Tips melupakan bekas kekasih

Tips melupakan bekas kekasih

"Putus cinta peristiwa yang menyakitkan. Melupakan bekas kekasih yang pernah kita sayangi bukan perkara yang mudah".

Dikarang oleh hasrulhamimie | Tips dan petua

Putus cinta peristiwa yang menyakitkan. Melupakan bekas kekasih yang pernah kita sayangi bukan perkara yang mudah. Untuk dilakukan. Anda harus menjadi seseorang yang kuat dan tabah untuk melupakan bekas kekasih anda. Artikel kali ini kami menyediakan beberapa tips untuk anda melupakan bekas kekasih anda, insyaAllah.

ANGGAP SI DIA TIDAK PERNAH WUJUD

Lebih mudah untuk melupakan bekas kekasih jika dia yang melukakan hati anda terlebih dahulu. Berhentilah berangan yang dia masih lagi milik anda dan janganlah anggap mereka sempurna dan jangan tertekan pujuk rayunya, maka hubungan anda akan terjalin kembali sedangkan hati sakit mengenang kan setiap perbuatannya. Anggap sahaja dia tidak pernah wujud dalam hidup anda dan kalau masih anda masih sanggup menerima perbuatannya yang menyakitkan hati maka anda kembalilah TAPI jangan berharap yang bekas kekasih anda telah berubah 100%

TUTUP BUKU

Tutup serapat-rapatnya semua perkara yang pernah anda lakukan bersamanya jika anda benar-benar mahu berpisah dengannya. Anda harus ingat bahawa anda mahu menamatkan semuanya, anda mungkin akan bertemu dengan orang lain jauh lebih tepat untuk anda, itu tidak mustahil. Jangan sesekali bertemu dengannya lagi jika sudah berpisah.

JANGAN HUBUNGINYA LAGI

Perkara yang mesti anda amati, apabila anda memutuskan untuk menanyakan sesuatu perhubungan ambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius. Jangan sesekali hubunginya lagi kecuali jika anda ingin rujuk kembali, tetapi biarlah anda fikirkan semasak-masaknya segala keputusan yang akan anda ambil nanti. Memang susah untuk untuk melepaskan seseorang yang sudah terlalu lama hidup bersama kita yang pernah kita cintai tetapi ianya bukan mustahil. Jangan ‘contact’ atau email atau telefon dan jangan bertanya dengan kawan-kawan yang mengenalinya.

SIBUKKAN DIRI

Anda akan punya banyak masa untuk diri sendiri, anda boleh sibukkan diri dengan pergi gym atau berjogging atau boleh juga mengikuti bengkel atau kelas yang anda minati. Jika anda rajin ke gym tubuh badan akan menjadi sihat dan cantik dan tidak mustahil anda akan dapat pengganti yang lebih baik dengan cepat.

LUPAKAN SEMUANYA

Memang kadang-kadang anda harus berhati kering untuk melupakkannya. Ini semua untuk kebaikan anda juga, membuang semua memori agak sukar jika anda adalah seorang yang melankolis. Tetapi sampai bila anda nak berkeadaan seperti itu? Mungkin dia sedang bahagia dengan orang lain. Apa gunanya anda bersedih dan menyimpan memori cinta luka lagi. Berlajarlah menjadi orang yang kuat.

JAUHI KAWAN-KAWANNYA

Anda perlukan pengorbanan jika serius mahu melupakkan semuanya. Hal ini mungkin agak sukar terutama jika kawan-kawan dan keluarganya memang rapat dengan anda. Tetapi ianya baik untuk diri sendiri, dan jauhi juga tempat-tempat yang biasa anda pergi bersama. Perkara ini memang memerlukan masa tapi anda perlu cuba untuk diri anda sendiri.

JANGAN SIMPAN BARANG-BARANGNYA



Apabila anda sudah tiada apa-apa kaitan dengan si dia tidak ada sebab lagi untuk anda simpan semua barang-barang  miliknya atau barang yang si dia pernah berikan pada anda. Jika anda masih simpan barang-barang tersebut anda akan rindu dengan si dia dan akan mula mengingati kembali kenangan bersamanya, sebaiknya buang sahaja barang-barang tersebut atau sedekah pada sesiapa yang inginkan barang tersebut.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar