Wanita ‘Mahal’ Buruan Lelaki

Wanita ‘Mahal’ Buruan Lelaki

"lelaki juga mempunyai kriteria tertentu yang mereka idamkan bagi setiap wanita kerana ini merupakan fitrah manusia.."

Dikarang oleh Inaaina | Tips dan petua

Soal jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah kerana memiliki pasangan yang tepat akan menjamin rumah tangga yang bahagia. Namun sebaliknya jika pemilihan dilakukan dengan terburu-buru, tentunya ‘disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari’. 

Jadi usaha dalam mencari jodoh yang sesuai adalah sangat penting agar terjamin sebuah rumah tangga yang akan dibina kelak. Baru-baru ini viral di Twitter apabila ada wanita yang sedang mencari jodoh buat dirinya dengan meletakkan ciri-ciri lelaki idamannya yang tidak masuk akal. Ciapan itu menjadi perbualan ramai sehingga mendapat kecaman warganet terutama kaum lelaki. Berdasarkan ciapan itu, rata-rata warganet menyifatkan perempuan itu mempunyai selera yang agak tinggi tanpa mengukur baju di badan sendiri.

Namun secara hakikatnya, lelaki juga mempunyai kriteria tertentu yang mereka idamkan bagi setiap wanita kerana ini merupakan fitrah manusia. Asalkan kriteria yang diletakkan tidak keterlaluan sehingga menyusahkan proses pencarian, ianya tidak salah. Dalam pemilihan jodoh, ia seharusnya dilakukan dengan cermat. Ini adalah kerana ianya akan menentukan kebahagiaan seseorang dalam rumah tangga nanti

Artikel kali ini kami akan kongsikan tentang beberapa ciri yang lelaki inginkan dari seorang wanita.

1. Berpegang Kepada Agama

Menjadi seorang wanita solehah bukanlah suatu perkara yang mudah meskipun ia dituntut dalam Islam. Ia memerlukan pelbagai proses dan harus kekal beristiqamah. Namun, tak dapat dinafikan kerana secara majoritinya, ciri-ciri wanita solehah merupakan syarat utama yang didambakan lelaki yang mencari bakal isterinya.

Gadis sebegini mempunyai peribadi yang unggul. Ciri-ciri ini jelas terpancar melalui wajah dan akhlaknya. Dia akan sentiasa memelihara batas-batas syariat dalam pegangan agamanya. Dia sesekali tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.

2. Memahami

Seorang wanita akan dikatakan mempunyai gerak hati yang kuat jika dia berupaya memahami hati lelaki. Lelaki mengimpikan gadis yang memahaminya. Merasai suka dukanya. Tanpa bersuara pun, isi hati lelaki itu mampu diterjemahkan. Itulah yang mampu menghiburkan atau memberi kekuatan sebenar kepadanya.

Kebiasaanya, sifat seorang lelaki berbeza dengan lelaki lain. Fahami sikap dan tingkah lakunya. Pasangan anda mungkin seorang yang suka pasal bola atau mungkin suka kepada sukan bermotor. Tidak ada salahnya selagi tidak bertentang dengan agama dan tidak menghabiskan sebahagian besar masa dalam sehari untuk hobi tersebut.

Jika ia sekadar hobi dan hanya dilakukan pada waktu terluang, sepatutnya anda sokong hobinya juga. Percayalah, jika anda boleh terima hobinya, pasti anda akan lebih dihargai dan hobi anda juga akan diterima oleh si dia dengan senang hati. Sekali lagi kami ingatkan, fahami bukan ubah sifat atau tingkah lakunya jika ia tidak bertentangan dengan agama.

3. Terima seadanya

Perkara yang paling penting adalah menerima pasangan anda seadanya. Jangan membandingkan dengan lelaki lain. Itu adalah pantang yang sangat besar kepada seorang lelaki. Mereka tidak suka dibandingkan dengan lelaki lain. Ianya akan menimbulkan kemarahan jika mereka dibandingkan dengan bekas kekasih lama ada atau rakan lelaki anda yang lain.

Sebagai contoh, ada sesetengah wanita membandingkan sifat pasangannya yang tidak romantik berbanding dengan bekas tunangnya. Memandangkan romantik itu adalah sesuatu yang subjektif, anda tidak boleh menilai pasangan dengan membuat perbandingan dengan orang lain. Pensyarah di Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Kuliyyah Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Norwati Mansor berkata, romantik wujud sebab rasa cinta dan ia bersifat eksklusif serta tidak boleh dinilai dalam ukuran tertentu iaitu merujuk kepada subjektif.

4. Kecantikan Dalaman

Kecantikan merupakan sesuatu yang sangat sinonim buat kaum wanita. Cantik itu sendiri didefinisikan sebagai sesuatu yang indah dan menarik. Inilah kecantikan dalaman sebenar yang dicari oleh seorang lelaki. Dia tidak akan tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

Bagi seorang lelaki pula, mereka memerlukan wanita yang penuh dengan perwatakan yang sopan dan lemah lembut. Ini kerana lelaki melihat wanita sebagai tempat untuk bermanja dan dimanja. Wanita juga adalah seorang pendengar yang baik kerana merekalah tempat berkongsi cerita, mendengar pendapat serta tempat mendapatkan sokongan dan dorongan. Sudah pasti yang menepati ciri ini akan menjadi buruan lelaki.

5. Penampilan menarik

Apabila bercakap mengenai tentang tarikan, itu mungkin adalah satu perkara yang subjektif. Namun tidak dinafikan bahawa lelaki meletakkan penampilan yang menarik adalah antara salah satu ciri-ciri yang harus ada pada seorang wanita. Lumrah kita sebagai seorang manusia yang mahukan sesuatu yang sedap mata memandang. 

Banyak nas dalam al-Quran dan hadis yang menjelaskan tentang kecantikan yang diraikan oleh Islam. Islam menuntut manusia untuk memperlihatkan diri mereka dalam keadaan yang cantik dalam masa yang sama sunyi daripada sifat riak dan takabbur. Ia dianggap sebagai memperlihatkan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T ke atas dirinya.

Da’i Hamidah berkata, menjaga kecantikan dan kesihatan memang dianjurkan dalam Islam. Malah katanya, Rasulullah S.A.W sendiri menggesa agar kita sedaya upaya menghilangkan keaiban yang ada pada diri kita, menjaga kecantikan, tampil rapi dan disenangi oleh sesiapa sahaja yang berinteraksi dengan kita.

6. Naluri Keibuan 

Lelaki amat menyenangi wanita yang memiliki sifat keibuan. Minda lelaki berpendapat bahawa wanita yang memiliki sifat keibuan bukan sahaja kaya dengan sifat penyayang malah dapat menjamin kepada ciri-ciri seorang ibu yang cemerlang untuk anak-anaknya kelak. 

Selain itu, wanita yang mempunyai sifat keibuan dipercayai mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, ceria dan kreatif. 

Semoga dengan adanya senarai ini membuatkan para wanita lebih terbuka untuk mempersiapkan diri mereka ke arah yang lebih baik.

 

Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar