Tanda si dia suka kepada anda. Ini yang anda perlu tahu.

Tanda si dia suka kepada anda. Ini yang anda perlu tahu.

Jangan biar si dia tertunggu. Beri jawapan dan jangan tinggalkan seribu persoalan kepada si dia...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

Perasaan cinta merupakan satu yang normal. Ia merupakan fitrah sebagai seorang manusia biasa sama ada lelaki mahupun wanita. Cinta kepada seorang lelaki yang anda suka atau cinta kepada seorang perempuan yang anda suka mestilah dizahirkan dalam bentuk yang syarie iaitu dengan berkahwin dengan si dia. Berusaha untuk memikat hati si dia atau kadang kala si dia akan menunjukkan dengan beberapa petanda minat kepada kita yang membolehkan ikatan ke peringkat seterusnya berjalan adalah penting untuk kita tahu.

Jadi, jika ada petanda-petanda yang kami akan senaraikan nanti, ketahuilah bahawa sebenarnya si dia mungkin sukakan anda. Jangan biar si dia tertunggu. Beri jawapan dan jangan tinggalkan seribu persoalan kepada si dia agar si dia tidak ternanti-nanti jawapan daripada anda. Menerima atau menolak cinta terserah kepada anda tetapi buatlah dengan cara yang paling baik dan berhemah.

Di sini, kami kongsikan beberapa tips dan petanda bahawa si dia sebenarnya sudah terpikat dengan anda. Semoga ini bermanfaat untuk rujukan.

1. Mencari peluang untuk berkomunikasi.

Jika si dia mencari peluang untuk berhubung dan berkomunikasi dengan anda, itu tandanya dia suka bercakap dengan anda. Sebagai contoh, si dia bertanyakan tentang soalan yang remeh temeh tentang sesuatu  perkara atau anda rasa si dia juga tahu mengenai jawapan kepada soalan itu, maka dia sebenarnya ingin bercakap dengan anda.

2. Bahasa tubuh semasa berkomunikasi.

Perhatikan bahasa tubuh badan si dia jika berkomunikasi. Jika dengan orang lain si dia bercakap biasa-biasa tetapi dengan anda dia bercakap macam gemuruh atau malu, itu juga satu petanda yang dia sukakan anda. Mungkin si dia nak ‘cover’ di depan anda. Sebab apa? kerana si dia dah letakkan anda dalam dirinya pada tahap seseorang yang istimewa dihati si dia.

3. Dia ingat tarikh lahir anda.

Untuk mengingati tarikh lahir seseorang antara benda yang paling sukar jika dia bukan seseorang yang istimewa untuk kita. Biasanya hanya insan seperti ibu bapa, adik beradik atau sahabat yang benar-benar rapat dengan kita sahaja yang kita akan ingat tarikh lahirnya atau dia ingat tarikh lahir kita. Tetapi, bagi seseorang perempuan yang mempunyai perasaan kepada anda, mereka mungkin akan ingat tarikh lahir anda. Jadi, sesiapa yang ada sahabat perempuan yang ingat tarikh lahir anda, itu mungkin petunjuk yang besar buat anda. Hehe.

4. Menunjukkan minat yang mendalam terhadap cerita anda.

Apabila anda bercakap dan bercerita kepada si dia, dan si dia mendengar dengan penuh tekun luahan hati anda, itu juga antara petanda yang si dia sukakan anda. Mereka seboleh-bolehnya mahu menjadi pendengar yang setia kepada semua cerita-cerita anda. Selain itu, kadang kala mereka juga akan menasihati anda setelah mendengar luahan hati anda.  

5. Mengajak anda datang ke rumah.

Apabila si dia dengan beraninya mengajak anda ke rumah untuk berjumpa dengan keluarga atau kedua ibu bapanya, ketahuilah bahawa si dia tidak main-main sukakan anda. Dia pastinya sudah bercerita kepada ibu atau bapanya mengenai diri anda. Jadi, jika ada semua tanda-tanda ini, jangan tunggu lama. Semoga anda bertemu dengan jodoh yang baik.

Amin!

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar