BILA DAH KENAL (TAARUF), MACAM MANA NAK BERINTERAKSI?
BILA DAH KENAL (TAARUF), MACAM MANA NAK BERINTERAKSI?
"pada awal perkenalan akan membuatkan mereka sedikit kekok dan janggal"
Kalau entri sebelum ini, baitulmuslim.com pernah berkongsi mengenai beberapa panduan soalan yang patut diajukan semasa sesi berkenalan (bertaaruf), namun, kami pernah diajukan soalan mengenai, bagaimana pula cara nak berinteraksi selepas kenal? Tak akan terus nak ajak kahwin kan? Sekurang-kurangnya nak kenal lebih mendalam lagi akan si dia. Betul tak?
Bagi sesetengah lelaki mahupun perempuan, pada awal perkenalan akan membuatkan mereka sedikit kekok dan janggal. Bila dah lama-lama kenal, baru tahu bagaimana caranya, tetapi, masih juga wujud lagi perasaan malu itu. Namun, kalau dah suka, mesti terus membuka langkah lain kan? Tak akan la nak senyap sahaja kan? Teruskan baca artikel ini untuk mengetahui tentang bagaimana cara berinteraksi dengan orang yang kita sukai:
Mulakan dengan percakapan santai
Usah mulai percakapan dengan topik yang berat. Anda mungkin boleh memulakan perbicaraan dengan cuaca, hobi atau sebaliknya. Malah anda juga boleh memulakan percakapan mengenai makanan kegemaran ke. Ianya adalah untuk mengelakkan perbualan anda menjadi bosan, dan juga dapat membantu anda untuk meneruskan perbualan.
Jangan menunjukkan rasa nervous
Ok, sudah pasti apabila baru-baru kenal mesti perasaan nervous tidak dapat dielakkan kan? Namun, alangkah baiknya kalau perasaan itu dapat dikawal, supaya ianya tidak menjadi terlalu ketara di depan si dia. Cuba bersikap tenang, seolah-olah kamu sudah biasa. Nanti lama kelamaan hilanglah rasa gugup itu.
Sentiasa jaga jarak
Ingat, kita ni bercinta bagai nak rak macam mana pun, tapi, still kena jaga batas. Apa-apa pun perbuatan kita, disaat berbicara dengan mereka yang berlawanan jantina, kita mestilah tahu akan batas kita. Perkara ini juga mampu membuatkan pasangan anda berasa tenang dan aman terutama bagi golongan wanita. Mereka akan berasa lebih selamat sekiranya anda reti menjaga batas-batas anda. Kalau si wanita pula, bawalah sekali kenalan atau teman anda ketika berjumpa dengan si lelaki. Supaya setiap ayat yang dibicarakan tidak terjerumus kepada perkara maksiat.
Bertanya tentang dirinya
Selitkan juga di dalam setiap perbincangan dengan dia tentang soalan-soalan yang berkaitan dengan dirinya. Perkara ini dapat membantu anda lebih mengenali si dia.
Menjadi pendengar untuk si dia
Kebanyakan wanita mereka sangat gemar berbicara. Mereka lebih suka berbicara berbanding mendengar. Jadi untuk para lelaki pula, cuba menjadi pendengar ketika si wanita sedang berbicara, maka, jadikan ini sebagai salah satu ‘senjata’ untuk anda membuatnya tenang berbicara dengan anda. Untuk perempuan pula, walaupun si lelaki hanya sekadar mendengar, tetapi mereka sungguh-sungguh mendengarnya. Ianya kerana mereka lebih ingin menjaga hati anda. Sudah hakikatnya begitu.
Berikan pujian
Bila anda sudah mengenali sedikit sebanyak tentang si dia, anda sudah boleh mulakan dengan pujian. Sebagai contoh “cantik jam tangan awak” atau “cantik baju awak”. Baik lelaki mahupun perempuan, mereka amat gemar akan pujian.
Jangan terlalu serius
Setiap perbicaraan, pastikan ianya jangan terlalu serius. Perbualan yang serius mampu membuatkan perbicaraan anda menjadi cepat bosan. Selitkan dengan bahan jenaka, supaya perbualan dapat diteruskan dengan lebih selesa dan tidak kekok.
Berikut kami kongsikan beberapa cara dalam berinteraksi dengan wanita mahupun lelaki selepas sesi berkenalan (bertaaruf) dilakukan. Ingat, apa jua yang anda lakukan, jaga setiap tingkah laku kita sebagai seorang Islam. Nak berkenalan itu boleh, tetapi mestilah tahu batas-batasnya!
Belum ada jodoh?