TANDA SI DIA TIDAK SERIUS DALAM BERCINTA
"bercinta hanya sekadar untuk main-main sahaja"
Sering mengelak diri
Si dia sering sahaja mencari alasan untuk tidak berhubung dengan anda. Ada je alasan busy lah, itu lah, ini lah. Begitu juga apabila anda ajak berjumpa. Macam-macam alasan yang si dia bagi, sampaikan anda pun dah boleh agak alasan apa yang akan si dia bagi kali ini.
Tidak memperkenalkan anda kepada keluarga dan temanApabila si dia sudah mempunyai niat untuk hanya sekadar main-main dalam hubungan cinta anda, mereka akan sentiasa mengelak dari membawa anda bertemu dengan keluarga si dia bahkan kawan-kawannya juga. Walaupun anda sudah memintanya untuk diperkenalkan dengan keluarga dan kawan-kawan, tetapi si dia sering berdalih, anda dinasihatkan untuk berhati-hati dalam meneruskan hubungan itu.
Ceritanya sering berubah-rubahSi dia akan sering mereka pelbagai alasan, malah, ada sampai terkantoi, si dia sering mereka cerita untuk menyakinkan anda. Tambah pula bila anda dah sayang, bila dia tipu hidup-hidup pun, anda pun ibarat tutup mata sahaja. Dari segi penceritaan seseorang pun sebenarnya dah boleh agak. Antara anda sedar tak sedar je.
Wahai kaum adam dan hawa, jauhilah dari berkelakuan seperti yang tertera di atas. Jika ya anda mempunyai niat sebegitu dalam hubungan, maka minta lah petunjuk dari Allah SWT, nescaya Allah akan membuka hati anda untuk menerima baik buruk kekasih anda itu. Malah, sekiranya anda ikhlas dalam bercinta, berdoa kepada Allah supaya hubungan anda dipermudahkan dan diredhai oleh Allah SWT. Ustaz Azhar Idrus pernah mengingatkan para lelaki di dalam kuliahnya di mana, “HARAM JIKA DIJADIKAN WANITA KEKASIH TETAPI TIADA NIAT UNTUK MENIKAHINYA”. Wallahualam.