fbpxPetua rumah tangga bahagia

Petua rumah tangga bahagia

Petua rumah tangga bahagia

Suaplah makanan ke mulut isteri anda setiap kali makan bersama!

Dikarang oleh 21976 | Tips dan petua
Kongsi artikel ini: 

Setiap orang yang mempunyai keluarga pasti menginginkan keluarga mereka bahagia. Isteri mana yang tidak mahu suami mereka romantik. Romantik dengan isteri dan pandai melayan kerenah anak-anak adalah bonus terbaik bagi isteri. Ia semestinya adalah idaman setiap wanita.

Pernah terjadi satu kes viral di sebuah restoran di Malaysia, si isteri terpaksa melayan kerenah anak yang menangis menyebabkan dia tidak dapat menjamah makanan. Melihat keadaan tersebut, lantas si suami bangun dan menyuapkan makanan ke mulut isterinya. Betapa beruntungnya isteri tersebut mendapat suami yang romantik dan tahu memainkan peranannya. Si suami pula tidak malu untuk menyuapkan makanan kepada isterinya, walau di hadapan orang ramai. Semoga Allah merahmati keluarga itu.

Berbalik kepada tajuk di atas, salah satu tips untuk keluarga kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah adalah dengan si suami memainkan peranan. Wahai para suami, suaplah isteri anda makanan setiap kali anda makan bersama dengan isteri anda. Jika tidak mampu habiskan satu pinggan makanan pun, memadailah dengan satu suapan ikhlas ke mulut isteri anda. Sila amalkan tips ini, insyaAllah, keberkatan Allah akan turun kepada keluarga anda.

Nabi Muhammad berkata, “Sesungguhnya sedekah yang paling besar (imbalannya daripada Allah) adalah sesuap nasi yang disuapkan oleh seorang suami ke mulut isterinya.” [Shahih Al-Bukhari, Shahih Muslim no. 4185]. Hadits ini tidak hanya terbatas menyuapi isteri dengan makanan sahaja, tetapi juga mencakupi seluruh bentuk nafkah seorang suami kepada isterinya. Sebagaimana telah disebutkan dalam hadits lain. Nabi Muhammad berkata, “Jika seseorang menafkahi keluarganya dengan usahanya, maka nafkah itu bernilai sedekah.” [Shahih: Shahih Al-Bukhari no. 55; Shahih Muslim no. 1002].

Jadi, kepada para suami, silalah cuba amalkan tips ini. Anda akan lihat kesannya kepada keluarga anda. Hubungan anda dengan isteri anda akan bertambah erat. Cinta dan kasih sayang anda kepada isteri akan bertambah lebih utuh. Walaupun dah lama berkahwin, amalan ini akan mengimbau kenangan lama anda dengan isteri seolah-olah seperti pasangan yang baru berkahwin.

Cubalah!

 
Kongsi artikel ini: