LELAKI DAN WANITA, BERBEZA?

LELAKI DAN WANITA, BERBEZA?

Dikarang oleh admin412 | Tips dan petua

Sudah menjadi satu pengetahuan umum bahawa lelaki dan wanita berbeza. Namun tahukah anda betapa bezanya lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita bukan sahaja berbeza dari aspek fizikal semata mata. Mereka juga berbeza dari aspek emosi dan cara pergaulan.



Berikut antara perkara perkara yang berbeza pada kebiasaan lelaki dan wanita;

1) Keupayaan

    - Lelaki suka keupayaannya di perakui dan di hargai. benci di cemuh dan di pinggirkan

    - Wanita suka perasaannya di perakui dan di hargai, dan benci perasaannya di cemuh dan di pinggirkan

2) Kerja

    - Lelaki suka bekerja secara sendirian dan suka menyelesaikan  masaalah dengan cepat dan secara bersendirian

    - Wanita suka kerjasama dan melatih perasaan melalui komunikasi yang interaktif satu sama lain. 

3) Masaalah

    - Lelaki menghargai di berikan penyelesaian, apabila mereka di berikan bantuan yang tidak di minta akan di anggap sebagai merendahkan kebolehan mereka dalam menyelesaikan masalah secara bersendirian

   - Wanita menghargai di berikan bantuan, apabila mereka di berikan penyelesaian yang tidak di minta akan di anggap sebagai merendahkan kebolehan mereka untuk berbincang

4) Penghargaan

    - Lelaki mahukan penyelesaian mereka di hargai

    - Wanita ingin bantuan mereka di hargai

5) Komunikasi

    - Lelaki biasanya akan ke gua (tidak berkomunikasi) supaya mereka dapat mencari satu cara untuk membantu diri mereka

    - Wanita akan berkomunikasi supaya orang sekeliling supaya orang sekeliling dapat membantu menyelesaikan masaalah mereka

6) Penyelesai masaalah

    - Lelaki suka menunjukkan kebolehan mereka dengan memberikan ruang mereka menyelesaikan masaalah tanpa sebarang campur tangan

    - Wanita suka menunjukkan perasaan yang di alami dengan membenarkan mereka menghubungkan satu masaalah dengan masaalah yang lain (melalui percakapan) tanpa campur tangan

7) Komunikasi 

    - Apabila lelaki berkomunikasi, mereka lebih suka untuk terus ke point yang ingin di bawa.  

    - Wanita lebih cenderung bercakap demi kepentingannya (bukan kepentingan pendengar) dan mereka gembira mendengar tanpa sebarang kondisi (tidak memerlukan sebab untuk mendengar)

8 ) Bercakap

    - Lelaki bercakap dengan percakapan literal demi memberikan informasi

    - Wanita lebih gemar bercakap dengan bahasa drama dalam  menghubungkan dan menunjukkan perasaannya

Berikut merupakan antara beza yang kebiasaannya berlaku antara lelaki dan wanita. Walaupun begitu, ianya sebenarnya bukanlah menjadi penyebab untuk berlaku konflik antara lelaki dan perempuan, bahkan ianya akan menjadi satu pelengkap bagi mereka sekiranya mereka pandai menguruskan dengan baik perbezaan yang ada.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar