Perhatikan 5 tanda ini, kalau ada, sah dia sukakan anda!

Perhatikan 5 tanda ini, kalau ada, sah dia sukakan anda!

"Ingat, pada awal perhubungan inilah kita mesti berwaspada dalam menzahirkan rasa cinta dan mestilah berlandaskan syariat yang telah ditetapkan.."

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua

Adakalanya orang yang kita suka, tak suka kepada kita dan apabila orang suka pada kita, kita pula tidak suka padanya. Namun tentunya saat paling indah adalah apabila anda saling menyukai antara satu sama lain. Pernahkah anda terfikir adakah si dia menyukai anda atau tak? Atau anda sahaja yang syok sendiri?

Sekiranya anda pernah berjumpa dan keluar bersama, mungkin itu tidak menjadi masalah kerana pasti anda dapat menghidu sama ada si dia sukakan anda atau tidak. Tetapi bagi yang belum lagi ada peluang untuk bersua, sudah semestinya timbul keraguan dan tanda tanya. Kalau nak bertanya direct, rasa segan pula kan? Inilah antara soalan yang selalu orang perempuan fikirkan. Kadang-kadang boleh sampai overthink sebab bukan senang nak baca isi hati orang.

Apabila situasi itu terjadi, pasti ada di antara kita akan tertanya-tanya adakah benar dia sukakan kita? Jadi berikut merupakan beberapa hint atau tanda yang boleh anda gunakan jika anda mahu tahu sama ada dia sukakan anda ataupun tidak.

Mula menegur

Langkah pertama dalam perkenalan ialah apabila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik tetapi itulah cubaan untuk mengenali anda yang diminati. Anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja. Malah sekiranya anda sendiri menaruh hati padanya, anda mungkin boleh berbual dengannya secara terperinci atau sebaliknya kerana ianya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. 

Ingat, pada awal perhubungan inilah kita mesti berwaspada dalam menzahirkan rasa cinta dan mestilah berlandaskan syariat yang telah ditetapkan. Sebab itulah kita perlu menjaga hati kita sebaiknya agar terhindar daripada perkara yang dilarang syarak terutama apabila berkait dengan hal 'zina' hati. Pendakwah Ustaz Bakhtiar Fitri Abdul Hamid berkata, 'zina' hati amat berbahaya kerana ia merupakan bibit-bibit awal 'zina' yang akhirnya akan membawa kepada perbuatan zina. 

Namun anda mestilah ingat, sekiranya anda tidak berniat untuk mencintainya atau membalas cintanya, maka anda jangan sesekali membuat si dia berharap kepada anda. Ini juga merupakan langkah terawal supaya tidak membuat hubungan itu tergantung. Berterus terang itu lebih baik. Jangan biar si dia tertunggu-tunggu. Beri jawapan dan jangan tinggalkan seribu persoalan agar si dia tidak ternanti-nanti jawapan daripada anda.

Menunjukkan sikap cemburu

Ini adalah tanda-tanda normal apabila seseorang sukakan anda. Dia mudah cemburu terutama ketika anda banyak menghabiskan masa dengan orang lain dan mudah menjadi cemburu bilamana ada lelaki atau perempuan mendekati anda. Jika dia menyoal anda tentang status anda bersama dirinya, jaga-jaga, mungkin dia mahu meneruskan hubungan ke tahap seterusnya. 

Ada sesetengah antara mereka (terutama kaum lelaki) memilih untuk tidak berterus terang dengan anda apabila si dia sedang cemburu. Mereka hanya menyampaikan secara tersirat seperti “tak apa lah, pergilah keluar dengan kawan awak tu, saya ni siapa nak halang awak”, dari intonasinya, ianya jelas menunjukkan si dia sedang cemburu dengan apa yang anda lakukan. 

Sekiranya wujud perasaan ini di dalam diri mereka, ternyata mereka sudah mula suka pada anda. Cemburu tanda sayang, namun mestilah berpada. Sikap terlalu cemburu bukan saja dikaitkan dengan rasa tidak selamat dan takut, malah akan membuatkan pasangan kurang senang serta tertekan memikirkan dirinya yang sentiasa dikawal ketat.

Daripada Jabir bin Atik, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Di antara kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Cemburu yang disukai Allah ialah kecemburuan berisi keraguan (bertempat, tidak melulu) sedangkan yang dibenci Allah ialah kecemburuan yang tidak ragu-ragu lagi (tidak bertempat, melulu).” (Riwayat Abu Daud)

Mula mengambil berat 

Lelaki selalunya hanya bersikap biasa atau natural apabila dia menganggap seseorang itu hanya kawan. Namun jika dia sudah mula meletakkan kamu di kedudukan yang istimewa, tentunya kamu akan dilayan dengan begitu baik ibarat puteri kayangan. Apa jua masalah yang anda kongsikan dengannya pasti dia menunjukkan sifat keprihatinannya kepada anda. Apabila hati dah mula sayang, si dia akan mencari alternatif untuk mendekati anda bagi memastikan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. 

Perasaan ini sebenarnya normal kerana mereka mahu memastikan orang yang diminatinya sentiasa dilindungi. Anda mungkin akan berasa rimas dan tidak selesa dengan tindakannya. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak tahu sejauh mana niat seseorang itu. Ianya adalah disarankan untuk lebih berhati-hati dalam apa jua keadaan sekalipun bagi menangani perkara-perkara yang tidak diingini. 

Berkongsi perasaan dengan anda

Lelaki dan wanita akan memilih orang-orang tertentu sahaja untuk mereka kongsikan masalah yang sedang dihadapinya. Apa yang berkaitan dengan perasaan, emosi dan masalah, mungkin akan diberitahu kepada yang mereka percaya sahaja.  Jadi, kalau anda menjadi tempat dia meluah masalah dan perasaan, maknanya dia mempercayai anda dan anda mungkin mempunyai tempat yang sangat istimewa di dalam hatinya.

Apa yang diluah atau dikongsi adalah untuk meredakan sedikit bebanan perasaan yang ditanggung.  Sebagai contoh, dia tahu anda sedang marah, gembira atau apa sahaja mood yang sedang anda ada ketika itu. Bahkan dia juga sedia mendengar masalah anda dan kadangkala dia akan gembirakan anda dengan bermacam cara jika dia tahu anda sedang sedih.

Selalu menghubungi anda

Ianya adalah lumrah apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu si dia akan berusaha mendapatkan nombor telefon anda dan mahu berbual dengan anda. Kadang-kadang tak ada perkara penting yang ingin dibualkan pun tapi oleh sebab si dia rindu nak dengar suara anda, dia menelefon anda dengan kerap. Namun, jangan sampai obses hingga rindu yang membawa kepada 'zina' hati. 

Pendakwah Ustaz Bakhtiar Fitri Abdul Hamid berkata, jika rindu, doa agar Allah jaga dan berharap Allah permudahkan urusan perkahwinan. Jangan jadikan rindu sebagai alasan untuk berbual dan berjumpa. Takut berlaku 'zina' hati dan akhirnya membawa kepada 'zina' kemaluan.

Jom bina baitulmuslim (keluarga muslim) yang bahagia

 

 





 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar