Keuntungan bernikah pada usia 30 an

Keuntungan bernikah pada usia 30 an

Ramai masyarakat malaysia menganggap berkahwin sebelum usia 30-an adalah perkara yang mesti dilakukan, jika tidak akan digelar anak dara tua...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Perkahwinan

Apabila ditanya mengenai jodoh, setiap orang pastinya mengimpikan pasangan yang sempurna. Memiliki pasangan yang sempurna merupakan satu anugerah terindah bagi setiap orang. Namun, tidak semua yang kita impikan akan menjadi realiti. Kadang-kala lengkap melengkapi itulah membentuk kesempurnaan di alam rumah tangga.

Selain itu, ramai masyarakat malaysia menganggap berkahwin sebelum usia 30-an adalah perkara yang mesti dilakukan, jika tidak akan digelar anak dara tua atau tidak laku terutama bagi golongan perempuan. Artikel kali ini, kami akan berikan satu sisi pandangan yang lain mengenai keuntungan anda berkahwin pada usia 30-an. Jangan risau apabila menjejak umur 30-an sekalipun, tetap teruskanlah usaha anda untuk bertemu jodoh. Jangan putus asa dan serahkan pada Allah setelah anda berusaha.

1. Pemikiran lebih tenang dan matang.

Menurut kajian, pada usia 30-an, setiap individu yang melalui fasa umur ini adalah lebih tenang dan emosi mereka lebih stabil. Pada usia ini apabila mereka bercinta dan berkahwin, mereka akan lebih menghargai cinta dan pasangan itu sendiri. Jadi setiap keputusan yang diambil akan menjadi lebih rasional kerana pemikiran mereka lebih matang berbanding anak-anak muda pada usia 20-an.

2. Tidak lagi mengejar keseronokan.  

Pada usia ini, mereka sudah tidak mahu mengejar keseronokan dunia. Sebab apa? Kerana mereka sudah puas berseronok pada umur muda mereka. Mereka mungkin sudah mengecapi kejayaan di dalam peringkat akademi ataupun kerjaya mereka. Jadi, bercinta dan kahwin pada usia ini pasti akan lebih tenang dan bahagia kerana masing-masing tidak mengejar cita-cita individu tetapi ingin mencapai kebahagian bersama di dalam rumah tangga.

3. Pembentukan jati diri lebih kuat.

Dalam usia 30-an juga, sebenarnya mereka telah membina jati diri yang kuat. Mereka mempunyai karisma dan matlamat yang ampuh. Orang yang mempunyai jati diri yang tinggi kebiasaannya dapat membimbing diri dan keluarga ke arah yang lebih baik terutamanya bagi seorang lelaki. Mereka nampak dengan jelas apa tujuan dan matlamat mereka hidup dan membina keluarga.

4. Memiliki ekonomi yang kukuh.

Kebanyakan pada usia begini, ekonomi mereka sudah kukuh. Mereka ada kerjaya yang tetap dan bagus serta pendapatan yang mungkin agak selesa dan cukup. Ada juga yang mungkin sudah ada kediaman yang sudah dibeli dan mampu menempuh cabaran ekonomi semasa yang mencabar. Oleh itu, rumah tangga akan lebih bahagia apabila masalah-masalah kewangan dapat diatasi.

5. Lebih matang sebagai ibu dan bapa.

Sekiranya mereka dikurniakan anak pada usia ini, mereka akan lebih matang sebagai ibu dan bapa. Kematangan dan kesabaran yang tinggi sebagai ibu dan bapa akan menjadikan mereka ibu bapa yang terbaik dan seterusnya dapat memberikan sepenuh fokus kasih sayang kepada anak-anak mereka.

Jadi, kepada mereka yang di usia 30-an, jangan pernah putus asa dalam bab jodoh. Umur 30-an atau mungkin lebih berumur lagi bukanlah penghalang anda untuk tetap bertemu jodoh pada usia begini. Siapa tahu, jodoh anda mungkin pada umur ini asalkan anda ada usia untuk mencari jodoh. Kami doakan anda semoga bertemu jodoh yang terbaik.

Amin!

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar