Pertama kali berjumpa selepas berkenalan melalui internet

Pertama kali berjumpa selepas berkenalan melalui internet

Sesiapa sahaja pasti akan gementar menempuh saat ini kerana ia merupakan perjumpaan pertama kali buat mereka. Apa yang perlu dilakukan? Berdiam diri sahajakah? Tidak. Mulakan perbualan dengan bertanyakan khabar...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

Perkenalan melalui internet yang semakin berleluasa sekarang ini adalah bermula dari laman sesawang seperti Facebook. Mereka menjadikan Facebook sebagai medium mencari cinta. Pada zaman serba moden ini perkara seperti ini menjadi seperti tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat.

Namun pada hari ini perkenalan melalui internet menjadi semakin popular. Masih ada ke yang terkejut apabila mengetahui seseorang itu berkenalan hanya melalui internet sahaja? Perkara seperti ini sudah menjadi seperti kebiasaan.

Hari ini kami akan menekankan mengenai tips berguna kepada mereka yang baru pertama kali berjumpa selepas berkenalan melalui internet. Ianya dapat membantu anda yang tidak pernah mempunyai pengalaman seperti ini untuk berhadapan dengan ‘kawan baru’ ketika berjumpa.

Permulaan

Sesiapa sahaja pasti akan gementar menempuh saat ini kerana ia merupakan perjumpaan pertama kali buat mereka. Apa yang perlu dilakukan? Berdiam diri sahajakah? Tidak. Mulakan perbualan dengan bertanyakan khabar.

Namun ingat, ketika berjumpa haruslah si wanita membawa teman. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada terjadinya perkara yang tidak diingini. Bagi meneruskan perbualan tidak ada salahnya kalau menyelit mengenai keadaan trafik atau dari mana pasangan anda datang tadi. Ianya adalah untuk mengelakkan perbualan menjadi kaku.

Berkenalan

Selepas sudah dapat menyesuaikan diri sedikit demi sedikit, anda boleh mulakan dengan mengimbau cara perkenalan anda dan si dia. Mungkin boleh nyatakan bagaimana teguran di alam maya itu boleh bermula atau sebaliknya. Dari sini idea perbualan itu akan berkembang sehingga melibatkan hal-hal lain.

Contoh, sekiranya perkenalan anda bermula di Facebook, anda boleh bercerita tentang alasan mengapa anda berminat untuk menjadi kawannya di laman sosial tersebut.

Kerja/Aktiviti

Setelah sesi suai kenal selesai, anda sudah boleh mula berbual tentang anda dan si dia. Anda boleh bertanyakan tentang apa yang dilakukan dalam kerjaya sama ada si dia sudah bekerja mahupun masih belajar. Ianya boleh dijadikan sebagai ‘point’ untuk anda meneruskan perbualan dengan si dia.

Prospek kerjaya, syarikat dan suasana kerja mahupun pembelajaran adalah isu yang boleh dibangkitkan. Soalan yang diajukan haruslah jangan terlalu sensitif agar pasangan anda selesa dengan setiap pertanyaan.

Keluarga

Seterusnya anda boleh menanyakan soalan tentang keluarga pasangan anda. Berkongsi cerita mengenai adik-beradik dan ibu bapa tetapi janganlah terlalu mendalam. Malah anda juga boleh memulakan perceritaan tentang keluarga anda terlebih dahulu. Dari sini juga anda sudah dapat menilai si dia adalah seorang ‘family type’ atau tidak.

Perhubungan

Selepas pertemuan itu menjadi seperti tidak janggal lagi, anda sudah boleh memulakan perbicaraan mengenai status hubungan pasangan anda. Saat inilah adalah saat yang paling sesuai untuk anda mengenali si dia dengan lebih mendalam. Ketahui status sebenar si dia supaya anda tidak meletakkan apa-apa harapan yang tinggi terhadap si dia.

Kesimpulan

Apa yang paling penting adalah niat anda. Letakkan niat yang ikhlas untuk mengenali seseorang terutama mereka yang anda tidak kenal dari mana asal usulnya. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Jangan meletakkan kepercayaan 100% kepada si dia sebelum anda benar-benar mengenalinya.

Pada Mac 2017, Harian Metro ada menjelaskan bahawa kemajuan teknologi seperti internet (Whatsapp, WeChat, Facebook) mendedahkan ramai orang kepada ancaman siber. Sekiranya kemudahan ini digunakan dengan salah maka tanpa disedari ia bakal mengundang bahaya kepada pengguna.

Sebagai contoh menggunakan aplikasi tertentu untuk berkenalan tanpa sempadan menyebabkan ramai yang terjebak dengan cinta palsu dan ditipu dengan wang ringgit. Malah ada juga yang terjebak dengan masalah seksual dan ini menimbulkan persoalan dalam masyarakat hari ini.

Justeru, bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku kepada anda, anda haruslah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan sesiapa sahaja. Setiap pertemuan haruslah di tempat terbuka dan bawalah teman untuk menemani anda terutama bagi kaum wanita. Malah pada awal perkenalan, jangan terlalu ‘jujur’ dalam memberi setiap maklumat. Sebagai contoh jangan memberitahu lokasi tempat tinggal atau tempat kerja anda. Jadikan ianya sebagai privasi buat anda.

Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar