BAGAIMANA INGIN MENJADI ROMANTIK?

BAGAIMANA INGIN MENJADI ROMANTIK?

(KHUSUS BUAT MEREKA YANG DAH BERKAHWIN)

Dikarang oleh Inaaina | Perkahwinan

Kadang kadang, ketegangan rumahtangga berlaku sehingga kemanisan rumahtangga mula hilang. Kebiasaannya cara pasangan menyelesaikannya adalah dengan berhadapan dengan pasangan dalam keadaan marah atau melarikan diri dari masalah. Namun bagaimana sekiranya perkara tersebut menjadi semakin parah. Perkara yang perlu di buat bagi membetulkan masalah (pergaduhan) ini adalah dengan membina  serta mengukuhkan kembali hubungan kasih sayang di antara anda dan pasangan. Anda boleh memperbaharui hubungan kasih sayang anda dengan menggunakan 5 jam seminggu.

5 jam itu perlu di isi pada waktu

  1. Perpisahan : Sebelum anda meninggalkan pasangan anda di waktu kerja pagi, cari satu perkara yang akan di buat oleh pasangan anda pada hari tersebut dan bincangkan mengenai perkara tersebut.

  2. Pertemuan kembali : bina perbualan yang mengurangkan stress setelah anda pulang bekerja

  3. Penghargaan dan kekaguman : carikan satu cara setiap hari untuk menunjukkan betapa anda menghargai dan mengkagumi pasangan anda.  

  4. Kasih sayang : cium, pegang dan sentuh pasangan anda apabila anda bersama

  5. Temujanji mingguan : ianya mampu menjadi satu cara santai tanpa tekanan untuk sentiasa berhubung : Tanyakan pasangan anda soalan (untuk mengetahui tentang pasangan anda) dan sentiasa berdepan sesama sendiri. Perbincangan mengenai isu perkahwinan anda atau kerja anda melalui perbincangan juga boleh di lakukan pada waktu ini

Walau apa yang berlaku, tak salah sekiranya anda (terutama lelaki) mengalah kepada pasangan anda. Yang paling penting di jaga adalah keutuhan rumahtangga yang anda bina.

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar