7 Petanda si dia adalah seorang ‘Playboy’
7 Petanda si dia adalah seorang ‘Playboy’
Bukan semua wanita beruntung boleh memiliki kekasih hati yang baik, penyayang, setia dan baik hati. Semuanya bergantung pada nasib...
Seseorang wanita pasti tidak mahu jika bakal suami atau suaminya seorang lelaki playboy. Lelaki playboy adalah lelaki yang tidak setia dengan hanya seorang wanita. Sifatnya yang suka mempermainkan perasaan wanita, mengambil kesempatan dan bertukar kekasih merupakan satu mimpi buruk bagi seorang yang bergelar wanita.
Bukan semua wanita beruntung boleh memiliki kekasih hati yang baik, penyayang, setia dan baik hati. Semuanya bergantung pada nasib, tetapi jika anda bijak, anda pasti tidak akan tewas dengan mana-mana lelaki yang bergelar lelaki playboy!
Jadi, untuk itu anda perlu lebih berhati-hati supaya tidak terjerat dalam perangkapnya, kerana lelaki playboy ini mempunyai karisma tersendiri yang mampu menawan hati wanita. Lelaki playboy cukup arif menguasai bagaimana mahu membuatkan seseorang wanita itu menyukai atau jatuh cinta kepadanya. Pada artikel ini, kami kongsikan kepada anda sifat dan ciri-ciri lelaki playboy supaya anda tidak terjebak dengan cinta si playboy.
1. Peramah dengan wanita.
Peramah dengan wanita di sini adalah peramah yang tidak kena pada tempatnya. Si dia akan menjadi peramah kepada semua wanita yang ditemuinya. Jika wanita tersebut seorang yang cantik dan bekerjaya bagus, ia adalah bonus kepada si playboy tersebut. Ibarat mengantuk disorongkan bantal pula.
2. Berperwatakan menarik dan mengoda.
Kebiasaannya lelaki yang playboy itu adalah orang yang mempunyai perwatakan yang agak menarik. Mereka biasanya sangat menjaga penampilan diri mereka. Pakaian mereka sentiasa kemas dan rapi. Tujuannya adalah supaya wanita mudah tertarik dan mudah untuk mengorat si gadis yang cantik.
3. Sangat mengambil berat apabila kesepian.
Di saat anda kesepian dan sunyi, mereka akan muncul dengan menelefon dan menghantar mesej kepada anda. Kadang kala, berbagai cerita dan kisah direka untuk menagih simpati anda. Anda pun mungkin akan berkongsi cerita dan kisah yang sama dan si dia akan menjadi tempat anda meluah perasaan dalam masa yang anda tidak sedar. Jaga-jaga, anda mungkin akan tertarik akibat sikap ‘caring’ ini.
4. Selalu buat alasan.
Setelah anda sudah terpikat hati pada si dia, si dia sudah tidak berminat untuk melayan anda lagi. Mungkin kerana sudah bosan dengan anda. Dia akan mencipta dan membuat beribu alasan. Sikap ini biasanya akan timbul apabila lelaki playboy tadi sudah bertemu mangsa yang baru.
5. Pakar ‘pick up lines’ (ayat manis).
Berbagai ayat manis akan digunakan untuk memikat hati anda. Apabila anda sudah terjerat, janji manis dahulu hanya tinggal janji. Tiada lagi ayat manis untuk anda. Si dia akan meninggalkan anda menyebabkan anda pula yang terpaksa terhegeh-hegeh mengejar cintanya.
6. Ramai teman wanita.
Lelaki playboy memang pakar dalam bab memikat. Jadi, tidak hairan kebanyakan lelaki playboy ini terdiri dalam kategori mereka yang mudah bergaul dan ‘charming’. Namun, mereka tidak akan mempamerkan secara terang-terang sikap penggoda itu, walaupun sebenarnya seorang pemikat. Justeru itu, teman wanitanya sangatlah ramai dan ada di mana-mana sahaja. Lelaki playboy akan bertukar-tukar pasangan tanpa ada perasaan bersalah. Hati-hati jika pasangan anda terlalu ramai teman wanita.
7. Suka membincangkan berkaitan ‘sensual’.
Antara sifat lelaki playboy lagi ialah mereka suka bercakap dan berbincang perkara tentang seks dan lucah. Ini perkara serius yang perlu diberi keutamaannya oleh wanita. Jika sebelum berkahwin mereka sudah berani bercakap isu ini dengan anda, ini bermaksud mereka tidak menghormati anda dan maruah anda sebagai wanita yang belum berkahwin.
Kesimpulannya, sebagai wanita dan perempuan, anda perlu lebih berhati-hati dalam urusan memilih jodoh. Selidiklah betul-betul latar belakang bakal suami anda supaya anda tidak menyesal kemudian hari. Semoga bertemu jodoh yang baik.
Jangan lupa #baitulmuslim- keluarga muslim
Belum ada jodoh?