MAHU JADI SUAMI/ISTERI YANG BAIK?

MAHU JADI SUAMI/ISTERI YANG BAIK?

"lelaki mahupun wanita sudahpun memasang niat dengan begitu baik untuk menjadi suami soleh dan isteri solehah"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua
Suami, Isteri, Baik

Setiap lelaki mahupun wanita di muka bumi ini pasti mempunyai keinginan untuk menjadi seorang isteri atau suami yang baik apabila sudah tiba masanya nanti, kerana ianya sudah menjadi fitrah buat mereka untuk hidup berpasangan, sama ada ianya cepat atau lambat sahaja. Ini semua adalah jodoh buat mereka, yang sudah tertulis pada takdir mereka. Mereka hanya mampu berusaha sahaja, dan berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan lelaki/wanita yang terbaik buat mereka.

Kadangkala, lelaki mahupun wanita sudahpun memasang niat dengan begitu baik untuk menjadi suami soleh dan isteri solehah, beriman, bertakwa, tetapi apa yang menentukan pencapaiannya adalah Allah SWT yang maha berkuasa. Manusia hanya merancang, tetapi Allah SWT yang menentukan pencapaiannya. Namun, apa yang perlu dititiberatkan bagi kaum lelaki dan wanita bergantung kepada individu itu sendiri, contohnya apa? Teruskan baca artikel ini.

Niat yang betul

Faktor kebahagiaan rumah tangga bergantung kepada niat pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, sekiranya niat berkahwin untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT, ia akan membuahkan sikap yang terpuji antara suami dan isteri. Pergaulan dalam melayari bahtera rumah tangga didasarkan kepada hukum yang telah digariskan oleh Al Quran dan hadis. Jika rumah tangga mendapat keberkatan dan hidayah Allah SWT, perkahwinan akan berkekalan hingga ke akhir hayat, insha Allah.

Jaga pergaulan sebelum berkahwin

Selain itu, perkenalan mahupun pergaulan yang melampau semasa hubungan mereka masih belum halal lagi, mampu menyebabkan berlakunya perasaan yang tidak diingini selepas mereka berumah tangga. Perkara ini mampu menyebabkan perbalahan mudah berlaku apabila timbulnya apa-apa masalah dalam rumah tangga dan akan menjurus hubungan mereka ke arah perceraian. Apabila berlakunya perceraian, anak-anak akan menjadi mangsa keadaan dan akan menjejaskan kehidupan mereka. Akibat daripada kesalahan ibu bapa itu sendiri menyebabkan anak-anak mereka kekurangan kasih sayang jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain.

Ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja

Apabila kita ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim, kerja itu akan menjadi mudah kerana orang yang ikhlas sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah SWT kerana mereka melakukan sesuatu kerja bukan untuk dipuji oleh manusia. Tetapi, kerja-kerja itu dilakukan kerana perasaan tanggungjawab dan takut kepads azab Allah SWT sekiranya tidak dilakukan segala amanah Allah SWT. Kerja yang dimaksudkan di sini termasuk tugas kita sebagai seorang suami, mahupun isteri, si suami berkerja untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak, si isteri pula menjalankan tugas sebagai seorang isteri untuk suami dan anak-anaknya.

Orang yang ikhlas dapat menempuh ujian dengan tabah kerana dia sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT, apabila ditimpa masalah, dia bersabar, dan yakin dengan penuh keimanan bahawa Allah SWT memberikan musibah itu sebagai ujian untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan mereka.

Dalam mengejar pangkat isteri atau suami yang baik, seseorang itu mestilah mempunyai tahap keimanan dan ketakwaan yang sepenuhnya kepada Allah SWT. Sentiasa meletakkan niat yang baik sebelum memulakan atau melakukan sesuatu. Setiap perbuatan yang kita lakukan haruslah dijaaga dengan baik, sebagai contoh, pergaulan kita semasa saat belum berkahwin lagi, ini kerana, ianya mempunyai impak tersendiri terutama selepas mereka mendirikan rumah tangga kelak, dan seterusnya, setiap kerja yang dilakukan haruslah secara ikhlas. Jangan hanya kerana inginkan balasan dan pujian sahaja. Keimanan dan ketakwaan yang tinggi pada Allah SWT mampu membimbing kita untuk menjadi seorang suami atau isteri yang baik. Insha Allah. Sama-sama kita mengamalkan prinsip ini untuk hubungan yang bahagia.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar