fbpxTips untuk mereka yang sedang bercinta jarak jauh

Tips untuk mereka yang sedang bercinta jarak jauh

Tips untuk mereka yang sedang bercinta jarak jauh

Dalam setiap hubungan percintaan, kepercayaan adalah elemen yang sangat penting bagi setiap pasangan. Lebih-lebih lagi sekiranya hubungan yang dibina berlandaskan dengan jarak yang jauh...

Dikarang oleh 21976 | Tips dan petua
Kongsi artikel ini: 

Pada masa kini trend hubungan jarak jauh sudah menjadi seperti adat buat pasangan bercinta di luar sana. Namun tidak dinafikan juga mereka yang sedang bercinta itu tidak mahu pasangan mereka berada jauh di mata mereka. Lebih-lebih lagi ketika mereka sudah mendirikan rumah tangga kelak.

Malah ada sesetengah pasangan lebih gemar untuk menjalani hubungan jarak jauh. Apakah sebabnya? Kerana mereka merasakan dengan melalui hubungan seperti itu, mereka akan lebih terhindar daripada perbuatan maksiat. Ada juga yang berpendapat bahawa hubungan jarak jauh ini tidak boleh bertahan lama. Oleh itu, artikel kali ini kami akan berkongsi mengenai beberapa tips bagi mereka yang sedang bercinta jarak jauh.

1)SETIAP PASANGAN HARUSLAH SALING MEMPERCAYAI

Dalam setiap hubungan percintaan, kepercayaan adalah elemen yang sangat penting bagi setiap pasangan. Lebih-lebih lagi sekiranya hubungan yang dibina berlandaskan dengan jarak yang jauh. Maka tidak hairanlah akan ada salah faham mahupun konflik antara anda dan pasangan yang boleh wujud tanpa diduga.

Dalam apa jua situasi, hindari setiap godaan dan cuba untuk kekal setia. Jangan sesekali menghilangkan kepercayaan si dia buat anda sedangkan si dia memberi kepercayaan sepenuhnya kepada anda. Andainya sudah hilang kepercayaan buat pasangan anda, maka musnahlah sebuah hubungan yang terjalin. Oleh itu, elakkan daripada wujudnya perasaan ragu-ragu terhadap pasangan anda.

2)BERDOA AGAR HUBUNGAN DIBERKATI

Meskipun anda tidak dapat bertentang mata dengan pasangan anda, anda boleh mengirimkan doa kepada si dia agar diberikan kesihatan yang baik. Anda mesti ingat bahawa hubungan yang diberkati Allah SWT adalah hubungan yang sentiasa menuju keredaan-Nya. Pastikan anda dan pasangan mempunyai niat yang baik iaitu untuk bernikah.

3)KOMUNIKASI ITU PENTING

Setiap antara mereka yang sedang melalui hubungan jarak jauh mereka tidak berpeluang untuk berjumpa mahupun bertentang mata. Oleh itu, cara yang paling mudah buat mereka adalah dengan sentiasa berkomunikasi.

Zaman sekarang zaman serba canggih. Pelbagai kemudahan yang tersedia untuk mereka berhubung antara satu sama lain. Misalnya seperti menggunakan aplikasi Whatsapp, Skype, Facebook. Mereka bukan sahaja boleh berhubung melalui panggilan telefon bahkan juga boleh menggunakan kemudahan seperti Video Call.

Namun setiap yang dilakukan haruslah berpada-pada. Jangan sehingga merimaskan pasangan anda. Selagi ianya tidak melanggar syariat Islam, maka tidak ada salahnya untuk anda berkomunikasi dengan pasangan anda demi menjaga keutuhan sesebuah hubungan.

4)WUJUDKAN SIKAP BERTOLAK ANSUR

Ramai orang yang bercinta terlepas pandang mengenai perkara ini. Tanpa sikap bertolak ansur antara anda dan pasangan, hubungan yang dibina sukar untuk kekal lama.

Contoh yang paling mudah adalah seperti kelewatan dalam membalas mesej. Sekiranya si dia sedang sibuk bekerja, si dia tidak dapat membalas mesej anda. Namun disebabkan sikap anda yang tidak boleh bertolak ansur, ianya mampu mengakibatkan berlakunya perbalahan meskipun berpunca dari perkara yang kecil sahaja. Itulah pentingnya wujud sikap bertolak ansur dalam setiap hubungan.

5)JANGAN TERLALU KUAT CEMBURU

Perkataan cemburu adalah simbolik kepada setiap pasangan bercinta. Ianya seolah-olah seperti satu kemestian bagi setiap pasangan untuk memiliki perasaan ini. Baik lelaki mahupun wanita, mereka mempunyai sifat cemburu dalam diri mereka. Malah masyarakat sering melabelkan cemburu itu kepada sifat semulajadi seorang wanita. Secara hakikatnya, lelaki juga memiliki perasaan ini.

Tidak ada salahnya untuk memiliki perasaan cemburu dalam diri setiap manusia. Namun cara mereka mengendalikan perasaan ini yang memainkan peranan penting. Setiap tindakan haruslah berpada-pada. Jangan sehingga mengakibatkan pasangan anda berasa rimas dengan sikap anda yang sentiasa cemburu tanpa sebab.

Bagi mereka yang sedang melalui perhubungan jarak jauh, jauhilah dari sikap cemburu buta. Hal ini juga dapat membuatkan pasangan anda berasa jemu dengan sikap anda lantas mereka memilih untuk mengakhiri hubungan itu.

KESIMPULAN

Bagi mereka yang takut untuk memulakan perhubungan jarak jauh, usah gusar lagi. Dengan merujuk kepada tips-tips ini, ianya dapat memudahkan anda untuk melalui sebuah hubungan berlandaskan jarak yang jauh. Namun apa yang paling penting adalah batas-batas anda dengan pasangan sepanjang tempoh bercinta. Jangan sesekali melampaui batas anda sebagai seorang mukmin.

Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia

Kongsi artikel ini: