TANDA ANDA SEDANG RINDUKAN SESEORANG!

TANDA ANDA SEDANG RINDUKAN SESEORANG!

"bukan hanya dapat dirasai oleh orang yang sedang bercinta, malah turut dirasai oleh mereka yang tidak bercinta"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Setiap orang mempunyai perasaan rindu terhadap seseorang. Bukan hanya dapat dirasai oleh orang yang sedang bercinta, malah turut dirasai oleh mereka yang tidak bercinta. Ini kerana, rindu bukan hanya untuk mereka yang bercinta, kerana rindu bukan hanya untuk kekasih, bahkan untuk ibu bapa, adik beradik, saudara-mara dan kawan-kawan. Ada yang tidak sedar yang mereka sedang rindukan seseorang. Berikut adalah tanda-tanda yang anda sedang rindukan seseorang.



Sedih

Hal ini sering terjadi kepada mereka yang memendam perasaan rindu terhadap seseorang. Bahkan, dengan situasi ini mampu membuatkan seseorang itu sukar untuk melakukan aktiviti harian mereka. Sebaiknya, jika anda rindukan seseorang, jangan pendam perasaan itu, terus sahaja hubungi mereka. Entah-entah mereka pun sedang rindukan anda.



Asyik tersenyum

Mereka yang sedang rindukan seseorang kerap senyum tersendiri. Ianya seperti mengelamun sahaja. Yelah, bila dah rindukan seseorang, asyik termenung jauh sahaja sambil tersenyum, sehinggakan orang sedang bercakap dengan dia pun boleh tak perasan. Lagi-lagi kalau rindu itu terbalas.



Mimpi

Ini tidak dapat dinafikan lagi. Apabila mereka merindui seseorang, insan itu sering sahaja muncul di dalam mimpi mereka. Ianya boleh jadi kerap dan boleh jadi jarang-jarang.



Menangis

Sama ada anda percaya atau tidak, perasaan rindu yang melampau boleh membuat seseorang itu menangis. Setabah macam mana pun anda, bila dah terlalu rindu, boleh menitiskan air mata. Sebagai contoh, apabila seseorang itu terlalu rindukan mereka yang sudah tiada.

Jangan ambil mudah apabila anda rindukan seseorang. Namun, apabila terlalu rindu tetapi anda tidak terdaya dalam mengungkapkannya, berdoa lah kepada Allah, mohon agar Allah sentiasa lindungi mereka di bawah jagaanNya.

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar