Ketahui antara sebab kenapa lelaki terlalu mudah ungkapkan 'i love you'

Ketahui antara sebab kenapa lelaki terlalu mudah ungkapkan 'i love you'

Tidak dinafikan lagi apabila terbitnya kenyataan seperti ini pasti persepsi negatif yang akan keluar dari mulut para wanita. Mereka akan menegaskan bahawa si lelaki hanya suka-suka sahaja mengungkapkan kata-kata itu tanpa memahami maksud sebenarnya...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

Sudah tidak dinafikan lagi bahawa kaum lelaki adalah insan yang lebih mudah mengungkapkan ucapan ‘i love you’ berbanding kaum wanita. Hasil kajian menunjukkan ramai wanita bersetuju kerana berdasarkan pengalaman mereka sendiri lelaki terlalu mudah jatuh cinta. Namun sejauh mana ketelusan cinta itu dari sudut hati mereka? Sekadar ungkapan sahaja atau mereka benar-benar maksudkannya?

Mac 2016, akhbar Sinar Harian pernah melaporkan gara-gara terpesona ayat-ayat cinta dari seorang lelaki, seorang guru kerugian hampir RM62,000.00. Wanita itu mengaku disebabkan terjerat dengan kata-kata manis si lelaki, dia sanggup melakukan apa sahaja walaupun pertolongan itu di luar kemampuannya.

Pernahkah anda terfikir kenapa kaum lelaki terlalu mudah mengungkapkan kata-kata sakti itu kepada wanita? Adakah terdapat muslihat di sebalik kata-kata itu? Ketahui antara sebab kenapa lelaki terlalu mudah ungkapkan ‘i love you’ pada mereka yang berlawanan jantina.

Lelaki itu seorang yang terburu-buru

Tidak dinafikan lagi apabila terbitnya kenyataan seperti ini pasti persepsi negatif yang akan keluar dari mulut para wanita. Mereka akan menegaskan bahawa si lelaki hanya suka-suka sahaja mengungkapkan kata-kata itu tanpa memahami maksud sebenarnya.

Meskipun ianya nampak tidak logik untuk mencintai seseorang dalam masa yang singkat namun perkara ini tidak mustahil berlaku. Ini tandanya lelaki itu seorang yang terburu-buru dalam membina sebuah hubungan. Hatinya kata mahu lantas diluahkannya sahaja tanpa berfikir panjang.

Alasan untuk memujuk wanita

Setiap wanita memerlukan perhatian yang lebih daripada si lelaki. Apabila berlakunya perselisihan faham, wanita pasti mengharapkan pujukan dari si lelaki. Maka dari situlah si lelaki akan mengambil peluang ini untuk memujuk kaum wanita. Apabila diungkapkan sahaja kata-kata sakti itu, wanita itu pasti akan tersenyum gembira. Ianya seolah-olah hati mereka diketuk untuk kali kedua. Apabila adanya cara seperti ini maka senanglah kaum lelaki, kan?

Ada taktik tersendiri

Seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian tahun lalu, wanita menjadi mangsa penipuan si lelaki dengan hanya menggunakan taktik tersendiri. Si lelaki menggunakan kata-kata manis itu hanya untuk memikat hati si wanita. Selepas si lelaki berjaya menjerat wanita itu dengan kata-kata manisnya, dia mula menagih simpati dan meminta pelbagai pertolongan termasuk bantuan kewangan.

Manakala sehingga Februari tahun ini, sebanyak 34 kes penipuan yang dilaporkan adalah berpunca daripada kata-kata manis si lelaki. Kebanyakan kes berlaku adalah menerusi internet. Hal ini menjelaskan bahawa setiap ungkapan yang diluahkan tidak membawa apa-apa maksud dari mereka. Sekadar untuk meyakinkan si wanita sahaja untuk lebih mudah percaya tentang taktiknya.

Mencari kesempatan

Kita sering dilaporkan dengan kejadian seperti wanita terpaksa menjual maruah dirinya hanya kerana sebuah cinta. Lelaki menggunakan kesempatan ini bagi wanita yang ingin memiliki pasangan. Apabila sudah terlalu terdesak, si wanita sanggup menjual dirinya demi mendapatkan cinta lelaki itu. Walhal cinta yang dijanjikan adalah palsu belaka.

Si lelaki menggunakan kesempatan ini hanya untuk melepaskan nafsunya sahaja. Akibat daripada perbuatan terkutuk mereka akhirnya wanita malang itu ditinggalkan begitu sahaja.

Kesimpulan

Buat kaum wanita, jangan sesekali mudah termakan dengan kata-kata manis daripada insan yang bergelar lelaki. Lebih-lebih lagi sekiranya anda baru sahaja mengenalinya. Tidak salah untuk menyelidik dahulu adakah lelaki tersebut serius mengungkapkan sedemikian kepada anda. Beri sedikit masa sebelum anda termakan dengan kata-kata mereka.

Sekiranya anda sudah benar-benar yakin bahawa si dia cintakan anda, minta pandangan daripada orang lain agar diri anda tidak mudah terjerat. Elakkan diri anda dari menjadi mangsa penipuan si lelaki yang hanya pandai menggunakan kata-kata manis sahaja.

Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar