fbpxTips Jimat Kahwin

Tips Jimat Kahwin

Tips Jimat Kahwin

"Mereka akan membuat persiapan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum majlis"

Dikarang oleh 21976 | Tips dan petua
Kongsi artikel ini: 
Masyarakat Melayu pada zaman sekarang lebih mementingkan adat dalam perkahwinan. Sesuatu perkahwinan akan dianggap tidak lengkap sekiranya adat resam diketepikan. Kalau ikut cara Islam, perkahwinan itu mudah. Tetapi kita sendiri yang menyukarnya. Islam hanya mewajibkan mahar ataupun mas kahwin sahaja. Mengikut hukum Islam, seorang lelaki yang mahu menikahi seorang perempuan WAJIB memberikan mas kahwin mengikut kadar kemampuannya dalam akad nikah.   Namun, masyarakat melayu masih mahu mengekalkan adat itu dalam sesebuah perkahwinan. Disini ada sedikit perkongsian bagi ‘Tips Jimat Kahwin’ untuk pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan yang masih mahu mengikut adat resam.

Barang Hantaran

Kebiasannya, bagi pasangan yang sudah bercadang untuk berkahwin, mereka akan membuat persiapan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan. Sekiranya pasangan ingin berjimat dalam membeli hantaran, mereka digalakkan untuk membeli ketika adanya SALE, ada kalanya sehingga mencecah 50%-70% terutamanya pada hari perayaan. Pasangan juga boleh beli sedikit demi sedikit ikut pada kemampuan masing-masing. 

Doorgift

Zaman sekarang kalau kita lihat, sudah jarang yang mengekalkan ‘doorgift’ seperti bunga telur macam zaman-zaman mak ayah kita dahulu kala. Mereka lebih mementingkan “nama”. Sedangkan semuanya mempunyai nilai yang tinggi dan ada kalanya sanggup berhabis beribu ringgit untuk ‘doorgift’ sahaja, walhal wang itu boleh digunakan untuk benda yang lagi penting. Untuk mudah dah jimat, bakal pengantin boleh menjadikan Buku Al Kahfi, Doa Harian, Yasin dan juga Mathurat sebagai ‘doorgift’ yang hanya bernilai 50sen senaskah termasuk tasbih. Bukan sahaja mudah dan jimat, bahkan akan mendapat pahala setiap kali orang menggunakannya. :)

Catering Harga Berpatutan

Seelok-eloknya bagi pasangan yang hendak berkahwin, persiapan dari segi jamuan lagi afdal sekiranya dilakukan secara bergotong-royong atau rewang. Ia bukan hanya dapat menjimatkan perbelanjaan malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Namun, di kawasan urban, ianya agak sukar untuk dilakukan secara rewang, namun, masih ada catering yang menyediakan pakej bajet untuk mereka yang mahu berjimat. Cuba dapatkan catering yang menyediakan pakej termasuk khemah dan meja makan. Mudah, 3 in 1.

Pelamin

Ianya telah menjadi satu kewajipan bagi pasangan yang berkahwin untuk menyediakan pelamin pada hari pernikahan mereka. Ia seolah-olah seperti simbolik sesuatu majlis perkahwinan. Namun, tidak perlu untuk mendapatkan pelamin yang beribu-ribu harganya. Masih ada yang menyediakan pakej murah, cuma kena pandai cari dan kene dengan citarasa walaupun ianya ‘simple’. Ada juga dikalangan mereka yang menghasilkan pelamin perkahwinan mengikut cara sendiri, iaitu “diy”. Mudah dan kreatif!   Pilihan di tangan kita. Hendak jimat atau mahu habiskan duit yang sepatutnya kita gunakan selepas kahwin.
Kongsi artikel ini: