Cinta Tidak Pernah Kekal Lama? Jom Ketahui Antara Puncanya

Cinta Tidak Pernah Kekal Lama? Jom Ketahui Antara Puncanya

"Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan anda pasti mempunyai alasan yang tersendiri..."

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua

 

Jatuh cinta adalah sesuatu yang misteri, aneh, unik dan ada kala sukar dijelaskan. Ada pasangan yang sudah berpuluh-puluh tahun hidup bersama, cinta tetap kukuh dan mekar. Malah sebilangannya pula ada yang berpaling kepada cinta lain selepas berbelas tahun menjalinkan hubungan percintaan.

Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan anda pasti mempunyai alasan yang tersendiri. Cinta yang diharapkan sampai ke akhir hayat namun malangnya putus di tengah jalan. Anda dan si dia sudah merancang sehabis baik dalam meneruskan hubungan itu sehingga ke jinjang pelamin. Namun malangnya hubungan itu tetap berakhir dengan sebuah perpisahan.

Realitinya putus cinta adalah sesuatu yang menyakitkan. Selain dirundung kesedihan, seseorang yang mengalami putus cinta juga pasti akan kecewa dan marah hingga mengalami tekanan perasaan. 

Niat

Cinta ini seharusnya menjadi wadah untuk memenuhi tuntutan sunnah Nabi S.A.W iaitu menyempurnakan separuh daripada agama. Kalau bercinta tiada niat untuk bernikah, maka cinta tersebut adalah sia-sia. Ada sesetengah orang dari awal lagi niat mereka sudah salah. 

Situasi 1

“Eh? Macam sweet je kahwin ni. Seronok apabila dicintai, disayangi, romantik saja tengok mereka yang sudah berkahwin itu update status sweet-sweet saja. Bila turn aku pula?”

Situasi 2

“Kawan-kawan aku dah kahwin, aku pun nak kena kahwin juga ni”

 

Maknanya niat sebenar anda sudah tersasar daripada konsep perkahwinan yang sebenarnya. Betul, tidak dinafikan kahwin ini memang seronok. Namun kahwin ini memerlukan persiapan yang secukupnya. Perkahwinan tidak seharusnya hanya dipandang sebagai cara menghalalkan hubungan sahaja tetapi bagaimana perkahwinan itu dapat melahirkan pemimpin yang berkualiti dalam menerajui hubungan perkahwinan. Malah pada masa yang sama dapat membimbing pasangan ke arah yang lebih baik. Itulah pentingnya ilmu rumah tangga yang akan menjadi tiang kepada kukuhnya tembok perkahwinan yang dibina.

Obses

Apabila seseorang sedang dilamun cinta, ia akan membuatkan mereka seperti berada di awang-awangan sehingga ada yang tidak boleh hidup tanpa pasangannya. Ianya juga dikenali sebagai ‘obses’. Ketika mereka sudah mula berasa obses, biasanya golongan ini akan menghabiskan masa dan tenaga mereka untuk orang tersayang. 

Obses juga boleh membuatkan pasangan anda berasa rimas dengan anda. Baik lelaki mahupun wanita, mereka mahukan kebebasan berbanding kongkongan. Malah tidak dinafikan juga masih terdapat individu yang menyukai perkara ini. Mereka rasa seolah-olah dihargai dan disayangi. 

Ianya bergantung kepada penerimaan individu itu sendiri. Bagi mereka yang tidak suka dengan kongkongan yang berlebihan, mereka akan mudah berasa jemu dan mereka akan memilih untuk mengakhiri hubungan itu. Ingat, demi mempertahankan sebuah hubungan, janganlah terlalu taksub terhadap pasangan anda.

Mendesak

Apabila terlalu mendesak seseorang yang anda sayangi, ia sebenarnya akan memberi aura negatif kepada sesebuah hubungan. Ada sesetengah individu suka mendesak pasangan mereka dalam apa jua perkara sekalipun. Malah ada juga yang mendesak kepada sesuatu yang luar dari kemampuan pasangan mereka. Perbuatan seperti ini bukan sahaja akan membuatkan pasangan mereka berasa rimas malah ianya akan sedikit sebanyak menganggu keharmonian perhubungan itu.

Bagi kaum lelaki pula, ianya adalah sikap semula jadi lelaki yang tidak suka dipaksa. Mereka akan bercakap apabila ditanya. Lain pula bagi kaum wanita yang suka mendesak, memaksa dan menyelidik (stalk). Cara begitu sebenarnya tidak menguntungkan. Malah mendatangkan ketidakselesaan bagi kaum lelaki.

Berhati-hatilah dalam mendesak pasangan kamu wahai wanita sekalian. Jangan kerana perkara kecil, pergaduhan pula akan tercetus dan akhirnya anda bermasam muka dengan orang tersayang. Malah yang lebih merugikan sehingga lelaki itu ingin mengakhiri hubungan yang telah sekian lama dibina hanya kerana sebuah desakan.

Penipuan

Perasaan ragu-ragu terhadap pasangan sememangnya akan wujud tatkala melihat gelagat si dia yang sering berubah. Menipu merupakan suatu perkara yang akan memberi impak buruk kepada sesuatu hubungan. Kalau wujudnya penipuan dalam sesuatu perhubungan, lambat laun akan diketahui juga oleh pasangan. Apabila pasangan mendapat tahu cintanya dikhianati, pastinya hati yang terluka itu sukar diubati.

Jangan sesekali mengamalkan penipuan dalam hubungan kerana gusar sekiranya bermula dengan menipu hal kecil, lama-kelamaan ia akan menjadi habit. Sehinggakan tiada satu pun benda betul yang keluar dari mulutnya. 

Orang ketiga

Orang ketiga juga bukan hanya merujuk kepada orang luar, rakan sekerja atau rakan karib, malah definisinya juga terpakai kepada ibu atau bapa, serta ahli keluarga sendiri yang menghalang dan merosakkan hubungan yang dibina. Malah dalam membina hubungan juga, sudah pasti ‘orang ketiga’ ini paling ditakuti oleh mana-mana pasangan. 

Kedatangan orang ketiga yang tidak diundang ini boleh merosakkan rumah tangga seseorang apatah lagi mereka yang belum berkahwin. Malah kita juga sering dihujani dengan headline akhbar yang menyatakan rata-rata punca keretakan sebuah hubungan adalah disebabkan oleh orang ketiga. Campur tangan orang ketiga dalam membuat apa-apa keputusan juga mempengaruhi sebuah hubungan. 

Oleh itu, berhati-hatilah dengan orang ketiga ini kerana tanpa sedar mereka boleh merosakkan hubungan anda dan pasangan. Jangan terlalu meletakkan sepenuh kepercayaan pada sesiapa pun kerana ianya mungkin akan merugikan anda.

Pada saat awal percintaan, semuanya nampak indah belaka. Malah hati juga sering berbunga-bunga. Namun pada saat keretakan ibarat seperti dunia sudah berakhir seolah-olah itulah penamat. Usah berduka dengan apa yang terjadi kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Perbaiki kelemahan yang ada pada diri anda dan cuba untuk menjadi yang terbaik.

Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia















 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar