KENAPA SUAMI/ISTERI KENA PINDAH SELEPAS KAHWIN?

KENAPA SUAMI/ISTERI KENA PINDAH SELEPAS KAHWIN?

"anda juga akan sering terlupa atau buat-buat lupa mengenai persiapan anda selepas kahwin"

Dikarang oleh Inaaina | Perkahwinan
Suami, Isteri, Kena, Pindah, Selepas, Kahwin

Secara realitinya, kehidupan pada zaman ini amatlah mencabar jika dibandingkan pada zaman dahulu, iaitu pada zaman mak ayah kita membesar. Pada zaman ini, apa sahaja yang tidak melibatkan duit, tak ada kan? Semuanya memerlukan duit. Malah, pendapatan yang diperoleh juga tidak setanding dengan perbelanjaan pada zaman ini. Ternyata banyak cabaran yang kita semua bakal hadapi.

Apabila anda sudah berhajat untuk berkahwin dengan calon pilhan anda, pasti anda akan memikirkan juga tentang perbelanjaan yang diperlukan dalam mempersiapkan majlis perkahwinan anda. Namun, anda juga akan sering terlupa atau buat-buat lupa mengenai persiapan anda selepas kahwin. Terutama dalam perbelanjaan lain, iaitu berpindah ke rumah baharu pula, hanya berdua bersama pasangan anda sahaja. Sudahkah anda dan pasangan berfikir mengenai persiapan ini?

Tahniah untuk anda yang sudah bersiap sedia, namun bagi mereka yang belum sedia? Mereka hanya akan terus tinggal bersama keluarga sahaja, samada sebelah keluarga lelaki atau keluarga perempuan, kan? Tetapi, selama mana anda akan mampu bertahan untuk terus tinggal di rumah keluarga anda mahupun pasangan anda? Pasti banyak yang makan hati. Kalau si isteri, apabila sebumbung dengan mak mertua, pasti ada sahaja yang tidak kena kan? Si suami pula, kalau tinggal sebumbung dengan mertua, pasti berasa kekok juga kan?

Artikel kali ini akan menekankan kenapa pasangan yang sudah berkahwin harus pindah ke rumah mereka sendiri?

Jaga privasi pasangan dari ibu bapa dan keluarga

Usahlah buat-buat tak tahu pula yang pasangan anda merupakan orang baru dalam keluarga anda. Keselesaan buat pasangan perlu dititikberatkan kerana ia juga mampu mengakibatkan perbalahan antara anda dan pasangan anda. Pasangan kita akan jadi kekok mahupun segan dalam melakukan sesuatu dek kerana setiap gerak geri dan tindakannya diperhati oleh ibu bapa dan keluarga anda.

Jaga kemesraan keluarga

Ingat, perkara yang remeh pun mampu membuatkan pasangan anda makan hati dengan setiap perbuatan mahupun lisan yang disampaikan oleh keluarga anda. Oleh itu, untuk menjaga kemesraan itu, anda seharusnya mengelakkan dari ianya berlaku. Hanya kerana kata-kata ringkas mampu membuat isteri atau suami anda makan hati. Nak ke macam itu?

Belajar berdikari

Apabila anda dah berpindah dari rumah keluarga anda ke ruimah sendiri bersama psangan anda, sedar tak sedar anda sudah dapat belajar hidup secara berdikari. Setiap permasalahan yang berlaku antara anda dan pasangan sudah menjadi tanggungjawab anda sendiri mencari penyelesaian untuknya.

Bebas untuk keluar masuk

Yelah kan, bila dah ada rumah sendiri, nak pergi mana-mana dengan pasangan pun tak akan menjadi sukar buat anda, bila masih tinggal bersama keluarga, anda menjadi tidak bebas, bahkan pasangan anda pun akan menjadi tidak selesa, nak pergi sana sini pun fikir dua tiga kali dahulu, last-last, duduk di rumah sahaja walhal masing-masing tengah cuti.

Merancang masa depan dengan lebih baik

Setiap pasangan pasti mengimpikan dikurniakan cahaya mata sejurus mereka mendirikan rumah tangga kan. Anak-anak adalah penyeri dalam rumah tangga anda. Apabila anda tinggal di rumah sendiri, matlamat dalam membesar dan mendidik anda seperti yang diimpikan akan lebih mudah tercapai.

Oleh itu, sebelum anda bercadang untuk mendirikan perkahwinan bersama calon pasangan anda, carilah juga tempat tinggal untuk anda dan pasangan selepas dinikahkan kelak. Senang untuk anda plan bajet nanti. Wallahualam.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar