TIPS MEMIKAT HATI WANITA
TIPS MEMIKAT HATI WANITA
"kebanyakan calon lelaki tidak pandai dalam memikat calon wanita"
Kami di baitulmuslim.com banyak menerima aduan dari calon perempuan yang mengatakan kebanyakan calon lelaki tidak pandai dalam memikat mereka. Bunyinya agak kelakar, tetapi, itulah hakikatnya.
Ada sesetengah berpendapat, memikat hati wanita adalah perkara yang sangat mudah. Malah, ada yang berpendapat, memikat hati wanita adalah sangat sukar dan ada sesetengah wanita beranggapan, lelaki hanya menitik beratkan paras rupa sahaja, sebenarnya ia adalah salah!
Kecantikan bukanlah faktor yang membuatkan lelaki itu jatuh cinta pada seorang wanita. Mereka yang beranggapan sebegitu seolah olah sudah kecewa dengan realiti, dan menganggap tiada siapa yang mahu mengurat mereka. Malah, begitu juga bagi lelaki, mereka beranggapan wanita-wanita yang cantik juga tidak akan memilih mereka, sedar akan kekurangan diri sehingga tidak berusaha untuk mencari pasangan atau jodoh mereka.
Secara umumnya, wanita adalah makhluk misteri, apabila didekati dia menjauhi. Saat si lelaki menyatakan cinta, dengan ‘selambe’ sahaja dia meminta untuk sekadar berkawan sahaja. Pedih kan?
Nah, bagi anda kaum lelaki di luar sana, yang masih lagi single, tak jumpa calon lagi sampai sekarang, teruskan baca artikel ini, ianya mengenai tips memikat hati wanita:
Bersikap fleksibel
Lelaki disarankan untuk menjadi fleksibel ketika berhadapan dengan wanita. Seperti yang kita tahu, sifat wanita yang susah dijangka adalah moodnya yang sering berubah. Bahkan si lelaki itu sendiri tidak boleh menjangka akan perubahan mood si wanita, pengaruh hormon yang membuatkan mereka cepat berubah, bergantung kepada individu itu sendiri. Oleh itu, sebagai lelaki, anda sepatutnya lebih sabar menghadapi mereka. Sekiranya anda meminati seseorang, bertindak segera dengan menghubunginya dengan apa cara sekalipun, sebagai hint yang anda menyukai dirinya. Jadilah penghibur buatnya, supaya mereka rasa diri mereka dihargai.
Pujian
Manusia mana sahaja yang tidak menyukai akan pujian? Lebih-lebih lagi insan yang bernama wanita. Mereka sangat gemar akan pujian. Wanita senang dipuji, lebih-lebih lagi kalau ianya berkaitan dengan perkara yang disenanginya. Namun, pujian yang disampaikan haruslah ikhlas, jangan hanya sekadar berkata manis sahaja. Ingat, wanita tahu sekiranya ianya tidak jujur. Jadi, jangan lupa untuk mengambil hati si wanita dengan menyampaikan kata-kata pujian buat mereka.
Menjadi diri sendiri
Meskipun kita sudah meletakkan persepsi di mana wanita pasti mahukan lelaki yang kacak sahaja dalam mencari teman hidup, namun, apabila anda berdepan dengan mereka yang anda minati, jadilah diri sebenar anda, jangan sesekali bersikap hipokrit. Wanita sebenarnya lebih suka akan lelaki yang menjadi diri mereka sepenuhnya. Jangan sesekali merubah diri anda hanya untuk memikat hatinya.
Tutur kata yang sopan
Secara hakikatnya, wanita amat menyenangi akan lelaki yang mempunyai tutur kata dan lisan yang sopan ketika berbicara dengan siapa sahaja. Mereka menjadi mudah tertarik akan lelaki sebegini. Kalau si lelaki mempunyai ciri-ciri sebegini, senanglah untuk si wanita itu membuat keputusan. Bahkan lelaki yang mempunyai ciri-ciri begini juga kebanyakannya bukan seorang yang berperwatakan panas baran. Jadi, sebagai lelaki, jaga setiap percakapan anda, agar mudah disenangi oleh si wanita.
Demikian beberapa tips tentang bagaimana cara memikat hati wanita dan membuatnya jatuh cinta pada anda. Anda tidak perlu tunggu untuk menjadi kaya dan kacak untuk memikat wanita. Cukuplah sekadar menjadi diri sendiri, dan ikhlas dalam melakukan sesuatu. Apa-apa pun, fahami wanita terlebih dahulu, jangan hanya meletakkan mindset “yang cantik hanya untuk yang tampan” tetapi , berusaha dalam mendapatkan wanita yang diimpikan, sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik, kerana akhirnya, wanita akan memilih mereka yang mempunyai keperibadian yang baik.
Belum ada jodoh?