8 perwatakan suami soleh yang perlu anda cari

8 perwatakan suami soleh yang perlu anda cari

Mempunyai suami yang soleh dan mithali semestinya impian setiap wanita. Wanita mahukan suami mereka bukan sahaja seorang yang mencintai dirinya, malah mempunyai keperibadian yang tinggi...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

Mempunyai suami yang soleh dan mithali semestinya impian setiap wanita. Wanita mahukan suami mereka bukan sahaja seorang yang mencintai dirinya, malah mempunyai keperibadian yang tinggi dan mulia. Mencari suami yang seperti itu adalah bukanlah sesuatu yang mudah. Namun bukanlah juga merupakan sesuatu yang sangat sukar. Anda hanya perlu ada sedikit usaha.

Kami sediakan 8 watak yang bercirikan suami yang soleh. Semoga bermanfaat bagi anda yang sedang mencari calon suami.

1. Seorang yang baik dan soleh.

Suami yang baik dan soleh adalah lelaki yang menunaikan tanggung jawab kepada Allah, keluarga serta kepada semua yang menjadi tanggung jawabnya. Mereka mestilah seorang yang menunaikan solat 5 waktu kerana tanggung jawab kepada Allah dan berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Suami mithali akan memimpin keluarga dengan mengikut cara Rasulullah sebagai ikutan dan teladan yang baik untuk keluarganya.

2. Memberi nafkah.

Seorang suami yang baik dia harus berusaha memberikan nafkah kepada isteri dan keluarga. Bagi melihat sifat ini untuk lelaki yang bujang, anda boleh lihat sama ada lelaki tersebut kedekut atau tidak dengan kedua ibu bapanya.

3. Menasihati dan menegur kesilapan isteri.

Suami adalah seorang yang berperanan sebagai ketua keluarga. Merekalah orang yang bertanggung jawab memimpin keluarga ke jalan yang betul hingga ke syurga Allah. Jika rosak seorang pemimpin keluarga, maka rosaklah keseluruhan keluarga.

Suami yang baik adalah suami yang boleh memimpin, menasihati dan menegur kesilapan isteri. Allah swt telah berfirman dalam surah an nisa, ayat 34;

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggung jawab terhadap kaum perempuan”.

4. Menjaga rahsia.

Ciri yang seterusnya bagi calon suami yang baik ialah seorang yang pandai menjaga rahsia. Ini adalah perkara yang penting kerana, sudah banyak rumah tangga yang hancur akibat perkara-perkara yang aib dan rahsia dibincangkan dengan orang lain, bukan dengan pasangan.

5. Seorang yang tenang dan pemaaf.

Suami mithali haruslah bersikap tenang dalam memimpin kehidupan berumah tangga. Jika berlakunya sesuatu masalah, suami seharusnya bersikap tenang dan cuba menyelesaikan masalah dengan cara yang baik. Dengan bersikap tenang dan pemaaf, suasana rumah tangga akan lebih harmoni dan unsur tolak ansur kepada pasangan dapat diwujudkan.

6. Menghormati isteri.

Seorang suami, haruslah dihormati oleh seorang isteri. Namun, begitulah juga hak bagi seorang isteri. Isteri juga perlu dihormati haknya. Isteri bukan orang gaji atau suruhan suami. Apabila suami menghormati isteri, pastinya si isteri akan lebih menghormati suami. Ia akan mengeratkan lagi ikatan perkahwinan dengan penuh kasih sayang.

7. Ringan tulang membantu isteri.

Membantu isteri adalah perkara yang agak penting bagi seorang suami. Bukan semua hal rumah tangga boleh diserahkan kepada si isteri seratus peratus. Tambahan pula, zaman sekarang wanita juga kebanyakan bekerjaya kerana ingin membantu si suami. Jadi, bakal suami yang selalu ringan tulang membantu isteri adalah calon yang terbaik untuk dijadikan suami.

8. Setia dan jujur.

Isteri merupakan orang yang sentiasa berada di sisi suaminya di waktu susah dan senang. Bermakna si isteri tidak patut di tinggalkan atau dianiaya oleh suaminya. Suami yang mithali mestilah jujur dalam setiap perkara terhadap isterinya bagi mengelakkan hubungan rumahtangga retak.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar