Cinta sebelum kahwin atau selepas kahwin
Cinta sebelum kahwin atau selepas kahwin
Ramai yang mempunyai pandangan eloknya percintaan selepas nikah dan tak kurang juga yang menentang pandangan tersebut. Alasan bagi percintaan selepas perkahwinan adalah mudah. Tak ingin berhubung dengan mana mana lelaki dan ingin menjauhi ikhtilat. Secara teori perkara ini memang benar, namun apabila di praktikalkan ada juga perkahwinan yang di rasakan hambar seterusnya menggoncangkan perkahwinan pada awal perkahwinan. Awal perkahwinan yang sepatutnya menjadi satu detik manis dan detik yang sentiasa menjadi ingatan mula menjadi hambar kerana di saat itu barulah si isteri berkenalan dengan si suami dan masing masing tidak dapat menerima diri masing masing.
Percintaan selepas kahwin cerita orang lama
Mungkin tajuk ini agak pelik. Sebenarnya bukanlah saya menolak percintaan selepas perkahwinan. Bahkan ianya tersangat elok. Namun di sebalik percintaan selepas perkahwinan, haruslah pasangan bersedia untuk berkenalan dan bersedia menerima hakikat cabaran perkenalan pada peringkat awal. Beza generasi lama dan generasi sekarang adalah generasi lama berdepan dengan realiti perkahwinan bahawa permulaannya mungkin agak sukar. Mereka merasakan perkahwinan adalah satu tanggungjawab besar yang perlu di jaga keutuhannya.
Manakala generasi sekarang perkahwinannya di hiasi oleh angan angan cerita wayang. Mereka mengkhayalkan untuk bahagia perlu seorang lelaki memberikan segalanya kepada si isteri dan dalam masa sama sifat hormat menghormati hapus kerana sifat perasaan ingin pasangannya lebih banyak berkorban berbanding dengannya meninggi. Kerana itu, bagi menampung masaalah tersebut, percintaan sebelum kahwin juga penting.
Kerana dengan percintaan ini, si suami dan isteri rela berkorban lebih dari dirinya demi cinta sebelum suami atau isteri belajar mengenai tanggungjawab rumah tangga secara praktikal. Cinta yang lahir dapat membantu pasangan suami dan isteri ini mampu menyelesaikan masaalah masaalah yang berlaku. Dari cinta inilah mereka bertoleransi, bercerita, berbincang dan mengalah sekiranya perlu. Dan akhirnya mereka menjadi makin mengenali pasangan dan mula melahirkan sifat tanggunjawab dalam diri yang akhirnya membina tiang rumah tangga tersebut.
Dah tu, boleh la couple
Tungguuu duluuu... Couple sememangnya tidak di benarkan seperti firman Allah, Allah berfirman:"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra' 17:32). Namun melahirkan perasaan bercinta tidak salah. Bercinta sebelum nikah bukanlah bermaksud percintaan yang menggunakan masa yang panjang serta meleret dan di penuhi dengan nafsu serakah.
Percintaan sebelum nikah bermaksud perlunya melahirkan sifat cinta kepada pasangan sebelum perkahwinan. Antara jalannya adalah pertemuan bersama ibu bapa pasangan, doa kepada pasangan dan dalam masa yang sama pendekkan perkenalan. Sekiranya ingin memberikan mesej atau apa apa kepada pasangan, laluilah orang tengah terlebih dahulu sama ada ibu bapa pasangan atau orang yang adil, yang boleh di percayai serta yang tahu menilai baik dan buruk serta dapat memberikan ingatan sekiranya kita di lihat melampaui batas.
Melalui orang tengah adalah penting kerana percintaan adalah melibatkan nafsu, dan nafsu ini sifatnya membuak. Islam tidak menutup kemahuan nafsu seperti agama lain, namun islam menyalurkan pada tempat yang betul dan halal iaitu perkahwinan. Jadi, sekiranya lelaki dan perempuan tidak melalui orang tengah dan terus berhubungan sesama sendiri, bimbangnya terlucut dari perkataan mereka perkataan yang mampu menaikkan nafsu dan seterusnya ke peringkat yang lain dan akhirnya tanpa di duga sampai ke peringkat zina. Hati hati.
Bercinta memang di benarkan, namun ada caranya. Berhubung juga begitu, namun ada batasnya. Tidak salah mengambil penilaian untuk tidak terus berhubung dan hanya mulakan perhubungan setelah akad nikah, namun jika itu yang ingin di lakukan, belajarlah banyak petua dari orang orang lama. Jangan di angankan cinta seperti cerita cerita moden.
Fahamilah bahawa perkenalan selepas nikah ini adalah perkenalan yang wajib. Pada waktu itu, sekiranya bertemu kelemahan pasangan, belajarlah untuk menerima, dan tutuplah kelemahan pasangan dengan curahkanlah kasih sayang yang tak berbelah bagi. Kerana pada waktu itu wajib untuk kamu mencintai pasangan. Sekiranya kamu memilih untuk bercinta sebelum nikah, jangan sesekali membiarkan sehingga maruah serta agamamu tergadai. Sungguh banyak lelaki yang kelihatan alim hanya untuk mencuri perhatian kamu namun tidak berniat menikahimu. Dan banyak juga wanita yang hanya hadir untuk mencuba nasib dan bukan ingin jadi pasanganmu.
Sekiranya ingin berhubung, berhubunglah melalui orang tengah. Pendekkan masa perkenalan, kerana semakin lama masa perkenalan, semakin mudah ikatan itu untuk terlucut, kerana cinta itu kadang kadang datang dan pergi, namun sifat tanggungjawab yang akhirnya akan meneruskan hubungan itu. Sekiranya anda berkenalan terlalu lama, ketahuilah, pasangan anda tiada tanggungjawab terhadap anda, dan dia mampu memberikan seribu janji manis, namun akhirnya dia mampu untuk tinggalkan anda sendiri.
Kenali pasangan anda. Sekiranya dia sah bakal suami atau isteri anda dengan jalan pertunangan, pupuk percintaan pada pasangan. Sekiranya ia sudah menjadi pasangan anda, kenali dan pupuklah cinta tersebut. Moga perkahwinan yang di bina kekal hingga ke syurga.
Belum ada jodoh?