LANGKAH MENJEMPUT JODOH IMPIANMU
LANGKAH MENJEMPUT JODOH IMPIANMU
"menunggu sahaja ibarat seperti menunggu bulan jatuh ke riba?"
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan jodoh? Dahulu, orang tua sering berkata, tidak perlu mencari jodoh kerana jodoh pasti akan datang sendiri. Tetapi, kenapa masih ada orang yang sukar mendapat jodoh? Malah, ada juga yang senang sahaja dalam mendapat jodoh. Apa beza antara mereka yang sukar dan mudah? Lain ke caranya?
Apabila mahu menjemput jodoh, apakah yang harus dilakukan? Duduk diam je ke? Sehingga jodoh datang? Atau, menunggu sahaja ibarat seperti menunggu bulan jatuh ke riba? Nah, teruskan baca artikel ini untuk mengetahui beberapa langkah dalam menjemput jodoh.
Berdoa
Sudah fitrah manusia yang dijadikan berpasang-pasangan. Manusia memerlukan teman dan tidak mampu hidup sendiri. Sebenarnya, secara hakikatnya, ketika manusia dilahirkan di muka bumi ini, jodoh mereka sudah tertulis. Jadi, sebagai hambaNya, berdoalah agar dipertemukan jodoh yang soleh/solehah olehNya. Berdoa juga adalah salah satu usaha yang patut diamalkan. Jangan mudah berputus asa.
Kenali diri sendiri
Kenali diri anda, sudah bersediakah anda untuk menjadi suami/isteri kepada pasangan anda? Adakah ianya terlalu pantas untuk anda bergelar suami/isteri? Kalau anda masih lagi seorang yang mementingkan diri sendiri, tidak mahu berkongsi hidup dengan orang lain, masih lagi bersikap sombong, pasti jodoh anda pun belum nampak bayangnya. Belajarlah untuk mengenali diri anda terlebih dahulu. Perbaiki kelemahan diri. Ketahui kelebihan diri anda, apa prinsip hidup yang anda cari.
Bergaul
Jangan terlalu anti sosial, salah satu faktor yang menyebabkan jodoh anda masih belum kunjung tiba adalah, apabila anda tidak pandai bergaul, tidak mempunyai kawan yang ramai, kecuali jika jodoh anda dipertemukan dari keluarga anda sendiri. Justeru, bagaimana anda dapat bertemu jodoh sekiranya anda hanya duduk di rumah, sampai tidak kenal dunia luar? Ramai orang bertemu jodoh di tempat kerja, tempat belajar, atau pada zaman teknologi ini, ramai juga yang bertemu jodoh di media sosial.
Percaya pada diri sendiri
Percaya akan kebolehan diri sendiri. Baik lelaki, mahupun perempuan, mereka sukakan pasangan yang lebih percaya pada diri sendiri. Yakin pada kemampuan diri sendiri. Dalam melakukan sesuatu, yakin anda juga mampu menjadi seperti orang lain terutama dalam soal menjemput jodoh. Jangan sesekali hipokrit kepada diri sendiri.
Kuasa Allah itu sangat besar. Jodoh kita, tiada siapa yang tahu melainkan Dia, kalau dah jodoh, tak akan ke mana, apa yang harus dilakukan adalah dengan sentiasa mengingatiNya. InshaAllah, semoga semua dipermudahkan :)
Belum ada jodoh?