8 Ciri anda dan si dia pasangan yang serasi
8 Ciri anda dan si dia pasangan yang serasi
Adakah anda dan si dia merupakan pasangan yang serasi? Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan pembaca mengenai 8 ciri-ciri...
Adakah anda dan si dia merupakan pasangan yang serasi? Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan pembaca mengenai 8 ciri-ciri yang ada pada diri anda dan pasangan, yang akan menjadikan anda pasangan yang betul-betul serasi. Jom kita lihat ciri-cirinya;
1. Menerima kita seadanya.
Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut. Sebagai perempuan pula, kita juga harus redha dengan kekurangan dan kelebihan pasangan kita. Dengan cara itu, nyata si dia adalah pasangan yang serasi buat kita. Jadi jangan lepaskan pasangan anda itu.
2. Susah senang bersama.
Mencari pasangan yang sanggup susah senang bersama ibarat lirik dalam lagu daripada black mentor, “ketawa bersama, menangis bersama” adalah sangat susah. Ia ibarat satu dalam seribu. Ia bukan hanya sekadar lafaz kosong, tetapi jika pasangan anda dan anda sendiri adalah orang yang sanggup susah senang bersama, anda adalah pasangan yang serasi. InsyaAllah akan kekal bersama.
3. Menghormati ahli keluarga kita.
Saling menghormati keluarga dan menganggap keluarga mertua seperti keluarga sendiri. Pasangan yang betul-betul serasi tidak akan membezakan keluarga suami atau isteri kerana apabila berkahwin, tanggung jawab dan amanah yang dipikul adalah sama seperti seorang anak atau menantu. Perlu banyak bersabar dan bertolak ansur dalam bab ini.
4. Berkongsi menanggung keluarga.
Pasangan itu sesuai dengan kita jika mereka tidak berkira untuk berkongsi wang, masa dan tenaga untuk menanggung keluarga. Bila tiba hujung bulan bagikan pendapatan secara sukarela untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak. Jangan amalkan, ‘duit aku, aku punya. Duit kau pun aku punya!' Kalau begitu gayanya, lebih baik anda dan pasangan tidak perlu berkahwin. Perbincangan dan komunikasi adalah sangat diperlukan pada masa ini.
5. Memiliki cita-cita masa depan yang serupa.
Ciri pasangan yang serasi adalah mereka mempunyai cita-cita dan misi yang sama untuk keluarga mereka. Matlamat yang mereka bina bukan sahaja untuk kepentingan diri mereka, bahkan mereka memikirkan juga untuk jangka masa yang panjang bagi kebaikan keluarga mereka.
6. Boleh membaca gerak hati kita.
Pasangan yang serasi biasanya sudah faham akan diri kita dan mampu membaca gerak hati dan kemahuan kita. Kita juga sebenarya boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
7. Saling memaafkan antara satu sama lain.
Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan. Kemudian saling memaafkan dan bermaafan sepanjang masa jika berbuat silap.
8. Memiliki wajah yang hampir sama.
Ramai orang beranggapan bahawa jika pasangan itu memiliki wajah yang serupa mereka dianggap sebagai pasangan yang serasi. Adakah pendapat ini benar? Mungkin ya, kerana semakin lama sesebuah pasangan hidup bersama, wajah mereka akan menjadi mirip benar. Sebabnya mereka makan, minum, merasai persekitaran yang sama dan juga bergaul dengan kelompok orang yang sama. Jadi, jika diperhatikan semakin lama pasangan itu hidup bersama, keserasian mereka amat terserlah. Itu petanda jodoh mereka itu kekal hingga ke akhir hayat.
Ini hanyalah pendapat daripada kami. Mungkin betul atau mungkin salah. Sama-samalah kita renung dan fikirkan. Selamat beramal !
Belum ada jodoh?