5 cara dan tempat ‘rare’ cari jodoh orang ‘dulu-dulu’
5 cara dan tempat ‘rare’ cari jodoh orang ‘dulu-dulu’
Jodoh merupakan sesuatu yang perlu diusahakan dan dicari. Jika anda menganggap jodoh hanya perlu menunggu, anda sebenarnya sudah salah mentafsir dalam hal berkaitan mencari jodoh.
Jodoh merupakan sesuatu yang perlu diusahakan dan dicari. Jika anda menganggap jodoh hanya perlu menunggu, anda sebenarnya sudah salah mentafsir dalam hal berkaitan mencari jodoh. Sama halnya dengan perbuatan jika kita hendak makan. Bolehkah kita hanya perlu duduk dan tunggu makanan datang atau kita kena berusaha mendapatkan wang untuk membeli makanan? Sudah tentu jawapannya kena berusaha untuk dapatkan rezeki. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
(Al-ankabut: 69)
Mencari atau berusaha mendapatkan jodoh mestilah dalam lingkungan yang dibenarkan agama. Berusaha mencari jodoh untuk bukanlah bermaksud anda perlu berkasih sayang dengan si dia dan melakukan perbuatan yang menyalahi agama. Mencari jodoh atau berusaha mendapatkan jodoh adalah mesti dengan niat untuk berkahwin supaya dengan adanya sedikit usaha, ia akan memudahkan urusan anda ke jinjang pelamin nanti.
Pada waktu dulu-dulu, sebelum kewujudan internet dan penggunaanya masih belum meluas lagi, banyak cara dan tempat yang ‘rare’ untuk mendapatkan jodoh. Di sinilah biasanya tempat-tempat yang menjadi pilihan orang dahulu untuk mencari jodoh dan mendapatkan cinta pandang pertama selain melalui orang tua. Mari kita lihat apakah tempat-tempat yang menjadi lagenda untuk cari jodoh itu.
1. Kenduri kahwin kawan atau sedara.
Kenduri kahwin kawan atau sedara adalah salah satu tempat yang mengumpulkan ramai orang dan kenalan. Di sinilah biasanya kawan-kawan sekolah atau sedara mara berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain. Lelaki bujang dan perempuan bujang dulu pasti akan menggunakan peluang ini bagi mencari cinta dan jodoh mereka.
2. Dalam pengangkutan awam.
Pernah tengok drama korea? Haa… lebih kurang macam tu lah. Naik pengangkutan awam untuk pergi kerja. Tetiba terpandang si dia yang sama-sama dalam satu bas. Dari pandangan mata itu akan turun ke hati. Dari hati, kemudian terus kahwin. Hehe.
3. Persatuan atau sukarelawan.
Apabila anda terlibat dalam persatuan atau sukarelawan sama ada di tempat belajar atau bekerja, anda pasti akan banyak bergaul dengan pelbagai jenis orang. Jika impikan pasangan yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama dengan anda, pilihlah orang yang sama-sama dalam persatuan anda.
4. Kawan yang tolong ‘kenenkan’.
Tempat dan cara yang seterusnya adalah melalui kawan. Sikap pemalu akan membuatkan anda rasa malas dan takut untuk mencari jodoh. Jadi, apabila kawan anda berusaha untuk padankan anda dengan kawan dia, jadi anda terus bersetuju.
5. Redha dengan ketentuan Allah.
Redha atau tawakal adalah cara yang paling last sekali setelah anda berusaha mencari jodoh. Rajinkan diri anda dengan selalu berdoa kepada Allah. Siapa tahu, mungkin Allah dengar doa anda dan menjodohkan anda dengan seorang yang baik dan sesuai buat diri anda. Kadang kala, Allah tidak terus perkenankan doa kita. Mungkin tiba masa yang tepat dan betul nanti, barulah Allah hadirkan jodoh untuk kita. Semoga kita semua jangan pernah berputus asa daripada memohon kepada Allah.
Jangan lupa #baitulmuslim - keluarga muslim
Belum ada jodoh?