Tips menyimpan duit kahwin
Tips menyimpan duit kahwin
Sesebuah majlis perkahwinan biasanya memerlukan belanja yang besar. Trend majlis perkahwinan sekarang, untuk majlis yang sederhana pun mungkin...
Sesebuah majlis perkahwinan biasanya memerlukan belanja yang besar. Trend majlis perkahwinan sekarang, untuk majlis yang sederhana pun mungkin akan menelan belanja hampir 20 ribu. Jika majlis tersebut mewah, mestilah belanja untuk majlis perkahwinan itu bukanlah suatu yang kecil.
Di sinilah bakal-bakal pengantin akan mengalami konflik untuk menyimpan belanja perkahwinan mereka. Bahkan ada di antara bakal pengantin yang sanggup membuat pinjaman peribadi daripada bank bagi membiayai majlis perkahwinan mereka. Kesannya, mereka masih membayar balik duit pinjaman tersebut walaupun sudah berkahwin bertahun-tahun lamanya.
Pada artikel kali ini, kami kongsikan dengan pembaca tips bagi menyimpan duit kahwin kepada mereka yang masih belum berkahwin dan bercadang akan berkahwin supaya dapat meringankan beban mereka bagi membiayai majlis perkahwinan nanti.
1. Mulakan lebih awal.
Memulakan penyimpanan lebih awal adalah sangat digalakkan kepada mereka yang sudah berjumpa pasangan atau masih ‘single’. Tidak salah memulakan simpanan lebih awal. Jangan tunggu dah jumpa calon baru nak menyimpan. Jika kita memulakan lebih awal, walau belum bertemu jodoh, apabila dah berjumpa dengan calon yang sesuai dan mahu berkahwin, kita tidak kelam kabut dan pening untuk mencari duit majlis perkahwinan.
Cadangan kami, sediakan satu nota dan catat perbelanjaan setiap bulan. Kesan apa keperluan kita yang sebenar-benarnya. Kadang-kadang, ia bukanlah keperluan tetapi lebih kepada kehendak kita sahaja. Jadi dengan menghadkan perbelanjaan ke atas beberapa kehendak kita yang tidak berapa penting, kita akan dapat menjimatkan kos perbelanjaan bulanan kita. Jadi, duit yang baki tadilah merupakan simpanan kita yang boleh digunakan untuk perkara yang lain seperti belanja perkahwinan.
2. Perempuan harus memikul tanggung jawab yang sama.
Apabila kita becakap soal menyimpan untuk perkahwinan, ia bukanlah tugas seorang lelaki semata-mata. Perkahwinan merupakan penyatuan dua jiwa lelaki dan perempuan. Jadi, urusan perbelanjaan perkahwinan sepatutnya dikongsi bersama agar kedua-dua pihak tidak terbeban dengan kos kesuluruhan perkahwinan. Bayangkan jika seorang lelaki terpaksa menanggung berpuluh ribu seorang diri. Sebagai bakal isteri, anda mesti tidak mahu bakal suami anda susah hati mencari duit untuk membiayai majlis perkahwinan itu seorang diri.
3. Kerja ‘part-time’.
Bagi mereka yang mempunyai masa terluang, mereka boleh menceburi bisnes secara kecil-kecilan. Walaupun untungnya bukan besar, tetapi tetap boleh ditambah ke dalam tabung perkahwinan kita. Sekarang ini, kalau kita lihat dalam internet, macam-macam produk yang boleh kita jual. Kadang-kadang tidak memerlukan modal pun seperti hanya menjadi agen atau ‘dropship’. Hanya perlu mencari pelanggan dengan iklankan sahaja.
Selain itu, jika tidak suka dengan bisnes secara online, mungkin boleh cuba untuk kerja ‘part time’ yang lain seperti crew hujung minggu di restoren ‘fastfood’ berhampiran rumah anda. Satu perkerjaan yang boleh kami cadangkan lagi adalah menjadi pemandu ‘uber’ atau ‘grab’ hanya pada hujung minggu sahaja. Bayaran menjadi pemandu kedua perkhidmatan ini boleh dikatakan agak lumayan dan salah satu kerja ‘part time’ yang agak trending kerana semua orang boleh buat. Syarat wajib, mesti ada kereta!
4. Ikut kemampuan.
Mengukur kemampuan diri merupakan suatu benda yang patut dilihat sebelum membuat suatu majlis perkahwinan. Sediakan budget yang betul berdasarkan kemampuan kita dan pasangan. Dalam masa ini, berkomunikasi dengan pasangan dan kedua belah pihak keluarga adalah sangat penting.
Tidak salah jika kita mahu majlis perkahwinan kita itu mewah dan menjemput ramai tetamu. Itu kalau kita memang betu-betul mampu. Tetapi cadangan kami, paling baik kita bersederhana kerana perbelanjaan selepas kahwin merupakan perkara yang lebih penting daripada perbelanjaan majlis perkahwinan itu sendiri.
5. Tahan nafsu.
Menahan nafsu ini bermaksud menahan diri anda dengan perbelanjaan yang tidak berapa penting. Apabila kita ke shopping complex, biasanya kita akan terpengaruh dengan iklan ‘sale’ yang terpampang pada kedai-kedai di situ. Tahan diri kita dengan tidak membuat pembelian yang tidak berapa penting.
Pengaruh kawan juga merupakan satu yang besar kepada kita. Apabila melihat kawan memiliki telefon bimbit yang baru dan canggih, kita mungkin terdetik untuk membeli telefon yang baru juga. Jauhi sikap mengikut orang lain. Jika mereka mampu dan mewah, biarlah. Gaji mereka pun mungkin lebih besar daripada kita. Menyimpan adalah perkara yang paling penting yang perlu kita buat ketika ini.
Kami berharap dengan tips yang diberikan ini dapat membantu anda menyimpan dengan lebih baik. Semoga bermanfaat!
Belum ada jodoh?