mereka juga cuba untuk memperbaiki kelemahan itu.

Ada cara tersendiri

Wanita yang hebat mempunyai pemikiran yang tersendiri, mereka bijak dalam mengawal apa jua rintangan dan dugaan. Mereka tidak mudah melatah kerana mereka sedar, setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah yang tersendiri. Berbeza pula dengan mereka yang mudah putus asa.

Kaum wanita mempunyai hati yang lembut, mereka cepat terluka, namun setiap yang menimpa ke atas mereka bergantung pada individu itu tersendiri bagaimana cara mereka menanganinya. Namun, cubalah kejar ‘title’ seorang superwoman itu!

 
Kongsi artikel ini: