6 Sebab Wanita Lebih Menyukai Lelaki Yang Berusia

6 Sebab Wanita Lebih Menyukai Lelaki Yang Berusia

Lelaki yang berusia biasanya lebih stabil dari segi ekonomi dan kerjaya berbanding lelaki yang berumur 20-an. Mereka memiliki masa yang cukup untuk mengukuhkan kewangan diri...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

Tidak lama dahulu, kecoh dalam media sosial mengenai isu seorang wanita muda yang berusia 18 tahun berkahwin dengan seorang lelaki pilihannya yang berusia 66 tahun. Lelaki itu juga merupakan seorang duda yang mempunyai lapan orang anak. Perkahwinan antara mereka berdua adalah atas kerelaan kedua-dua belah pihak dan tiada paksaan biarpun hampir 50 tahun jarak umur mereka.  

Jika kita renungkan, tiada siapa yang boleh menolak takdir jodoh. Jika Allah sudah mentakdirkannya maka ia pasti berlaku. Mungkin ramai antara kita yang tertanya-tanya apakah yang menyebabkan golongan wanita lebih menyukai lelaki yang berusia berbanding dengan lelaki yang muda? Pada artikel ini, saya akan senaraikan 6 sebab wanita lebih menyukai lelaki yang berusia berbanding lelaki yang muda atau sama umur.

1. Stabil Dalam Ekonomi Dan Kerjaya

Lelaki yang berusia biasanya lebih stabil dari segi ekonomi dan kerjaya berbanding lelaki yang berumur 20-an. Mereka memiliki masa yang cukup untuk mengukuhkan kewangan diri dan kerjaya kerana telah lama bekerja. Tidak seperti lelaki yang muda, kebanyakan daripada mereka mungkin baru habis belajar dan masih terumbang-ambing dalam membina kerjaya.  

Di samping itu, kadar pengangguran negara sekarang juga semakin meningkat. Malah, kebanyakan yang menganggur adalah terdiri daripada golongan graduan yang baru habis belajar (sumber menurut Jabatan Perangkaan Malaysia). Ini menjadi sebab yang munasabah bagi golongan perempuan untuk memilih lelaki yang bekerjaya dan stabil dari segi ekonomi.

(Kadar pengangguran golongan graduan adalah tertinggi berbanding dengan lain-lain tahap pendidikan)

2. Berpandangan jauh ke depan

Lelaki yang berusia memiliki pemikiran yang memandang jauh ke hadapan. Pengalaman yang mereka miliki akan digunakan sebaik mungkin termasuklah dalam soal menguruskan diri dan bakal rumah tangga mereka. Sifat ini merupakan antara ciri-ciri pemimpin keluarga yang baik dan menjadi impian setiap wanita kepada bakal suami mereka.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

“Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu akan bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya".

(Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 893 dan Muslim no. 1829)

3. Matang

Faktor yang ketiga menjadi perhatian wanita adalah sifat matang daripada lelaki yang berumur. Semakin bertambahnya umur, seseorang lelaki itu akan jauh lebih matang dan lebih bijaksana dalam mengharungi hidup. Sifat matang ini amat penting bagi seorang lelaki yang akan memimpin rumah tangga kerana merekalah yang akan membuat keputusan penting. Keputusan yang dibuat seharusnya bukan bersifat emosi yang meledak semata-mata. Kematangan seorang lelaki yang berumur pasti akan menarik hati golongan wanita muda.

4. Romantik

Lelaki yang berusia juga memiliki persona yang tersendiri. Ia sangat berbeza dengan lelaki yang muda. Ramai wanita yang tidak suka dengan tindakan kasar dan emosional lelaki muda. Lelaki yang berusia lebih romantik dan penyayang.

Contoh yang paling dekat dengan kita adalah kisah Rasulullah S.A.W. dengan Saidatina Aisyah R.A. Beza umur antara Rasulullah S.A.W. dengan Saidatina Aisyah R.A. adalah sangat jauh namun baginda tetap romantik terhadap isterinya. Bahkan terdapat satu kisah yang popular iaitu kisah Rasulullah S.A.W. berlumba lari dengan Saidatina Aisyah R.A. yang diriwayatkan oleh At-Tabrani:

Suatu hari Rasulullah S.A.W. berlumba lari dengan Saidatina Aisyah R.A. dan Saidatina Aisyah R.A.  menang. Saidatina Aisyah R.A. bercerita, “Nabi S.A.W. berlari dan mendahuluiku (namun aku mengejarnya) hingga aku mendahuluinya. Tetapi, tatkala badanku gemuk, Nabi S.A.W. mengajak lumba lari lagi namun beliau mendahului, kemudian beliau mengatakan, “Wahai Aisyah, ini adalah balasan atas kekalahanku yang dahulu.”

(Hadis Riwayat At-Tabrani)

5. Lebih menghargai

Suatu perbezaan yang biasa kita lihat antara seorang lelaki muda dan lelaki yang berusia adalah mereka lebih menghargai wanita. Lelaki yang berusia dan telah hidup lama memahami wanita jauh lebih baik berbanding lelaki yang muda. Sebagai contoh, mereka akan melayan dan menjawab dengan baik pertanyaan wanita seperti “Sayang, saya gemuk tak?” atau “Sayang, saya cantik tak?”. Soalan-soalan seperti ini, walaupun kecil pada lelaki, ia merupakan perkara yang sensitif bagi seorang wanita.

6. Ada karisma

Mempunyai aura dan karisma juga merupakan ciri-ciri lelaki idaman wanita. Karisma ialah satu perwatakan yang tidak boleh dibuat-buat. Karisma merupakan sifat penarik seseorang individu yang berupaya mempengaruhi dan menjadi contoh kepada orang ramai. Kebanyakan lelaki yang berusia mempunyai aura ini. Sebagai contoh, ramai wanita muda pada hari ini yang berkahwin dengan lelaki berusia yang mempunyai pangkat ‘Dato’ dan mempunyai pengaruh dalam dunia perniagaan dan usahawan.

Ini merupakan enam senarai sebab wanita lebih menyukai lelaki yang berusia mengikut pandangan peribadi saya. Mungkin anda yang membaca mempunyai pandangan yang tersendiri tentang isu ini. Berkahwin dengan pasangan yang berusia ataupun tidak bukanlah suatu masalah yang besar. Jika itu jodoh kita, pasti ada hikmah yang Allah S.W.T. telah sediakan untuk kita. Untuk yang belum bertemu jodoh, bersabar dan teruslah berusaha.

Jom bina #baitulmuslim (keluarga muslim) yang bahagia

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar