7 TIPS JIMATKAN PERKAHWINAN ANDA

7 TIPS JIMATKAN PERKAHWINAN ANDA

"perbelanjaan dalam menguruskan kos perkahwinan"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua
Tips, Jimatkan, Perkahwinan

Perkahwinan merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh pasangan dan semestinya persiapan yang teliti perlulah dilakukan untuk menghadapi hari yang bersejarah ini. Tetapi perkara yang perlu diingat adalah tentang perbelanjaan dalam menguruskan kos perkahwinan. Terdapat pasangan yang berbelanja melebihi daripada bajet dan kemampuan mereka dan kesannya terpaksa ditanggung selepas majlis selesai. Pada artikel kali ini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa pilihan yang anda dapat lakukan untuk mengurangkan bajet perkahwinan.

1. Perancangan Awal

Pastikan anda merancang setiap perkara yang ingin dilakukan lebih awal dan tempah dengan lebih awal. Sebagai contoh hotel dan perkhidmatan katering biasanya akan mengenakan harga yang tinggi untuk apa-apa perubahan pada saat akhir. Kalau boleh cuba tempah dan bayar deposit sebulan lebih awal.

2. Ekspo Perkahwinan

Pastikan anda melawat ekspo perkahwinan dan perikasa harga yang ditawarkan dan buat perbandingan. Terdapat pelbagai pilihan pakej yang disediakan jadi ambil masa untuk memilih yang sesuai dengan bajet dan kemampuan anda

3. Hotel atau Dewan

Jika anda ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau dewan pastikan anda bandingkan harga yang ditawarkan untuk majlis perkahwinan dan tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang terbaik.

4. Fotografi dan Videografi

Bagi perkhidmatan photografi ataupun videografi, tidak perlu membuat album untuk ‘pre wedding’ kerana biasanya harga lebih mahal cukup hanya gambar semasa berkahwin dan jika masih mahu mungkin di bahagian pre wedding anda boleh minta raka-rakan untuk tolong ambil gambar anda. Sama seperti perkhidmatan lain, perkhidmatan photografi juga mempunyai pelbagai harga jadi buat survey awal yang sesuai dengan bajet anda sebelum menempah

5. Hantaran

Untuk hantaran pula, anda boleh beli barang semasa ‘sale’ dan menghias sendiri hantaran anda. Sebenarnya agak seronok apabila anda menghias sendiri hantaran kerana ia nampak lebih bermakna serta boleh menjimatkan wang ringgit. Caranya pun tidak susah anda boleh search sahaja di internet dan pelbagai hiasan dapat anda tiru.

6. Kad Jemputan

Bagi kad jemputan kahwin pula anda boleh dapatkan kedai yang menyediakan harga yang paling murah dan membuat jumlah yang besar. Sebagai pilihan lain di zaman serba moden ini anda boleh buat e-kad dan hanya jemput rakan-rakan anda di facebook. Ianya sangat mudah dan jimat.

7. Pakaian Pengantin

Bagi kos pakaian perkahwinan pula anda perlu pilih material yang betul dan selesa. Kalau boleh jangan pilih yang terlalu banyak manik dan mahal. Baju pengantin mungkin hanya dipakai sekali sahaja oleh sesetengah orang jadi apa salahnya jika anda hanya sewa sahaja . Terdapat banyak butik pengantin yang menyediakan sewaan gaun dan anda boleh pilih jenis dan pakaian yang anda minati.

Berikut adalah 7 Tips dalam menjimatkan perbelanjaan pada hari perkahwinan anda. Semoga dapat membantu! 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar