4 TOPIK YANG PATUT ANDA HINDARI KETIKA PERTEMUAN PERTAMA

4 TOPIK YANG PATUT ANDA HINDARI KETIKA PERTEMUAN PERTAMA

Persoalan mengenai bekas kekasih menjadi satu isu yang sangat sensitif pada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi kalau si dia baru sahaja putus cinta...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

Selepas mengenali seseorang itu sama ada melalui sosial media ataupun sebaliknya, perasaan ingin bertemu secara depan-depan itu pasti wujud dalam diri mereka. Kalau sekadar meneruskan perkenalan hanya di alam maya sahaja ianya membuatkan perbualan menjadi terlalu terhad. Oleh itu, mereka bercadang untuk berjumpa secara depan-depan sahaja agar komunikasi menjadi lebih terbuka.

Setiap orang pasti mahukan pertemuan pertama yang dirancang berjalan dengan lancar. Malah ada juga yang membayangkan pertemuan pertama mereka persis drama televisyen yang semuanya nampak romantik sahaja. Pada hakikatnya, pertemuan pertama inilah merupakan waktu yang sesuai untuk mereka saling mengenali antara satu sama lain.

Namun ramai yang tidak menyedari akan topik perbualan yang harus dihindari semasa pertemuan pertama. Teruskan membaca artikel kali ini supaya ‘first date’ anda tidak menjadi ‘last date’. Panduan ini juga dapat membantu anda dalam menyemai perasaan cinta sejurus pertemuan pertama itu.

1) Politik

Berhati-hati dengan topik ini. Jangan sesekali berbicara mengenai politik semasa pertemuan pertama. Hilmi Isa, Penulis Perunding Psikologi Bahasa ada mengatakan bahawa setiap parti politik terutama di Malaysia mempunyai ideologi dan perjuangan yang berbeza. Masing-masing mempunyai persepsi yang berlainan.

Sekiranya anda membangkitkan isu ini, ianya tidak mustahil dapat membangkitkan ketidakpuasan hati antara anda dan si dia. Sebaiknya, tunda dahulu topik perbincangan seperti ini. Simpan sahaja hujah politik anda dan elakkan daripada berbicara mengenainya.

Tidak dinafikan juga terdapat segelintir masyarakat yang mahu memiliki pasangan yang mempunyai persamaan pendapat terutama dari segi politik. Anda masih mempunyai peluang untuk membangkitkan tentang isu ini. Cuma tunggu sehingga perkenalan anda sudah di tahap yang sesuai atau matang. Namun anda harus ingat, tidak mudah untuk mengubah ideologi seseorang yang sudah tertanam sejak kecil.

2)Bekas kekasih

Persoalan mengenai bekas kekasih menjadi satu isu yang sangat sensitif pada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi kalau si dia baru sahaja putus cinta. Luka di hati masih belum padam sepenuhnya lagi tetapi anda sudah membangkitkannya kembali. Malah sekiranya anda pula yang memulakan perbicaraan tentang isu ‘bekas kekasih’ anda, itu menandakan anda yang belum bersedia.

Secara sedar tidak sedar, anda sudah menunjukkan yang anda belum bersedia untuk meneruskan cinta baru. Ini akan memberikan kesan buruk kepada anda. Mungkin ianya nampak seperti perkara biasa namun si dia akan menganggapnya seperti anda masih belum ‘move on’.

3)Sejarah lalu yang gelap

Setiap orang pasti mempunyai sejarah atau kenangan lalu yang menghantui diri mereka sehingga ke hari ini. Malah ada yang memiliki kenangan silam yang buruk sehinggakan mereka trauma apabila memikirkannya. Setiap pengalaman yang dilalui oleh manusia adalah berbeza.

Justeru itu, elakkan daripada perbicaraan yang boleh menggamit seseorang itu kepada kenangan lalu mereka. Secara tidak langsung anda dapat mengelakkan pertemuan pertama anda menjadi suram. Tidak salah juga untuk menyelit unsur-unsur jenaka agar perbualan anda menjadi ceria dan tidak bosan.

NAMUN APA PULA YANG HARUS DIBICARAKAN SEMASA PERTEMUAN PERTAMA ANDA?

1)Agama

Agama merupakan perkara penting yang perlu ada dalam hubungan setiap pasangan Pastikan anda dan si dia mempunyai pandangan agama yang sama agar hubungan cinta yang bakal terjalin mempunyai niat yang jelas. Agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia. Tanpa pegangan agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia.

Peranan agama yang paling dominan adalah ia dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan manusia. Kalau si dia tidak ada pegangan agama yang kukuh, macam mana mahu membimbing sebuah hubungan ke jalan yang benar?

2)Matlamat hidup

Setiap orang pasti mempunyai matlamat hidup dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Buktikan pada si dia tentang apa yang anda inginkan dalam hidup. Hubungan apa yang anda inginkan. Apa yang paling penting adalah kesungguhan anda dalam menjalin sesebuah hubungan. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Kesimpulan

Berikut kami kongsikan beberapa panduan untuk anda yang perlu dibicarakan semasa pertemuan pertama anda dan si dia. Semoga panduan ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca dalam pertemuan pertama anda kelak. Namun anda mestilah sentiasa menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan mengikut syariat Islam yang telah ditetapkan.

Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar