TANDA PEREMPUAN SUKA PADA LELAKI
TANDA PEREMPUAN SUKA PADA LELAKI
"Mereka lebih rela berdiam diri sahaja, mereka lebih suka pendam tanpa memberitahu isi hati mereka kepada si lelaki"
Apabila perempuan menaruh hati pada si lelaki, mereka tidak berani untuk meluahkan kepada tuan punya badan, mereka lebih rela berdiam diri sahaja, mereka lebih suka pendam tanpa memberitahu isi hati mereka kepada si lelaki.
Yelah, mungkin mereka beranggapan seperti perempuan murahan, atau perempuan tak tahu malu apabila mereka menyampaikan apa yang tersirat di dalam hati mereka, meskipun pada zaman sekarang, perempuan sendiri berhak meluahkan apa yang mereka rasa. Nanti mereka juga yang akan menyesal kelak. Namun, si lelaki patut tahu apa perasaan si perempuan itu terhadapnya. Berikut adalah tanda-tanda dia suka pada anda:
Hati mereka mudah tersentuh (sensitif, touching)
Seperti yang kita tahu, hati seorang perempuan memang mudah terluka. Mereka mudah tersentuh, dan cepat terasa. Susah juga nak faham isi hati seorang perempuan. Namun, sekiranya apabila si dia bersama anda, kadang-kadang joke yang anda cuba sampaikan terlalu remeh, namun si dia mudah je nak terasa. Sikit-sikit nak merajuk. Bila anda sedang bergurau pun, dia tetap memandang gurauan itu seperti sesuatu yang serius.
Jealous (cemburu)
Bila terbitnya perasaan ini di dalam diri mereka, ternyata mereka sudah mula menyayangi anda. Perempuan dengan cemburu sudah menjadi seperti kawan baik. Cemburu pada lelaki berbeza dengan cemburu pada perempuan. Mungkin kebanyakan lelaki, cemburu mereka lebih kena pada tempatnya, manakala perempuan? Faham-faham je lah kan?
Sentiasa mahukan perhatian
Sekiranya si dia seolah-olah sering menghubungi anda, bertanyakan khabar, sebenarnya ada udang di sebalik batu. Ternyata si dia inginkan perhatian daripada anda. Oleh itu, kalau ada, call lah mereka. Sekurang-kurangnya dia rasa dihargai. NAMUN, kalau anda tidak senang akan perkara itu, lebih baik berterus terang, supaya si dia tidak berharap. Kesian pula kan?
Mereka tidak menunjukkan perangai sebenar
Ini adalah realiti, apabila mereka sudah mula menyukai anda, mereka akan lebih hipokrit berbanding dengan diri mereka yang sebenar. Biasa lah tu, kalau tunjuk perkara sebenar masa baru nak kenal, mesti lelaki pun 50-50. Bila dah bercinta, baru lah mereka akan menunjukkan perangai sebenar. Namun, pada kebiasaanya, bila dah mula bibit bibit cinta, yang buruk pun nampak baik kan? :P
Berkongsi dengan keluarga/kawan rapat
Perempuan selalunya perkara remeh pun dia share dengan keluarga atau kawan rapat dia, inikan pula pasal isi hati mereka, dah sah-sah dia akan share dengan orang yang rapat dengan mereka. Sekiranya mak dia pun dah tahu tentang anda tanpa anda perkenalkan diri anda, confirm dia dah cerita dekat mak dia pasal anda sebelum ini.
Oleh itu, sekiranya anda merasakan mereka (perempuan) sukakan anda, jangat sesekali bersikap ego, jangan sesekali mencabar mereka, berterus terang sahaja sama ada suka atau tidak. Jangan mainkan perasaan mereka ya!
Belum ada jodoh?