Nasihat Untuk Menjemput Jodoh Yang Baik Menurut Islam

Nasihat Untuk Menjemput Jodoh Yang Baik Menurut Islam

"Cinta ini kita kena tahu bagaimana untuk disalurkan dengan betul. Mestilah kita perlu guna method seperti yang digariskan dalam al-Quran dan juga hadis.."

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua

Cinta adalah suatu perasaan ikhlas lahir daripada hati setiap insan. Cinta seorang ibu kepada anaknya menyebabkan dia sanggup melakukan apa-apa sahaja. Walaupun sakit melahirkan, masih sanggup melahirkan lagi dan lagi.

Cinta ini kita kena tahu bagaimana untuk disalurkan dengan betul. Mestilah kita perlu guna method seperti yang digariskan dalam al-Quran dan juga hadis.

Dalam surah An-Naba’ ayat 8, Allah SWT berfirman:

Dan kami telah menjadikan kamu berpasang-pasangan.

(Surah An-Naba’ ayat 8)

Jodoh ini ia berjalan dalam suatu aturan yang indah. Jawapan kepada cinta ini adalah termerainya satu ikatan pernikahan.

Nasihat kepada mereka di luar sana kita perlu mendapat redha kedua-dua ibu bapa kita. Kita sendiri juga perlu lengkapkan diri kita dahulu. Penuhi ilmu di dada dan dengar pengalaman-pengalaman orang lain. Banyakkan membaca dan banyak berdoa. InsyaAllah jodoh itu tidak akan pernah tersalah alamat. Allah has a perfect timing.

Statistik hari ini banyak berlaku kes masalah rumahtangga dalam kalangan pasangan muda. Kaedah yang perlu dalam membina keluarga yang Sakinah dan mawaddah sehingga syurga.

Buat yang bakal mendirikan rumahtangga, kita perlu bersedia dengan 4 perkara. Antaranya:

1. Faham. Faham bahawa pasangan kita itu dibesarkan oleh insan yang berbeza. Kita tidak boleh expect dia boleh semudah itu untuk follow style kita. Kalau dia boleh buat, alhamdulillah. Kalau dia tidak boleh buat, kita kena terima. Berusaha untuk saling memperbaiki apa yang terkurang. Insya Allah.

2. Percaya. Kalau dalam pimpinan ada konsep Thiqah. Suami kita adalah ketua kita. Kita kena percaya kepada suami kita. Sebab boleh jadi apa kita rasa baik untuk diri kita, tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kita. Kita tidak tahu apa yang dia nampak.

3. Redha. Setelah kita letak sepenuh kepercayaan kepada suami, tetapi sesuatu luar kawalan telah datang. Dekat situ kita kena belajar redha dengan Allah. Life is a test.  Setiap orang memang tidak akan terlepas daripada didatangi ujian. Insya Allah, hubungan itu akan menjadi hubungan yang baik, Sakinah dan mawaddah.

Selain itu saling support each other. Jika ada seuatu yang kecil seperti berbeza pendapat dan sebagainya, better let it go kerana kadang-kadang benda kecil inilah menjadi masalah yang besar kepada kepincangan dalam sesebuah institusi rumah tangga.

 

Kredit artikel Jodoh Cinta Sebelum Atau Selepas Nikah https://wanitakelantan.com/jodoh-cinta-sebelum-atau-selepas-nikah/ 

Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia  

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar