fbpxLangkah bendul atau tunggu kakak dulu?

Langkah bendul atau tunggu kakak dulu?

Langkah bendul atau tunggu kakak dulu?

"Kalau adik berkahwin dahulu sebelum kakak, si kakak akan semakin susah untuk mendapatkan jodoh"

Dikarang oleh 21976 | Perkahwinan
Kongsi artikel ini: 

Langkah bendul merupakan satu gelaran kepada seorang adik yang berkahwin terlebih dahulu daripada kakaknya. Ia merupakan satu larangan yang sangat tidak digalakkan bagi orang-orang dahulu. Jika terpaksa juga untuk melangkah bendul, maka pasangan yang berkahwin tersebut mesti memberi hadiah persalinan atau lain-lain hadiah sebagai ganti kerana menikah terlebih dahulu daripada kakaknya.

Mengikut perkiraan orang-orang dahulu, jika terjadinya langkah bendul, maka;

  1. Kalau adik berkahwin dahulu sebelum kakak, si kakak akan semakin susah untuk mendapatkan jodoh.

  2. Kalau adik berkahwin dahulu sebelum kakak, ia adalah penghinaan kepada si kakak kerana menganggap si kakak ‘tidak laku’. Lebih teruk jika si kakak mungkin akan berasa terhina.

Sebenarnya, di dalam islam, islam mengajarkan untuk bertolak ansur dan berkasih sayang. Dalam hal ini, siapa berkahwin dahulu, bukan isunya. Jika si kakak mahupun si adik yang bertemu jodoh terlebih dahulu, maka segeralah berkahwin untuk menghalalkan hubungan dan mengelakkan berlakunya perkara yang tidak sepatutnya.

Bahkan di dalam islam, ada hadis daripada Rasululah untuk menyegerakan pernikahan. Ia adalah hadis daripada ibnu mas’ud r.a yang telah diriwayatkan oleh imam bukhari dan muslim yang bermaksud;

“Wahai pemuda-pemuda! Apabila ada di antara kamu yang sudah mampu untuk bernikah, hendaklah dia (segera) nikah, kerana (dengannya) mata akan lebih terjaga, kemaluan akan lebih terpelihara.”

Jadi, jelaslah bagi kita, apabila jodoh datang jangan bertangguh lama. Berbincang dengan keluarga dalam keadaan harmoni. Memahamkan keluarga dan si kakak adalah tugas kita yang faham. Ia hanya adat, bukan ibadat. Mudahkan perkahwinan, percepatkan pernikahan.

Wallahualam.

Kongsi artikel ini: