CARA MENGHILANGKAN RASA CEMBURU

CARA MENGHILANGKAN RASA CEMBURU

"perasaan cemburu adalah lumrah dalam perjalanan hidup"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua
Cara, Menghilangkan, Rasa, Cemburu

Sudah menjadi lumrah kehidupan akan ada perasaan cemburu sesama pasangan. Jom ketahui cara mengatasi cemburu di sini. Perasaan cemburu adalah lumrah dalam perjalanan hidup, namun jika terlalu berlebihan ia boleh menjadi salah satu punca utama yang menyebabkan keretakan sesebuah perhubungan.

Ketika seseorang itu cemburu, segala sesuatu menjadi sangat buruk di matanya. Perasaan cemburu, lebih-lebih lagi ‘cemburu buta’ bakal mengundang rasa sakit hati yang menyakitkan serta boleh merosakkan akal dan fikiran manusia.

Kebimbangan yang berlebihan terhadap pasangan turut mengakibatkan anda hilang kepercayaan dan terus diselubungi perasaan takut. Pelbagai prasangka yang belum tentu betul mula timbul. Memanglah bagi sebagaian orang, cemburu itu dipandang sebagai ‘bukti’ daripada perasaan cinta dan kasih sayang. Tetapi haus diingat,  jangan salah cemburu kerana ia boleh menghancurkan sebuah perhubungan!

Artikel kali ini akan memberikan beberapa cara atau tips bagaimana mahu mengatasi rasa cemburu anda  pada pasangan atau seseorang.

1. Beri masa dan ruang buat diri sendiri

Rasa cemburu selalunya datang beriringan dengan rasa curiga. Ketika perasaan itu dating, jangan terburu-buru terus menyerang pasangan anda dengan sejuta pertanyaan. Carilah dan tentukan sedikit waktu untuk anda mengatasi sifat cemburu anda. Nilailah setiap kebaikan atau keburukannya pada hubungan anda. Ingati apa kesannya pada anda dan si dia tiap kali anda cemburu.

Jika anda mula berasa bersalah terhadap diri anda kerana sering berasa cemburu terhadap orang lain, anda akan berasa semakin dengki terhadap orang lain. Tak elok bersikap sebegini, jadi terimalah rasa cemburu anda itu dengan sebaiknya, hadapi secara positif dan terus melangkah maju.

2. Hormati pasangan anda

Si dia juga sama seperti insan lain, sama seperti anda, punya hak dan berhak untuk menilai kebaikan atau kecantikan orang lain yang berada di sekelilingnya. Penting bagi anda mempercayai pasangan, walaupun ia memang tidak semudah yang diucapkan. Tetapi berfikirlah positif sambil berusaha. Anda boleh membuktikan pada pasangan bahawa anda boleh memegang teguh komitmen bersama.

Mungkin dengan menunjukkan keseriusan anda dalam menjalinkan hubungan tersebut juga akan membuatkan si dia turut berusaha mengimbangi dan menghargai anda sebagai seorang yang penting dalam kehidupannya.

3. Kenalpasti faktor penyebab

Anda harus mengenal pasti apakah sebab yang menyebabkan anda merasa terlalu cemburu terhadap pasangan. Adakah ia disebabkan oleh peristiwa hitam yang pernah berlaku pada anda sebelum ini? Atau anda kurang percaya dan yakin pada pasangan anda? Atau anda kurang yakin pada diri anda sendiri?.

Carilah sebabnya agar anda tahu di manakah puncanya perasaan cemburu buta itu terbit. Selain itu, cubalah untuk terbuka terhadap apa yang anda rasakan. Tetapi pastikan anda melakukannya dengan cara positif. Selalu berfikiran optimis dan positif bukan hanya boleh mengatasi rasa cemburu. Bahkan juga membuatkan hubungan cinta anda menjadi lebih harmoni.

4. Bina keyakinan diri

Kurang yakin terhadap diri sendiri adalah salah satu punca kepada sikap cemburu buta. Merasa sangsi terhadap pasangan kerana merasakan diri sendiri tidak hebat dan banyak kekurangan boleh meletakkan sesuatu hubungan.

Jadi, anda harus yakinkan diri bahawa anda adalah seorang yang mempunyai kualiti serta kelebihan di bandingkan orang lain. Sebelum anda berasa cemburu pada lelaki atau wanita lain, cuba berdiri di hadapan cermin dan yakinlah bahawa anda adalah orang yang paling layak untuk dicintai oleh pasangan, sehingga dia tidak akan berpaling tadah daripada anda. Percayalah juga bahawa anda adalah orang yang benar-benar dicintai oleh pasangan anda.

5. Berfikiran positif

Menghilangkan rasa cemburu salah satu caranya adalah dengan berfikiran positif atau ‘positive thinking’. Cuba hilangkan prasangka buruk terhadap pasangan. Tidak perlu memeriksa atau menyelidik telefon bimbit atau diari hariannya. Yakinkan pada diri sendiri, bahawa hanya anda sahaja yang berada dalam jiwanya. Ketika anda berfikiran positif, fikiran pun akan menjadi lebih terbuka dan anda akan melihat kebaikan dan rasa kasih sayang pasangan dengan teguh, tanpa diganggu oleh prasangka yang buruk.

Jangan biarkan perasaan cemburu merosak hubungan anda dengan pasangan. Jika ada orang lain mengganggu pasangan, anggap sahaja itu sebagai sesuatu yang boleh anda banggakan. Ini adalah kerana mereka hanya boleh mengganggu si dia, sedangkan anda sudah memilikinya!

Jika semua usaha telah anda lakukan untuk mengatasi perasaan cemburu tersebut, namun tetap gagal. Mungkin sudah waktunya anda mencari bantuan profesional untuk mengatasi perasaan dan fikiran anda yang tidak rasional ini. Jangan merasa ragu atau malu untuk meminta bantuan orang lain demi kesejahteraan hubungan cinta yang telah anda bina itu.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar