TANDA SI DIA CURANG

TANDA SI DIA CURANG

Curang bukan ia perkara biasa bagi sesuatu hubungan, tidak kira yang sudah lama berkahwin...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

Curang bukan ia perkara biasa bagi sesuatu hubungan, tidak kira yang sudah lama berkahwin, yang sedang bercinta mahupun baru sahaja berkahwin. Tidak hairan lah jika pasangan anda curang, lelaki mahupun perempuan. Kali ini kami ingin kongsikan pada anda antara tanda-tanda pasangan anda curang.

KURANG BERIKAN PERHATIAN

Pada pemulaan anda akan berasa perubahan terhadap diri pasangan. Misalnya tidak lagi berbalas mesej dan mencuba mencari kesalahan anda walaupun kesalahan yang anda lakukan tidaklah sebesar mana dan mula bertindak menengking serta berbual secara sinis dengan memerli dengan kata-kata menyakitkan hati.

MENGHABISKAN BANYAK MASA DI TEMPAT KERJA

Hal ini akan berlaku secara tiba-tiba dengan menghabiskan masa di tempat kerja kemudian pulang lewat ke rumah. Ini sering terjadi kepada mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. Tetapi janganlah berfikiran buruk terhadap mereka kerana mungkin benar mereka berkerja keras untuk beri kesenangan kepada anda. Sebelum membuat andaian buruk, siasat terlebih dulu untuk tahu perkara sebenar.

BAU

Setiap pasangan yang sudah berkahwin akan mengenali bau pasangan dan jika ada terdapat perubahan pada bau pasangan anda perlu lebih berhati-hati.

JAWAB PANGGILAN SECARA SEMBUNYI

Sekiranya tiada perkara yang salah dilakukan, rasanya tidak perlu untuk pasangan memyembunyikan panggilan telefon mereka. Mereka harus berani untuk menjawab panggilan telefon di hadapan pasangan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan rasa curiga. Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah, rahsia dan sebagainya. Jadi tiada perkara yang perlu untuk dirahsiakan.

LAYAN INTERNET SAMPAI LARUT MALAM

Zaman yang serba moden ini pelbagai cara boleh dilakukan untuk curang terhadap pasangan.antarannya dengan menggunakan kemudahan internet. Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam, anda perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu.

BIL BAYARAN YANG LUAR BIASA



Seorang yang cuba untuk curang pasti akan menghabiskan lebih banyak wang . Ini adalah kerana sebelum ini wang hanya di peruntukkan hanya untuk seorang, apabila di peruntukkan untuk dua orang sudah pasti perbelajaan akan semakin meningkat. Hal ini sering terjadi kepada orang yang sudah berkahwin pasangan tidak akan mengurangkan perbelajaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya mengekalkan perbelajaan yang sedia ada, ini adalah untuk menggelakkan timbulnya perasaan curiga. Mereka akan cuba untuk belanjakan wang lebih banyak daripada menyimpan bagi menampung segala aktiviti mereka lakukan.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar