TIPS BAGAIMANA MEMIKAT HATI LELAKI

TIPS BAGAIMANA MEMIKAT HATI LELAKI

"hati dah kata mahu, tapi mulut masih lagi malu untuk menyatakan mahu"

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua
Tips, Memikat, Lelaki

Bukan lelaki sahaja yang gemar melihat sesuatu yang cantik, bahkan perempuan pun suka melihat benda-benda yang cantik juga. Jadi, begitu juga sekiranya perempuan pun suka melihat lelaki yang kacak-kacak sahaja. Kan? Yelah, bila dah nampak yang kacak, hati pun mula lah dah terpaut. Betul kan?

Bila anda dapat mengenali seorang lelaki, hati anda sudah tentu akan berdegup kencang kan? Memikirkan apa yang patut anda lakukan, hati dah kata mahu, tapi mulut masih lagi malu untuk menyatakan mahu, lantas, dibiarkan sahaja perasaan itu berlalu pergi. Jangan biarkan perasaan yang luar biasa ini berlalu sahaja, cuba untuk tambat hati lelaki dengan mengikuti beberapa tips ini:

Murah dengan senyuman

Iya, betul, kalau dah 24 jam asyik nak senyum je nanti orang akan cakap “dia ni tak betul ke apa?”, cuma, apa salahnya kalau kita murah dengan senyuman. Ianya merupakan senjata penting, malah ianya juga tidak akan dikenakan apa-apa charge berbanding alat-alat kecantikan yang lebih mahal harganya. Tetapi, senyuman yang dilemparkan haruslah ikhlas. Bukan sekadar senyuman palsu yang hanya dibuat-buat. Senyuman yang ikhlas melabelkan bahawa kamu seorang yang ceria, dan mudah disenangi. Sekiranya anda sudah tertarik akan keperibadian si dia, tunjukkan senyuman anda. Kerana siapa sangka hanya dengan sebuah senyuman mampu membuat mereka terpaut akan kemanisan itu.

Jaga penampilan

Memang sudah lumrah setiap lelaki yang mahukan benda yang cantik-cantik sahaja. Salah satu daripada benda itu adalah, ‘perempuan’. Cantik itu subjektif, cantik bukan hanya pada rupa paras sahaja, bahkan juga melibatkan penampilan. Kalau sekadar make up, tapi yang lain diendahkan sahaja, pun tidak boleh. Biarlah ianya sama rata. Apa salahnya jaga penampilan anda biar sentiasa nampak kemas. Kalau anda sudah dianugerahkan dengan rupa yang cantik, itu adalah bonus untuk anda. Tetapi yang penting, penampilan diri harus diutamakan. Agar sedap mata lelaki itu memandang.

Jangan terlalu agresif

Dalam erti kata lain, ianya bermaksud, jangan terlalu mendesak. Lelaki tidak suka akan perangai perempuan yang terlalu agresif. Setiap apa yang dilakukan, haruslah secara biasa-biasa sahaja. Agar lelaki itu mudah mendekati anda. Kalau dah terlalu agresif sangat, lelaki pun takut nak dekati anda. Ingat tu!

Usah bercakap bohong

Kaum lelaki sangat membenci perempuan yang suka bercakap bohong. Sikit-sikit nak putar belit cerita. Apa salahnya kalau cakap terus terang sahaja. Lelaki pun tak akan pening-pening. Ingat, sekiranya mereka dah mula bosan dengan penipuan anda, mereka tidak akan teragak-agak untuk menjauhi anda.

Menjadi diri sendiri

Jangan sesekali menjadi seorang yang hipokrit. Anda bukan hanya menjadi hipokrit pada diri sendiri, malah turut kepada si dia. Jadilah diri anda sendiri. Jangan mudah terikut-ikut akan keperibadian orang lain. 

Berikut adalah beberapa tips tentang bagaimana untuk memikat hati lelaki. Jangan salah faham pula, tak salah pun kalau perempuan nak mulakan langkah terlebih dahulu. Nanti menyesal pula bila dah terlepas! Namun, apa-apa yang dilakukan haruslah mengikut syariat Islam.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar