KENAPA PERIGI HARUS MENCARI TIMBA?

KENAPA PERIGI HARUS MENCARI TIMBA?

Walaupun menyedari keperluan pasangan, namun ramai di antara kita khususnya wanita yang masih takut untuk mencari. Antaranya kerana mereka segan untuk memulakannya, bimbang ditolak dan bimbang dilabel masyarakat sebagai “gatal”...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

“Kita pernah diviralkan dengan satu kisah di mana seorang wanita telah menyapa seorang lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi Twitter. Meskipun terdetik sedikit perasaan segan di hati, wanita itu memberanikan diri dengan menyapa lelaki itu di aplikasi tersebut dengan niat untuk berkenalan dengannya. Alangkah bertuahnya wanita itu apabila si lelaki menerima baik niat si wanita untuk mengenalinya… dan inilah yang dikatakan seperti ‘perigi mencari timba’...”

Ustaz Azhar Idrus ada menekankan mengenai istilah ‘perigi mencari timba’ dalam ceramah beliau. Beliau menegaskan bahawa istilah ini seolah-olah disangkal oleh orang tua-tua pada zaman dahulu kala. Mereka tidak menggalakkan golongan wanita untuk memulakan pencarian dalam soal jodoh. Malah bagi mereka juga, sebagai seorang wanita mereka harus menanti sahaja jodoh yang datang pada mereka.

Tambah beliau lagi, setiap pandangan yang datang dari orang tua-tua dahulu kala sekiranya ianya mendatangkan kebaikan, kita boleh menerimanya. Namun sekiranya ianya bercanggah dengan Islam, kita harus menolak prinsip itu. Sedangkan dalam Islam, sekiranya kita sudah tahu akan keperibadian si lelaki yang soleh dan sesuai untuk dijadikan suami, si wanita boleh melamar lelaki itu.

Perkahwinan adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ianya adalah perkara yang sangat baik dan selari dengan perasaan manusia yang inginkan pasangan. Islam tidak pernah melarang bahkan menunjukkan jalan bagaimana mengendalikan perasaan itu ke arah yang terbaik.

Walaupun menyedari keperluan pasangan, namun ramai di antara kita khususnya wanita yang masih takut untuk mencari. Antaranya kerana mereka segan untuk memulakannya, bimbang ditolak dan bimbang dilabel masyarakat sebagai “gatal”. Berikut merupakan beberapa alasan kenapa kaum wanita harus mulakan langkah terlebih dahulu:

APABILA ANDA YANG MEMULAKAN, ANDA BOLEH MEMILIH SENDIRI PASANGAN



Bayangkanlah, sekiranya anda hanya menunggu sahaja orang yang melamar anda untuk dijadikan isteri buat mereka, maka ruang pilihan anda menjadi sempit. Anda hanya boleh memilih mereka yang berani datang pada anda. Bagaimana pula orang yang memendam perasaan pada anda? Dan juga bagaimana pula orang yang meminati anda? Sekiranya anda yang memulakan, anda mempunyai lebih banyak peluang dan lebih banyak pilihan.



LELAKI BAIK SUDAH SEMAKIN BERKURANG

Akhbar Berita Harian pada Julai 2017 ada menyatakan bahawa nisbah penduduk lelaki pada tahun tersebut terus melebihi jumlah penduduk wanita. Dengan nisbah yang kekal dari tahun 2016 iaitu 107 bagi lelaki dan 100 bagi perempuan. Namun jumlah perbezaan yang dapat dilihat adalah terlalu tipis.

Berdasarkan statistik itu, wanita haruslah peka terhadap bilangan lelaki yang hampir setanding dengan bilangan wanita. Sudahlah begitu, ada juga lelaki yang kurang baik dan tidak seperti yang kita inginkan. Lelaki yang berkualiti pula pastinya menjadi rebutan ramai.

Sudah tentu anda tidak mahu kehilangan lelaki yang baik semata-mata kerana si dia menjadi rebutan ramai wanita. Jika anda yang memulakan, pastinya anda mendapat manfaat yang lebih besar berbanding wanita-wanita yang lain yang sekadar memendam perasaan tersebut.

SAIDATINA SITI KHADIJAH YANG MEMINANG RASULULLAH SAW

Ada segelintir daripada kaum wanita yang memberikan alasan bahawa dalam Islam, wanita tidak digalakkan untuk memulakan perkenalan. Pastinya mereka lupa bahawa Saidatina Siti Khadijah yang meminang Rasulullah S.A.W pada suatu ketika dahulu dengan menggunakan orang tengah.

Hasilnya, Saidatina Siti Khadijah berjaya bersuamikan insan yang paling mulia iaitu Rasulullah SAW. Sekiranya beliau mampu melakukankannya, kenapa tidak anda?

LELAKI INI KURANG PANDAI DALAM PERCINTAAN

Orang lelaki ini sebenarnya agak lemah dalam memahami isi tersirat mahupun sebarang tanda atau ekspresi yang cuba disampaikan oleh seorang wanita.

Mereka hanya nampak sekiranya ianya jelas dan nyata. Jelas di sini bermaksud apabila anda katakan anda suka padanya. Tanda atau ekspresi kadang-kadang tidak mampu diolah oleh minda kaum lelaki. Maka janganlah anda mengharapkan dengan sedikit tanda sahaja mampu membuatkan kaum lelaki akan perasan mengenai kewujudan anda. Berterus-terang sahajalah supaya mereka akan faham.

Zaman kini bukan lagi zaman ‘malu-malu’ dan zaman timba mencari perigi. Kadang-kadang untuk mendapatkan yang terbaik, anda harus beranikan diri. Sekiranya ditolak, cubalah yang lain. Sekurang-kurangnya anda tidak membazirkan masa untuk terus memendam tanpa pengetahuan si dia.

Namun sekiranya anda masih dibelenggu dengan perasaan malu, anda boleh mencuba alternatif lain. Misalnya menggunakan orang tengah. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan merisik yang disediakan di BaitulMuslim.com. Perkhidmatan ini disediakan kepada orang yang mahu merisik (menanyakan) orang yang diminati. Pihak BaitulMuslim.com akan menjadi orang tengah anda untuk merisik orang yang diminati.

“Disebabkan keberanian si wanita yang memulakan langkah untuk mengenali lelaki itu akhirnya ianya membuahkan hasil. Si lelaki menerima perkenalannya dan hubungan mereka juga sedang menuju ke arah sebuah pernikahan..”

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar