SAAT BERTAARUF, JANGAN LUPA TANYAKAN SOALAN INI!

SAAT BERTAARUF, JANGAN LUPA TANYAKAN SOALAN INI!

"bagaimana cara yang tepat untuk mengenal keperibadian calon pasangan kita agar dapat mengenalinya?"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua
Taaruf, Soalan, Berkenalan

Ianya bukan sesuatu perkara yang mudah ketika menjalani proses menikah tanpa melalui proses berkenalan terlebih dahulu, malah, ia pasti akan menimbulkan banyak tanda tanya bagi mereka yang tidak memahaminya. Saat anda melakukan taaruf, bagaimana cara yang tepat untuk mengenal keperibadian calon pasangan kita agar dapat mengenalinya? Eh, namun sebelum itu, apa itu taaruf?

Taaruf adalah kegiatan bersilaturrahim, berkenalan dengan bertatap muka, atau bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya, boleh juga dikaitkan dengan tujuan itu adalah untuk mencari jodoh. Namun, bagaimana mulanya? Bagaimana tindakannya ketika saat berinteraksi? Dan tentu macam-macam pertanyaan yang muncul di kepala kita kan?

Meskipun bernikah tanpa bercinta, ianya bukan bererti tidak dapat memahami bagaimana calon pasangan kita kelak, bahkan Islam sendiri mengizinkan kita untuk melihat calon pasangan sebelum diijabkabulkan. Sebelum anda membuat keputusan untuk bernikah, pasti anda akan melalui tempoh perkenalan terlebih dahulu, pasti confuse kan nak tanya apa? Teruskan baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Bagaimana pemahaman tentang keluarga serta visi misi pernikahan

Perkahwinan bukan hanya sekadar menghalalkan hubungan, kerana sebuah perkahwinan adalah sebuah fasa awal dari kehidupan berumah tangga, jadi, ianya seperti menjadi kewajipan untuk memiliki visi dan misi yang matang dalam mengharungi bahtera rumah tangga. Tanya mereka mengenai apa visi dan misi mereka mengenai rumah tangga yang bakal dibina kelak.

Bagaimana ibadah yang dijalankan

Secara hakikatnya, soalan ini menjadi agak sensitif pada sesetengah orang, disebabkan ianya melibatkan tahap keimanan seseorang, jadi mereka berpendapat ini merupakan soalan yang akan menimbulkan spekulasi. Tapi, sebagai wanita, mereka pasti wujud perasaan ingin tahu terhadap bakal suami mereka, kerana lelaki yang kaya dengan keimanan dan ketakwaan pasti dapat membimbing mereka ke jalan yang benar.

Bagaimana pemahaman tentang peranan, hak dan kewajipan suami dan isteri

Disaat si lelaki dan wanita sudah bercadang untuk bernikah, mereka sudah tahu akan kewajipan masing-masing. Ini berkait rapat dengan persepsi mengenai batasan, harapan dan mengenai pelbagai perkara yang tidak mampu dielakkan dalam peranan seharian mereka. Jika sebagai seorang wanita, anda boleh menanyakan soalan tentang isteri ideal bagi si lelaki, atau jika sebagai seorang lelaki, anda juga boleh menanyakan tentang suami ideal yang diharapkan. Ini juga merupakan salah satu cara menghidupkan sebuah komunikasi awal agar kita saling mengukur diri masing-masing.

Bagaimana mengawal emosi dan konflik

Tidak ada sebarang hubungan yang lari dari konflik, terutama dalam hubungan suami isteri, samada besar mahupun kecil konflik itu, ianya berkait rapat dengan cara seseorang itu mengawal masalah itu sendiri. Makanya, disaat awal pernikahan atau Taaruf, kita boleh menanyakan dan menggali tentang bagaimana seseorang itu dalam mengawal emosi dan cara dia menanganinya. Sebagai contoh, “apabila anda marah, atau stress, apa yang akan anda lakukan?”

Bagaimana cara dia mengurus kewangan

Ini memainkan peranan yang sangat penting dalam hubungan rumah tangga kelak, iaitu bagaimana cara seseorang itu mengawal kewangannya. Bagaimana mereka mengatur kehidupan sehariannya? Untuk mengelakkan berlakunya salah faham apabila diajukan soalan sebegini, cuba dengan bertanyakan “apa yang awak akan lakukan ketika dapat wang (gaji), bagaimana cara awak mengatur gaji awak”

Dari sini anda akan dapat lihat gambaran tentang bagaimana cara si dia mengurus kewangan mereka. Terurus atau tidak?

Berikut adalah beberapa soalan yang dapat membantu anda dalam sesi bertaaruf dengan calon pasangan anda. Diharap dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam bertaaruf nanti. InshaAllah.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar