fbpxAPA YANG PERLU ANDA BUAT SUPAYA ORANG TERSAYANG TIDAK CURANG

APA YANG PERLU ANDA BUAT SUPAYA ORANG TERSAYANG TIDAK CURANG

APA YANG PERLU ANDA BUAT SUPAYA ORANG TERSAYANG TIDAK CURANG

"apabila mereka dapat tahu bahawa pasangan mereka berlaku curang padanya, pasti hancur luluh perasaan mereka"

Dikarang oleh 91468 | Tips dan petua
Kongsi artikel ini: 

Semua orang tidak mahu orang yang mereka sayang dan cinta berlaku curang kepadanya. Apabila mereka dapat tahu bahawa pasangan mereka berlaku curang padanya, pasti hancur luluh perasaan mereka. Sedih nya hanya Tuhan sahaja yang tahu kan. Berikut adalah beberapa perkara yang patut anda lakukan untuk mengelakkan daripada pasangan anda berlaku curang:

Jangan sesekali cemburu buta

Apabila anda sering cemburu tak tentu pasal akan pasangan anda, anda secara tak sedar, telah membuat mereka berasa rimas dengan sikap anda yang sikit-sikit nak jealous. Ianya memang tak salah kalau anda nak ada perasaan macam tu, namun mestilah sesuai dengan keadaan dan situasi, janganlah perkara remeh pun anda nak jealous.

Hormati privasi kehidupan pasangan anda

Kalau anda terlalu mengongkong pasangan anda, seolah-olah anda tidak ada hormat akan privasi mereka. Bila jumpa je, anda mesti nak check handphone mereka, macam budak-budak pun ada, alasannya, sebab anda takut kalau-kalau pasangan anda ada contact orang lain ke, jelas anda tidak hormat pada privasi mereka.

Sentiasa pegang akan komitmen pada hubungan

Anda ingin pasangan anda setia pada hubungan yang dibina, malah anda sendiri pun kena jujur pada hubungan itu. Kalau anda sendiri pun dah curang, maka tak pelik lah kalau pasangan anda pun bertindak demikian. What you give, you get back.

Jadilah seperti kawan baik kepada pasangan anda

Jadikan pasangan anda seperti kawan baik anda. Kongsikan saat suka duka anda bersama pasangan, nescaya pasangan anda berasa mereka cukup dihargai, mereka akan merasakan seolah-olah diri mereka orang penting dalam diri anda.

Namun, walaupun anda dah berusaha untuk menjaga hubungan anda, tak dinafikan kalau ianya masih juga kecundang, sentiasalah berdoa kepada Allah, meminta Allah SWT melindungi hubungan anda dan pasangan. InshaAllah. Kita hanya mampu usaha, tawakal dan selebihnya kita serah pada Allah. Pasti ada hikmah disebaliknya.

Kongsi artikel ini: