fbpxCARA KENAL PASTI SAMA ADA SI LELAKI SERIUS ATAU TIDAK UNTUK BERNIKAH

CARA KENAL PASTI SAMA ADA SI LELAKI SERIUS ATAU TIDAK UNTUK BERNIKAH

CARA KENAL PASTI SAMA ADA SI LELAKI SERIUS ATAU TIDAK UNTUK BERNIKAH

Apabila si wanita berbicara tentang soal perkahwinan, pasti si dia teragak-agak untuk memberi jawapan atau respons. Malah ada juga yang cuba menukar topik perbincangan kepada topik lain...

Dikarang oleh 21976 | Tips dan petua
Kongsi artikel ini: 

Penciptaan yang berpasangan merupakan fitrah yang sudah Allah SWT tetapkan. Allah SWT telah menganugerahkan naluri kepada setiap hamba-Nya untuk menyukai sesama mereka yang berlawanan jantina. Umat manusia diciptakan berpasangan untuk mengembangkan keturunan atas izin Allah SWT. Maka tidak mustahillah sekiranya seseorang itu berusaha keras dalam mencari jodoh buat diri mereka.

Ianya merupakan impian semulajadi setiap insan untuk mengharapkan hubungan yang mereka bina berkekalan hingga ke saat pernikahan. Namun sejauh mana persediaan setiap daripadanya sama ada pihak lelaki mahupun pihak perempuan? Adakah mereka sudah komited untuk memikirkan tentang soal perkahwinan meskipun sudah lama berkasih? Misalnya….

“Ya Allah, stress betullah dengan si Halim ni. Hubungan kami dah 5 tahun tetapi apabila disoal tentang bertunang je mesti dia cuba berdalih. Apatah lagi nak kahwin. Bila tanya je mesti dia akan selalu tukar topik sahaja!..”

Mesej di atas jelas menunjukkan bahawa si lelaki masih belum bersedia untuk menyerahkan seluruh komitmennya pada sebuah perkahwinan. Namun sejauh mana untuk anda kenal pasti sama ada si lelaki serius atau tidak untuk bernikah? Teruskan membaca artikel pada kali ini untuk mengetahui tahap serius seorang lelaki terhadap perhubungannya.

TIDAK SERIUS

1) Mereka akan sering teragak-agak apabila disoal mengenai perkahwinan

Apabila si wanita berbicara tentang soal perkahwinan, pasti si dia teragak-agak untuk memberi jawapan atau respons. Malah ada juga yang cuba menukar topik perbincangan kepada topik lain. Yang langsung tidak ada kaitan dengan apa yang disoal oleh si wanita. Ada yang memberikan jawapan seperti “nantilah kita fikirkan”. Sedangkan hubungan mereka sudah bertahun terbina. Wanita mana yang mampu bertahan dengan sikap itu?

2) Mereka memberi jawapan “masih belum terfikir lagi”

Apabila si wanita membuka topik berkaitan pertunangan mahupun pernikahan, pasti si dia memberikan jawapan seperti “terlalu awal lagi, saya pun belum terfikir..” Ini jelas menunjukkan bahawa si dia belum ada perancangan untuk bertunang apatah lagi berkahwin.

3) Mereka memberi alasan “belum bersedia, masih muda”

Wanita mana sahaja yang tidak kecewa apabila hubungan yang dibina sudah hampir 5 tahun tetapi masih belum berakhir dengan sebuah pernikahan? Apabila disoal mengenai hubungan mereka, si lelaki membalasnya dengan jawapan ‘saya belum bersedia dan masih muda untuk mendirikan rumah tangga’.

Ianya jelas menunjukkan bahawa si lelaki tidak pernah memikirkan tentang soal kahwin. Terutama dalam masa terdekat ini. Mungkin mereka masih belum bersedia dari segi zahir mahupun batin tetapi kalau sudah lama hubungan terjalin, ianya seperti sia-sia sahaja.

SERIUS

1) Tanpa ragu-ragu mereka terus menjawab ‘bila-bila pun boleh’

Pantang diajukan soalan tentang perkahwinan, si lelaki terus sahaja menjawab ‘bila-bila pun boleh’ dengan reaksi yang penuh yakin. Atau juga mereka membalasnya dengan ‘bila saya boleh melamar awak?’ Ini jelas menunjukkan si dia benar-benar sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Si dia sudah bersedia untuk menyerahkan seluruh komitmennya kepada sebuah perkahwinan.

2) Si dia sudah sibuk memikirkan tentang masa depan

Masa depan yang dimaksudkan adalah kehidupan menuju ke sebuah perkahwinan atau selepas berumah tangga kelak. Sama ada perbelanjaan semasa kahwin ataupun mengenai perancangan misi dan visi kehidupan selepas berumah tangga. Mungkin dari segi kewangan dan sebagainya.

Ini bermaksud si dia sudah benar-benar memikirkan tentang soal perkahwinan. Lebih-lebih lagi tanggungjawab sebagai seorang suami adalah memberikan nafkah kepada isterinya. Nafkah yang dimaksudkan adalah termasuk dengan nafkah zahir dan juga batin. Tanpa persediaan itu, maka mustahillah untuk mereka bergelar seorang suami.

KESIMPULAN

Sekiranya anda sudah kenal pasti bahawa si lelaki tidak serius untuk bernikah, anda haruslah berterus terang kepadanya. Sampaikan apa yang tersirat dalam benak kepala anda dan tengok pada reaksi atau respons si dia. Sekiranya masih sama dan tidak nampak sebarang usaha yang cuba dilakukan, maka terus teranglah. Minta hubungan yang terbina itu diakhiri supaya anda dan si dia tidak membuang masa terhadap hubungan yang entah bagaimana penghujungnya.

 

Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia

Kongsi artikel ini: