5 soalan popular tok kadi kepada bakal pengantin lelaki
5 soalan popular tok kadi kepada bakal pengantin lelaki
Perasaan gemuruh dan debar pasti akan ada yang kemungkinan akan membuat seorang lelaki gelisah dan tidak tenteram.
Akad nikah merupakan satu rukun yang wajib bagi pasangan yang hendak berkahwin. Ketika sesi akad nikah bersama ‘tok kadi’ atau juru nikah, ia merupakan saat yang mendebarkan untuk seorang yang bergelar lelaki selain daripada pengalaman seumur hidup yang sangat berharga. Acara akad nikah biasanya ditonton keluarga dan tetamu. Perasaan gemuruh dan debar pasti akan ada yang kemungkinan akan membuat seorang lelaki gelisah dan tidak tenteram.
Persediaan rapi dan sentiasa bersedia apabila berhadapan dengan tok kadi adalah sangat penting supaya tidak ada perkara yang memalukan dilakukan oleh pengantin terutama bakal pengantin lelaki sewaktu upacara sedang dijalankan. Kadang kala, soalan-soalan yang remeh dan senang tidak dapat dijawab adalah mungkin kerana terlalu gemuruh atau gelisah.
Jadi, semasa majlis akad nikah, tenangkan diri anda dan buat segala persiapan rapi. Jangan terlalu gemuruh dan gelisah. Betulkan pemikiran anda dan sentiasa positif. Kami sediakan 5 soalan yang paling popular yang biasa ditanya oleh tok kadi. Semoga dengan soalan ini juga anda akan bertambah tenang dan bersedia menghadapi majlis anda yang penuh sejarah itu.
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
Ini adalah soalan yang sangat biasa ditanya oleh tok kadi. Mengucap dua kalimah syahadah sendiri adalah rukun islam. Tetapi dalam keadaan gemuruh dan gugup, kita mungkin tersilap membaca doa makan atau sebagainya. Pastikan baca dalam hati dulu supaya kita tidak salah baca. Kemudian, lafaz dengan teratur, jelas dan tenang.
2. Beristighfar memohon ampun kepada Allah.
Beristighfar bertujuan untuk memohon ampun kepada Allah. “Astaghfirullah hal Azim” adalah bacaan yang paling mudah untuk istighfar. Jika yang panjang sedikit, anda boleh baca ini;
“Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih”.
Maksud daripada kalimah ini ialah;
“Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, tiada tuhan selain Dia yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat pada-Mu".
3. Rukun nikah.
Rukun nikah ada lima perkara. Pastikan anda menyebutkan dengan betul kelima-lima rukun tersebut. Formula yang mudah untuk ingat adalah SISWA. Ia adalah suami, isteri, saksi, wali dan akad nikah. InsyaAllah, ingat formula ini, anda akan ingat rukun nikah.
4. Siapa nama bakal isteri?
Masa dating dulu, tak panggil nama betul bakal isteri. Duk panggil sayang, baby, mummy. Hah, sekarang baru tahu apabila tak hafal nama. Jawab la dengan tok kadi. Hehe. Pastikan anda hafal nama bakal isteri anda. Ada orang namanya panjang dan susah nak baca bagaikan menghafal formula sains. Nasib badanlah jika dapat isteri yang namanya macam tu. Bersyukur.
5. Baca Al fatihah.
Mudah sahaja kan? Al fatihah adalah rukun wajib dalam solat. Kalau tak tahu baca Al fatihah, jangan ada niat nak kahwin lagi. Belajar muqadam dan mengaji sampai boleh mengeja dan mengenal huruf al quran dulu. Sebab apa? Tugas seorang suami adalah perkara yang sangat besar dan serius. Isteri adalah anugerah Allah kepada suami. Jika suami tak dapat bimbing isteri dengan betul, maka keluarga tersebut adalah keluarga yang bernasib malang. Ayuh sama-sama pasang niat untuk ke syurga Allah.
Belum ada jodoh?