TANDA SEKIRANYA DIA ADALAH JODOH TERBAIK UNTUK KITA

TANDA SEKIRANYA DIA ADALAH JODOH TERBAIK UNTUK KITA

"menunggu Jodoh juga ibarat menunggu kematian, dimana kita tidak mengetahui bila ianya akan tiba"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Jodoh, adalah perkataan ringkas yang membawa kerumitan kepada semua orang yang belum bernikah. Mereka pasti cemas menantikan jodoh mereka yang masih belum kunjung tiba. Sememangnya Jodoh adalah rahsia Allah SWT. Menunggu Jodoh juga ibarat menunggu kematian, dimana kita tidak mengetahui bila ianya akan tiba. Namun, apabila anda sudah mula senang berkawan dengan seseorang, bahkan si dia juga senang apabila bersama anda, apa yang merunsingkan adakah si dia yang terbaik buat anda? Berikut adalah tanda-tanda sekiranya dia adalah jodoh yang terbaik buat kita. Sejauh mana kebenaran ini, wallahualam :)

  1. Bersahaja - Kalau anda perhatikan cara dia berpakaian, cara dia berbicara dengan anda, cara makan dan minum, ianya nampak bersahaja. Si dia tidak hipokrit apabila bersama anda.

  2. Senang bersama - Anda berasa cukup senang apabila bersamanya. Tidak pernah ada perasaan bosan apabila bersama si dia. Kerana, anda kena ingat, sekiranya dia menjadi pasangan anda, hari-hari anda akan menatap wajahnya. Kalau sebelum kahwin pun anda sudah berasa bosan apabila bersama, maka….. Faham-faham lah kan!

  3. Menerima kita seadanya - Walaupun si dia tahu akan kekurangan diri anda, tetapi si dia tetap setia mencintai anda.

  4. Jujur - dalam apa jua hal, si dia sentiasa bersikap jujur dengan anda. Ini adalah kerana, dalam setiap perhubungan, sekiranya tiada kejujuran, susah untuk sesetengah hubungan kekal lama. Wallahualam.

  5. Keluarga dan sahabat handai selesa dengan si dia - Penerimaan keluarga sangat penting dalam setiap perhubungan, terutama penerimaan ibu anda sendiri, kerana naluri seorang ibu sangat penting dan sentiasa tepat, mereka lebih mengetahui apa yang terbaik buat darah dagingnya sendiri. Sekiranya keluarga anda pun sudah cukup senang akan si dia, maka senang lah hubungan itu. InshaAllah.

  6. Dapat membayangkan masa depan bersama - Apabila bersama si dia, anda sudah dapat membayangkan kehidupan berkeluarga dengan si dia. Membina keluarga yang bahagia, dengan jalan yang diredhai Allah SWT.

  7. Solat istikharah dan tawakal - sebaik-baik perancang, sudah pasti hanya Allah SWT. Cara terakhir untuk mengetahui sama ada adakah si dia adalah yang terbaik buat anda, maka lakukan solat istikharah, selebihnya, tawakal kepada Allah SWT. Dia maha mengetahui segala-galanya. Baca artikel kami tentang Solat Istikharah dalam memilih Jodoh

Semoga si dia adalah yang terbaik buat anda. Amin.. :)

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar