Perbezaan wang hantaran dan mas kahwin

Perbezaan wang hantaran dan mas kahwin

Ramai orang yang masih keliru dengan maksud sebenar wang hantaran dan mas kahwin...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Perkahwinan

Wang hantaran dan mas kahwin merupakan dua perkara yang berbeza. Ramai orang yang masih keliru dengan maksud sebenar wang hantaran dan mas kahwin. Malah, yang lebih mengejutkan ada yang menganggap kedua-duanya adalah wajib dan termasuk dalam rukun perkahwinan.

Pada kali ini, kami akan berkongsi apa maksud dan beza antara wang hantaran dan mas kahwin supaya bakal pengantin dan yang masih single mudah memahami maksud sebenar.

Wang hantaran

Wang hantaran merupakan hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga pengantin perempuan. Nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga. Biasanya nilai wang hantaran adalah tinggi kerana ia digunakan sebagai tanggungan majlis pernikahan dan kenduri kendara. Wang hantaran merupakan adat dan ianya tidak wajib serta tidak menghalang perkahwinan daripada berlaku.

Mas kahwin

Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian wajib oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai hadiah perkahwinan. Ianya telah ditetapkan oleh syarak dan nilainya pula adalah mengikut negeri. Ini kerana ia ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Jadi di setiap negeri, kita akan dapati ada perbezaan nilai mas kahwin. Selain itu, ada juga negeri yang tidak menetapkan nilai mas kahwin seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Mas kahwin adalah hak isteri. Ia tidak boleh diambil oleh ibubapa atau si suami melainkan dengan kebenaran si isteri. Allah swt telah berfirman dalam surah an nisa ayat yang ke 4;

“Berilah mereka mahar dengan penuh ketulusan. Tetapi jika mereka rela memberikan sebagian dari mahar, maka ambillah dengan cara yang halal dan baik.”

(An nisa : 4)

Nilai mas kahwin tahun 2016 adalah seperti dalam jadual di bawah. Bagaimana pun jadual ini akan sentiasa berubah mengikut tahun dan keadaan semasa. Jika pengantin lelaki mahu membayar lebih daripada kadar minimun yang ditetapkan, ia dibolehkan asalkan tidak mengurangi nilai yang telah ditetapkan pejabat agama negeri. Semoga bermanfaat!

 



 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar