fbpxPersiapan menyambut hari raya bagi yang masih single

Persiapan menyambut hari raya bagi yang masih single

Persiapan menyambut hari raya bagi yang masih single

Setiap kali menyambut hari raya, masing-masing pasti akan sibuk dengan pelbagai kerja dan persiapan. Ini termasuk bagi mereka yang sudah berkeluarga mahupun yang masih single...

Dikarang oleh 21976 | Tips dan petua
Kongsi artikel ini: 

Setiap kali menyambut hari raya, masing-masing pasti akan sibuk dengan pelbagai kerja dan persiapan. Ini termasuk bagi mereka yang sudah berkeluarga mahupun yang masih single. Biasanya bagi orang yang sudah berkeluarga, mereka akan lebih awal membuat persediaan. Ini kerana menyediakan persiapan raya untuk keluarga biasanya lebih susah berbanding hidup bersendirian. Mana tidaknya, isteri dan anak-anak masing-masing perlukan perhatian. Suami dan isteri akan memainkan peranan masing-masing dalam tugasan persiapan raya ini.

Namun, lain pula halnya bagi mereka yang bujang. Raya bagi mereka biasanya lebih ‘simple’. Tapi, jika tiada panduan atau ‘checklist’, mereka mungkin akan tertinggal dan tidak dapat menikmati suasana hari raya yang sebenar. Jadi, pada artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa panduan dan tips untuk menyambut hari raya bagi mereka yang masih bujang.

1. Pastikan cuti ‘approve’.

Memohon cuti adalah perkara yang wajib jika anda bekerja dengan orang lain. Jika anda membuka perniagaan sendiri, ini tidaklah menjadi masalah untuk anda. Pastikan anda memohon cuti awal untuk mengelakkan cuti anda lulus.

2. Tiket bas atau kereta telah diservis.

Jika anda naik bas atau pengangkutan awam lain, pastikan anda sudah membeli tiket. Tiada tiket, jawabnya tak balik raya. Terpaksalah anda beraya di perantauan jauh dengan keluarga tercinta. Bagi mereka yang balik berhari raya dengan kereta, sila pastikan kenderaan anda telah diservis. Jangan sampai anda tersadai di tepi jalan sudah.

3.  Beli baju raya.

Tiada baju raya, ibarat tidak menyambut raya bagi sesetengah orang. Pada yang menempah baju, pastikan baju anda sudah siap dan dah diambil. Manakala, pada yang beli ‘ready made’ pula, kalau boleh beli baju raya awal, sebab hujung-hujung nanti, anda akan kelam kabut. Lagipun, apabila dekat raya nanti, ramai orang.

4. Duit raya sudah ditukar.

Kalau 2,3 hari nak raya baru terhegeh-hegeh nak pergi bank tukar duit, mungkin kakak bank tu kirim salam je. Selalunya pertengahan Ramadan, khidmat tukar duit raya telah dibuka oleh pihak bank. Sampul raya juga penting. Tak payah beli, ambil sahaja sampul raya syarikat anda bekerja. Kalau tiada, mintak pada kawan-kawan. Hehe. Jimat.

5. Saling bermaaf-maafan dengan teman sekerja dan rumah sebelum balik kampung.

Sebelum balik kampung, seeloknya minta maaf dengan semua orang. Mungkin dulu, kita ada membuat orang di sekeliling kita terasa dengan sikap kita. Jadi, ambil peluang ini untuk meminta maaf. Meminta maaf dan memberi maaf adalah amalan yang sangat mulia di sisi islam.

6. Duit baki cukup untuk pulang ke kampung.

Apabila dapat gaji sebelum raya, jangan pula habiskan duit tersebut untuk membeli persiapan raya sahaja. Kalau boleh, biar duit itu cukup untuk menampung hidup anda selepas raya juga. Bahkan, alangkah baiknya juga jika anda dapat menghulurkan duit gaji anda sedikit untuk orang tua anda. Kata nak jadi anak soleh solehah kan ?

7. Keselamatan rumah ketika pulang beraya.

Ini merupakan perkara yang anda perlu beri perhatian serius. Raya, raya juga namun jangan abaikan keselamatan harta benda anda. Sebelum pulang beraya, maklumkan pada jiran tetangga yang anda akan pulang ke kampung dan kembali pada hari apa. Minta jasa baik jiran-jiran yang beraya di kawasan kejiranan tersebut untuk tengok-tengok rumah anda. Selain itu, simpan nombor kecemasan jika anda mengetahui sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Manalah tahu, malang tidak berbau.

 

Jom bina #baitulmuslim (keluarga muslim) yang bahagia

Kongsi artikel ini: