fbpxTANDA APABILA SI DIA TIDAK TERTARIK KEPADA ANDA!

TANDA APABILA SI DIA TIDAK TERTARIK KEPADA ANDA!

TANDA APABILA SI DIA TIDAK TERTARIK KEPADA ANDA!

"menaruh hati pada si dia sedangkan si dia tidak menyedari akan kewujudan anda"

Dikarang oleh 91468 | Motivasi
Kongsi artikel ini: 

Tipu lah kalau perempuan tidak pernah minat pada mana-mana lelaki dalam diam. Dalam bahasa klise pada zaman sekarang, ianya dipanggil “crush”, yang membawa maksud menaruh hati pada si dia sedangkan si dia tidak menyedari akan kewujudan anda. Namun, sejauh mana perasaan anda itu boleh pergi? Kalau crush menyedari kehadiran anda, sudah pasti anda lah orang yang paling bahagia. Berbeza pula sekiranya si dia menyedari akan kehadiran anda namun, si dia mendiamkan diri sahaja. Antara tanda kenapa dia tidak tertarik kepada anda apabila:

Si dia sering berbicara tentang perempuan/lelaki lain di depan anda, seperti memuji perempuan lain. Ianya sah membuktikan si dia tidak tertarik pada anda.

Si dia tidak menunjukkan minat untuk bersembang dengan anda. Si dia lebih gemar berbicara apabila ada hal yang penting sahaja.

Si dia sering menujukkan body language yang sama sahaja ketika bersama dengan anda. Ianya menandakan si dia tak pernah ada hati dan perasaan kepada anda, kerana mereka yang meminati anda akan menunjukkan bahasa tubuh yang berbeza menandakan mereka senang bersama anda.

Si dia sering membatalkan janji dengan anda. Walaupun tentang urusan lain, bukan dating ke apa ke, si dia ada sahaja alasan untuk tidak berjumpa anda. Jika si dia meminati anda, si dia sanggup berkorban demi berjumpa dengan orang yang mereka suka.

Si dia tidak pernah berbicara mengenai perkara-perkara yang serius. Sebagai contoh, si dia tidak pernah berbicara mengenai jodoh dengan anda. Hanya berbincang mengenai sesuatu perkara sahaja.

Jika benar anda merasakan crush anda tidak menyukai anda, usah terburu-buru pada mereka lagi. Ramai lagi lelaki/perempuan di luar sana yang menyukai anda. Cuma anda yang tidak sedar akan kewujudan mereka. ;)

 
Kongsi artikel ini: