Tips untuk kekal lama dalam hubungan
Tips untuk kekal lama dalam hubungan
Anda haruslah berhenti mengharapkan si dia menjadi seperti apa yang anda mahu. Terima si dia sama ada yang baik atau buruk. Ianya bukan bermaksud anda langsung tidak boleh menasihati mereka ke arah kebaikan...
Sudah menjadi fitrah bagi setiap manusia untuk memiliki perasaan ingin dicintai dan mencintai antara mereka yang berlawanan jantina. Namun ada kalanya meskipun hubungan yang dibina sudah bertahun lamanya tetapi masih juga berakhir dengan kekecewaan. Inilah yang dikatakan ‘jodoh’. Mungkin ianya sudah tertulis bahawa mereka bukan ditakdirkan untuk bersama.
Niat perhubungan pada awalnya sudah betul, yakni untuk membina hidup bersama. Malangnya siapa kita untuk menolak takdir itu? Meskipun kita tidak mampu untuk mengelak akan ketentuan jodoh tetapi kita masih ada pilihan atau cara untuk mengekalkan sesuatu hubungan. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui tips kekal lama dalam hubungan.
1)TERIMA SI DIA SEADANYA
Anda haruslah berhenti mengharapkan si dia menjadi seperti apa yang anda mahu. Terima si dia sama ada yang baik atau buruk. Ianya bukan bermaksud anda langsung tidak boleh menasihati mereka ke arah kebaikan.
Menasihati pasangan ke arah kebaikan adalah berbeza sama sekali dengan mengharapkan pasangan supaya menjadi seorang yang baik. Sekiranya anda gemar memaksa mereka untuk berubah, itu tandanya anda tidak boleh menerima kekurangannya dan tidak dapat menerima si dia seadanya. Contoh paksaan yang dimaksudkan adalah seperti:
“Kan bagus kalau awak boleh jadi seperti Si A……”
Ianya seolah-olah seperti anda telah membuat satu perbandingan antara pasangan anda dengan Si A. Justeru akan membawa maksud seperti anda mahukan pasangan anda berubah dengan membandingkan pasangan anda dengan Si A.
2)SENTIASA BERIKAN PUJIAN
Tidak salah untuk anda sering menyampaikan kata-kata pujian kepada pasangan anda. Setiap kali bersua muka, on call atau berwhatsapp, selitlah ayat atau kata-kata pujian. Meskipun ianya nampak remeh tetapi memberi kesan yang positif kepada pasangan anda dengan setiap pujian yang disampaikan.
Malah bukan itu sahaja, si dia juga akan terus bersemangat dan membuatkan rasa cinta kepada anda lebih mendalam. Tidak susah kan untuk berikan pujian kepada pasangan anda?
3)SELALU MENGALAH
Selalu mengalah bukan bermaksud seolah-olah anda kena mengikut kehendaknya 100%. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, kaum lelakilah yang sering dilihat lebih mudah mengalah berbanding wanita. Ada kalanya mereka memberikan alasan ‘malas nak panjangkan sesuatu isu’ dan memilih untuk mengalah sahaja. Tindakan seperti ini juga sedikit sebanyak dapat mengelakkan hubungan mereka berhadapan dengan pertengkaran.
Apa yang harus anda ingat adalah jangan sesekali disebabkan perangai anda yang sering mengalah menyebabkan anda digelar seorang ‘pak turut’. Tidak salah pun untuk mengalah namun mestilah bergantung pada situasi.
4)BERKONGSI MASALAH DAN MENJADI PENDENGAR YANG BAIK
Kebanyakan wanita sangat gemar bercerita. Mereka lebih suka berbicara berbanding mendengar. Setiap masalah yang dihadapi mereka, mereka pasti ingin berkongsi dengan insan yang mereka cintai.
Sebagai lelaki pula, cubalah menjadi seorang pendengar yang setia. Meskipun anda tidak dapat menyelesaikan masalah mereka, sekurang-kurangnya anda dapat membuat hati mereka berasa tenang selepas berkongsi dengan anda. Maka jadikan ini sebagai salah satu ‘senjata’ untuk anda bahagiakan mereka.
Malah kaum lelaki juga boleh melakukan perkara yang sama. Sekiranya anda berdepan dengan apa-apa masalah mahupun rintangan, kongsilah dengan pasangan anda. Maka dengan ini hubungan yang terbina juga akan bertambah erat.
5)KENALKAN PADA KELUARGA/KAWAN-KAWAN
Tidak dinafikan bahawa ada segelintir pasangan di luar sana yang tidak serius dalam perhubungan. Mereka memilih untuk berpasangan hanya kerana untuk menghilangkan rasa bosan dan berasa tercabar dengan kawan-kawan yang sudah mempunyai pasangan.
Bagi mereka yang benar-benar serius pula, mereka lebih memikirkan ke arah sebuah perkahwinan. Alangkah lebih bagus sekiranya memperkenalkan pasangan anda kepada keluarga mahupun kawan-kawan.
Tambahan pula dengan niat yang ada pada diri masing-masing mampu menguatkan lagi sesebuah hubungan apabila ianya melibatkan kaum keluarga. Ini membuktikan tentang keikhlasan dan kesungguhan anda dalam memperisteri atau mempersuamikan si dia.
6)SENTIASA MENYOKONG DAN MEMBERI SEMANGAT
Sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada pasangan anda dalam apa jua yang mereka ingin atau sedang lakukan. Dengan cara ini, anda sudah menjadi inspirasi buat mereka untuk lebih berusaha dalam mengejar impian mereka.
Namun setiap sokongan dan semangat yang diberikan haruslah sewajar dengan niat pasangan anda. Niat yang mereka miliki haruslah sesuatu yang relevan. Misalnya tentang pelajarannya, pekerjaannya.
KESIMPULAN
Berikut adalah beberapa tips untuk kekal lama dalam hubungan. Namun kita sebagai manusia tidak mampu untuk menidakkan setiap ketentuan-Nya. Tugas kita sebagai manusia hanyalah untuk melindungi hubungan itu dan berusaha ke arah yang terbaik. Sama-samalah kita semua mengamalkan tips seperti di atas agar hubungan yang dibina berkekalan untuk selama-lamanya.
Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia
Belum ada jodoh?