KENALI SIAPA ITU LELAKI PLAYBOY?

KENALI SIAPA ITU LELAKI PLAYBOY?

"perempuan tidak mahu berkongsi kasih dengan perempuan lain!"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua

Secara realitinya, setiap perempuan ingin dikasihi dan disayangi oleh seorang lelaki sahaja, mereka tidak mahu berkongsi kasih dengan perempuan lain, oleh itu, mereka mencari pasangan yang setia sahaja, namun, sejauh mana mereka mampu memperoleh kesetiaan dari seorang lelaki? Bukan semua perempuan di luar sana yang bernasib baik apabila memiliki seorang lelaki yang mempunyai kesetiaan yang tinggi terhadap pasangannya. Ada yang berhadapan dengan lelaki yang playboy. Sejauh mana sesuatu hubungan itu boleh bertahan? Wallahualam. Berikut beberapa tips untuk mengenali siapa itu lelaki playboy.

Sentiasa berperwatakan menarik

Kebanyakan mereka yang bersikap playboy ini sentiasa ingin nampak menarik. Mereka sentiasa menjaga penampilan mereka, malah lelaki playboy ini bukan kesemua mereka yang mempunyai wajah yang kacak sahaja, bahkan ada juga yang biasa sahaja dari segi rupa, mungkin identiti mereka yang membuatkan mereka diminati oleh wanita.

Bersikap peramah dengan mana-mana wanita

Mereka yang bersikap playboy ini sering kali mempunyai sikap yang ramah dengan semua wanita, cara mereka melayan, bercakap dengan wanita, membuatkan wanita mudah tertarik dengannya, sedangkan dah ada girlfriend/tunang/isteri. Mula lah bila si wanita menunjukkan tanda minat, si lelaki pun mudah sahaja beralih arah.

Pandai berkata-kata manis

Mereka yang bersikap playboy ini mempunyai kredibiliti dalam menyampaikan kata-kata manis kepada wanita. Wanita pula mudah cair dengan lelaki sebegini. Sebab itu seperti kita lihat yang berlaku pada zaman sekarang, senang-senang sahaja si wanita bercinta dengan lelaki orang sehingga dilupakan status lelaki itu yang sudah bertunang mahupun berkahwin.

Ramai teman wanita

Dah sah-sah laa kan mereka yang playboy ini mempunyai ramai teman wanita, bila dah bosan dengan yang ini, beralih pada yang itu pula. Ibarat macam tukar baju sahaja, bila tak berkenan, tukar pada yang lain.

Namun, anda semua kene ingat, bukan semua lelaki jenis yang playboy. Cuma anda sendiri kena waspada dalam membuat pilihan, bukan semua lelaki kacak seorang yang playboy, malah bukan semua lelaki yang biasa-biasa sahaja tidak layak digelar playboy. Hati-hati dalam membuat pilihan!

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar