5 perkara yang lelaki inginkan daripada seseorang yang bergelar wanita
5 perkara yang lelaki inginkan daripada seseorang yang bergelar wanita
Lelaki itu sifatnya sukar dibaca. Namun, jika seseorang wanita dapat memahami seseorang lelaki itu dengan baik, pasti dalam perhubungan perasaan erat dan kasih sayang akan lebih bertambah baik...
Lelaki itu sifatnya sukar dibaca. Namun, jika seseorang wanita dapat memahami seseorang lelaki itu dengan baik, pasti dalam perhubungan perasaan erat dan kasih sayang akan lebih bertambah baik. Dalam artikel kali ini, kami kongsikan terutama kepada wanita mengenai 5 perkara yang biasa seorang lelaki inginkan daripada seseorang perempuan.
1. Memahami.
Kebiasaanya, sifat seorang lelaki berbeza dengan lelaki lain. Fahami sikap dan tingkah lakunya. Pasangan anda mungkin seorang yang suka pasal bola atau mungkin suka kepada sukan bermotor. Ia tidak salah asalkan tidak bertentang dengan agama dan menghabiskan sebahagian besar masa dalam sehari untuk hobi tersebut.
Jika ia sekadar hobi dan hanya dilakukan pada waktu terluang, sepatutnya ada sokong hobinya juga. Percayalah, jika anda boleh terima hobinya, pasti anda akan lebih dihargai dan hobi anda juga akan diterima oleh si dia dengan senang hati. Sekali lagi kami ingatkan, fahami bukan ubah sifat atau tingkah lakunya jika ia tidak bertentangan dengan agama.
2. Terima seadanya.
Perkara yang paling penting adalah menerima pasangan anda seadanya. Jangan membandingkan dengan lelaki lain. Itu adalah pantang yang sangat besar kepada seorang lelaki. Mereka tidak suka dibandingkan dengan lelaki lain. Paling sakit hati jika mereka dibandingkan dengan bekas kekasih lama ada atau rakan lelaki anda yang lain.
3. Saling mempercayai.
Jika anda tidak mempercayai pasangan anda, jangan harap mereka juga akan mempercayai anda. Kadang kala, kita mahu mereka sahaja yang mempercayai kita tetapi kita sedikitpun susah nak beri kepercayaan kepada pasangan kita.
4. Cuba mengubah.
Siapalah kita untuk mengubah seseorang jika tanpa kerelaan hatinya sendiri ? Jangan memaksa. Mungkin kadang kala si lelaki perlukan masa untuk berubah. Beri masa kepada mereka. Dalam masa yang sama, seorang wanita juga perlu berubah kepada kepada yang lebih baik. Mungkin dengan perubahan kita itu akan membuka pintu hatinya untuk sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.
5. Jangan merendahkan martabat seorang lelaki.
Apabila berkahwin, lelaki adalah ketua kepada keluarga anda. Janganlah sesekali mengecilkan hatinya dengan merendahkan martabatnya sebagai seorang ketua keluarga. Mereka kadang kala perlukan perhatian daripada wanita yang bergelar isteri dan sentiasa hendak dirai. Jagalah aib suami terutama apabila di hadapan keluarga dan orang lain.
Semoga dengan adanya senarai ini membuatkan para wanita lebih bersedia dan memahami pasangan mereka dengan lebih mendalam. Semoga rumah tangga yang bakal dibina mahupun yang telah terbina berkekalan hingga ke syurga. Amin!
Belum ada jodoh?